Gangguan Penyondol

Aku Nobody. Tujuan aku tulis kongsi kisah aku untuk kurangkan kekusutan dalam otak aku. Mungkin agak panjang dan berterabur. Korang baca je lah.

Aku dah berkahwin 5 tahun dan belum diberi rezeki anak. Suami aku gila p*rn dan gila s*ks. Aku penat.

Dari awal kahwin aku rasa di seksa mental dengan ucapan suami yang ingin berkahwin banyak. Dari segi kewangan memang suami bergaji besar tapi dia kedekut. Kedekut berbelanja barang rumah.

Ada masa dia pemurah segala aku minta dia beri. Aku syak tu waktu dia bergaduh dengan perempuan dia.

Suami kerap tukar ganti perempuan. Selama ini aku marah aku mengamuk tapi tak berapa terkesan sebab suami kata hanya texting dan vc sahaja. Kena pujuk sikit, ok. Sayang suami kan tapi nampak tak bijak.

Akhir tahun lepas kantoi, aku berjumpa beberapa resit booking hotel. Aku jijik dan atas faktor keselamatan kesihatan aku tak lagi bersama suami.

Aku cuba minta pertolongan kaunseling jabatan A negeri. Namun pegawai sangat tidak membantu. Dia sibuk bermain phone dan kerap ulang yang dia perlu lunch sebab kami datang hari jumaat dan dia kata waktu lunch awal. Kami balik sugul dan buntu.

Perempuan tu guru K* kampung terpencil. Mengadu berasal dari keluarga susah dan ibu bapa sakit.

Awal pertemuan aku dengan resit booking hotel, suami tipu aku. Dia cakap itu dia bantu kawan yang orang tua admit hospital berdekatan. Tapi semua kantoi yang itu tempat mereka bersama.

Diorang juga senyap² dah rancang nak kahwin. Selama ni suami kerap ulang nak madukan aku. Aku tak pernah setuju. Kali ni dia serius.

Aku terus call perempuan tu dan beritahu yang selagi aku hidup, aku tak pernah setuju. Awal² dia tak beri kerjasama. Tapi lepas dengar suara suami sebelah aku, baru dia bercakap.

Panjang aku bahasakan dia. Aku sikit bangga dengan diri aku walaupun aku shaking geram marah sedih semua, sikit aku tak keluar ayat kotor.

Dia siap suruh suami pilih aku atau dia. Kurang ajar betul. Waktu tu suami pilih aku tapi hancur hati dengar suami sendiri cakap cintakan perempuan lain.

Aku terus report jabatan, guru * berkelakuan tidak bermoral dan mencemarkan nama institusi. Bayangkan tengah mengajar tapi teks lucah. Kan gila tu.

Suami cakap lepas dari kejadian aku call, diorang tak berhubung lagi. Aku jalani kehidupan aku macam biasa.

Baru² ni balik kampung sambut puasa rumah mak aku. Aku ada mimpi arwah atok aku. Jadi aku ajak mak aku ziarah kubur. Waktu dekat kubur aku dengan mak aku sampai dulu kubur arwah atok. Suami aku dekat belakang.

Bila mak aku dengar tapak kaki suami aku menghampiri, tarus mak aku berdoa dengan lebih kuat supaya suami aku turut aminkan. Ini kes pertama.

Kes kedua waktu berbuka puasa. Mak aku memang suka baca doa. Ayah aku memang suka bagi mak aku lead baca doa sebab mak aku hafal doa yang panjang². Pada aku tak ada benda yang serius. Waktu berbuka bersama tu mak aku lead baca doa.

Balik dari kampung, suami dengan tegas beritahu yang waktu mak aku lead baca doa dekat kubur dan doa berbuka, dia tak aminkan. Sebab pada dia sepatutnya lelaki yang patut lead doa.

Pada aku mak aku tak pernah lagi sibuk nak lead doa untuk majlis besar. Mak aku anggap dia anak. Bukan orang luar pun. Dan tak pernah lagi mak aku sibuk sampai nak jadi imam solat.

Benda ni aku rasa berat dan lancang. Lebih lagi melibatkan arwah atok aku. Sumpah aku speechless.

Perempuan tak boleh ketuai bacaan doa ke? Harap kalau aku dan keluarga aku salah dalam kes ni, ada yang boleh cerahkan. Aku tak arif bab agama.

Balik dari kampung kami staycation sekejap. Agak kecewa juga sepatutnya percutian yang santai jadi sangat tegang.

Selain suami tegur tentang mak aku, dia membebel dengan harga tempat tinggal yang kami tinggal. Dia kata mahal. RM120 je. Aku pun mampu bayar tapi dia tercabar ego kalau aku bayar.

Lillahitaala ini tempat pertama yang aku ikut dia bayar guna duit sendiri. Selalu aku ikut dia tinggal waktu kursus yang dibayar jabatan sahaja. Hotel yang dia bayar untuk petempuan tu lebih mahal. Sumpah aku terasa.

Singgah rumah mertua, aku rasa aku dah layan mertua aku dengan baik. Tak ada apa yang aku nak cerita tentang mertua aku. Diorang tahu masalah kami, tapi diorang pilih untuk tak masuk campur.

Pernah juga aku mengadu tapi aku disalahkan balik. Jadi aku berhenti bercerita. Cuma yang aku agak terasa bila mertua aku tahu aku dah masuk bilik yang biasa aku tidur, tapi dia bercakap dengan suami aku seolah dia suruh suami aku tidur bilik lain.

Pernah je suami aku tidur bilik lain waktu balik rumah mertua sebab dia nak msg perempuan dia. Itu sebelum terkantoi semua. Aku marah dan sedih tapi tak sesakit bila mertua aku sendiri yang bercakap suruh suami tidur bilik lain.

Sekarang diorang dah tahu, dan seolah diorang sokong kalau kami betul² berpisah. Faham tak apa aku cuba cakap ni? Tapi suami tak tidur asing. Dia tidur bilik yang aku dah masuk.

Balik rumah kami, aku urus rumah urus suami macam biasa. Penat. Tapi suami tak pernah fikir aku penat. Dia kata kerja dia lebih penat. Dia tak minta pun aku buat semua ni. Tapi aku sendiri yang tak tahan kalau rumah bersepah dan tak ada makanan.

Baru ni kantoi lagi dengan perempuan yang sama. Kali ni dia berjual kuih raya pulak. Pelik. Jual dekat ig tapi ig private. Jual dekat shopee tapi macam tak laku. Dia guna no tel yang lain.

Macamana aku tahu? Aku isteri dah 5 tahun hidup dengan suami. Gerak geri suami aku dah cukup kenal. Aku juga ada sikit ilmu hacking untuk cari sampai dapat benda yang aku nak tahu. Aku rasa semua isteri yang dah banyak kali kena tipu bijak bab ni.

Ehsan aku untuk sediakan makanan dan siapkan pakaian dia aku rasa dah cukup kot. Aku tak lagi masak. Berbuka tadi aku minum air dan kurma sahaja. Dia pun minum air. Kami berbincang kemudian dia tidur.

Macamtu lah perangai lelaki. Lagi kusut, lagi mudah tidur. Beza dengan aku. Aku tertidur sejam sebab otak rasa sangat letih. Kemudian terjaga dan tak dapat tidur lagi. Kena tunggu lagi 3 jam nak bersahur.

Kali ni aku nekad. Aku dah lapor jabatan agama syariah tempat aku mastautin, gangguan rumah tangga. Balik raya kampung aku nanti aku akan laporkan terus cerai seksyen 47. Aku nak kat mana aku diakad, kat situ juga aku dilepaskan.

Aku dah study sikit tapi masih belum rujuk peguam. Aku harap kalau ada rakan peguam dalam ni yang dapat berkongsi prosedur dan apa yang perlu aku buat. Boleh kita semua sama² study.

Doakan aku. Aku masih sayangkan perkahwinan aku tapi aku perlu sayangkan diri aku. Benda ni akan berulang sampai si jamil mam*** selagi aku yang tak ambil tindakan. Aku dah terlalu sakit dan tawar hati.

Kepada suami yang suka tengok porn dan suka perempuan sana sini kat luar sana, cukup² lah. Kalau sayang keluarga korang, bertaubat lah. Fikir buat keturunan yang berkualiti.

Kepada penyondol yang masih fikirkan diri sendiri, datang dalam kehidupan orang dan rosakakn. Aku perhati dalam group ni macam cendawan muncul. Semakin berani dan tak segan silu share cerita korang. Semoga angan² mat jenin korang tu termakbul lah.

Aku selaku wakil insan teraniaya ni nak doakan yang tak baik pun rasa berat sebab kami tak diajar bercakap buruk dan kacau hak orang. Tapi kami tahu Allah ada dengan kami dan kami yakin tu. Cakap lebih pun tak guna. Masing² dah besar.

Sekian..

– Nobody (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kak kenapa masih stay dengan suami yang dah banyak kali curang ? sebab curang ni adalah benda tak boleh consider. Puan takut sebab puan takde anak ke ? lebih baik takde anak dari bercerai ada anak. sebab anak akan terkesan dengan penceraian, kurang kasih sayang bapa. dan figure seorang bapa taklayak dicontohi. elok puan bercerai demi menjaga kesihatan mental puan. sebab suami puan adalah toxic people.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *