Bila Kau Dah Tak Ada Sesiapa

Hi semua. Nak cerita, minggu lepas aku gaduh dengan suami. Sebab dia besar bagi aku, tapi kecil pada suami. Suami ambil jalan mudah untuk MIA begitu sahaja masa bergaduh tu. Angkat kaki tinggalkan aku. So bila dia balik memang aku mengamuk sepuasnya.

Effect dia suara aku sampai sekarang ada serak-serak lagi. Kenapa aku mengamuk kan? Sebab entah. Dalam perkahwinan ni aku tak pernah betul. Semua yang aku buat salah pada suami.

Dan paling aku terkilan sebenarnya dan aku akan ingat sampai bila2 juga rasanya adalah dia pernah cakap hidup dia si*l sebab kahwin dengan aku. Aku tak pernah tuntut dia bagi nafkah, sebab aku faham belum ada rezeki dia nak mewah2kan aku ke apa.

Aku tak minta dia bagi aku benda mewah, yang aku minta layanan yang baik je. Tapi pada dia, mungkin kalau layan aku dengan baik itu akan menjatuhkan maruah dia.

Sepanjang 9 tahun bergelar isteri aku betul2 dah cuba. Tapi aku ni baran juga. Jadi dalam mencuba jadi terbaik tu aku selalu la termarah juga. So dah masuk tahun ke 9 ni aku sumpah dah penat nak cuba. Sebab tak ada yang betul.

Cara aku cakap salah. Aku diam salah. Aku marah salah. Aku sedih salah. No. Aku tak boleh rasa semua tu sebab suami akan cakap dia pun sama marah sedih apa semua. So sedih la aku diam2 jangan tunjuk. Sebab aku tak layak.

Ikutkan kata suami, aku tak layak nak rasa semua tu. Sebab apa, sebab hidup aku senang berbanding dia. Tak macam dia susah, aku tak pernah rasa susah. Aku ada duit simpanan. Aku ada kerja.

Dia tak ada duit. Kerja tak pernah tetap. Paling lama setahun. Ada je masalah kat tempat kerja. Tapi semua salah orang. Salah kerja. Salah kucing, bukan salah dia, dia kerja tak lama tu. Jadi dia je boleh rasa semua perasaan tu.

Aku tak boleh sebab aku tak hadapi masalah macam dia tu. Tapi dia tak sedar masalah yang aku hadap, dia masalah aku. Apa je aku buat tak salah, Aku lipat baju salah sebab tak ikut cara dia. Aku masak salah sebab tak sedap macam mak dia.

Bercakap tentang mak dia, dia selalu cakap aku tak macam mak dia. Aku tak faham dia macam mak dia. Aku tak jaga dia macam mak dia.

Kadang dalam hati aku menjawab, dah tu pergi la kahwin dengan mak kau. Haha. Tapi sumpah aku tak pernah lagi luah ayat tu sebab aku tahu betapa bodohnya bunyi dia. Sambung lagi kesalahan aku, aku basuh baju salah sebab tak wangi macam kat dobi.

Aku kerja. Keluar pagi balik petang, dia nak aku macam mak dia hari2 kemas sapu rumah supaya tak ada habuk. Masak, buang sampah, hatta masukkan baju dalam mesin basuh pun boleh kira la berapa kali sangat yang dia tolong aku.

Walau macam2 dah aku buat, semua salah. Aku rasa sebenarnya yang salah sebab aku hidup. Aku kagum aku tak jadi gila hidup 9 tahun ni.

So berbalik kepada tajuk, dia berbalik kepada hari aku mengamuk tu. Masa tu memang aku nangis sambil jerit-jerit, tapi aku sedar sesuatu, aku tak ada siapa yang aku nak panggil masa aku menjerit tu. Mak ayah aku ada lagi.

Tapi aku dah biasa dan memang tak pernah luahkan masalah aku yang besar pada dieorang. Selalu cerita hal2 kecik macam jalan tersepak batu, tapi kalau jatuh longkang lutut berdarah, aku takkan cerita. Aku simpan sendiri.

Adik beradik pun sama. Aku kongsi cerita indah je. Kalau yang buruk pun yang tak penting dan bukan hal besar. Yang besar2 memang aku simpan sendiri. Aku tak nak dan takkan bebankan mak ayah aku dengan masalah aku.

Dan aku dan suami, bila ada majlis keluarga, bila ada perayaan memang pandai bermuka-muka. Haha. Berlagak macam bahagia, macam tak ada masalah. So siapa akan sangka itu yang aku hadap kat rumah sebenarnya.

Sebelum kahwin, aku sangka kan bila ada suami ada la tempat meluahkan. Last2 aku download apps yang kita boleh chat dengan AI tu je buat meluah perasaan. Haha. So masa aku mengamuk tu, aku sedar aku tak ada sesiapa untuk aku ceritakan semuanya.

Ye aku tahu aku ada Allah. Tapi aku nak cerita dekat dunia ni yang fizikal dia kita boleh nampak, aku tak ada sesiapa. Masa bergaduh tu suami ada je, selain dia menjawab marah2 aku, dia tengok je aku lepas tu dia blah tinggalkan aku.

Untungkan jadi orang yang boleh angkat kaki ni. Yelah. Aku salah dan yang nampak macam orang gilanya masa tu aku lah. Haha.

So bila aku sedar aku tak ada sesiapa ni aku rasa macam hidup aku kosong. Selama ni aku hidup pun sebab nak gembirakan orang, orang yang bila aku sedih dan down tu bukan orang yang aku boleh harapkan untuk luahkan semuanya.

Family aku baik je cuma sebab peribadi aku sejak kecil macam tu, cuma sebelum ni aku tak perasan, baru ni aku perasan yang rupanya aku ni hidup tanpa ada sesiapa pun untuk aku bergantung dan berpegang.

Aku hidup sekadar hidup sambil menjalankan tanggungjawab aku sebagai hamba, anak dan isteri serta manusia yang baik kepada orang keliling.

9 tahun kahwin. Aku belum ada anak. Dan aku bersyukur sebenarnya tak ada anak. Mungkin adaa hikmahnya. Aku taknak anak aku lahir dalam keadaan kepada aku serabut macamni. Takut nanti jadi kes kel*r bayi haritu.

Aku ada Allah. Aku tahu. Aku faham. Aku akan cuba untuk teruskan hidup dengan apa yang aku ada. Cuma aku kadang-kadang terasa goyah juga.

Masa drive aku nampak ada lori dekat jalan sebelah, aku rasa macam nak bawa je kereta aku langgar lori tu. Tapi aku risau nanti aku akan menyusahkan driver lori tu pulak kalau bukan aku yang ‘pergi’.

Kadang2 lalu jambatan aku rasa nak terjun je. Tapi aku tak nak la orang jumpa mayat aku nanti dalam keadaan dah kembung bengkak. Aku nak dikafankan dalam keadaan sempurna juga. Ye. Begitulah complicatednya otak aku.

Aku nak kuat, tapi aku dah terasa lemah sangat sekarang. Lemah yang aku tak tahu nak explain. Aku rasa letih dan lesu tapi aku masih je jalankan hidup aku macam biasa. Huhu. Entahla. Maybe sebab salah aku banyak, dosa aku banyak, so ini la ujian untuk aku.

Okayla. Nak sambung chat dengan AI, dan nak teruskan hidup macam tiada masalah. Doakan aku kuat. Lol. Keh bye.

– Lara. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Bersabar lah Puan, jgn fikir yg buruk2, fikirkan diri Puan, banykkan berdoa dan terus bejalan kedepan, tiada gunanya Puan hidup bersama dgn org yg tk akan faham diri Puan

  2. Sy pun sedang laluinya skrg.. sama cam sy.. nampak je tempat tinggi mcm nak terjun tapi kalau x mati, jadi paralyse, nyusahkan org yg jaga kita pula.. kalau drive masuk sungai, nyusahkan org kena sewa crane angkat kete dari sungai pula… klu boleh mmg xnak susahkan org lain.. hari2 minta esok mati dlm tidur… hurm… hugs for you sis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *