Assalamualaikum para pembaca. Terima kasih admin jika siarkan coretan ni.
Ini first time aku tulis kat sini. Sebelum ni isteri aku je asyik cerita apa dia baca kat dalam IIUM Confession. Dia suka cerita summary dari kisah dalam ni. So aku lama-lama terikut baca.
Sebenarnya dilema peniaga tempatan (local) ni dah lama. Aku seorang peniaga syarikat bumiputera yang dah lama berkecimpung dalam bidang servis dan bekalan professional. Dah 15 tahun.
Kami buat bekalan ke kerajaan, industri dan universiti. Mana ada peluang, semua aku cuba buat. Aku nak buktikan peniaga melayu pun boleh berjaya.
Aku bermula dari modal kecil. Dengan pekerja yang sedikit sekarang dah bertambah.
Aku faham dunia ekonomi sekarang agak mencabar, harga barang naik mendadak.
Kami sebagai pembekal/ supplier pun turut terkesan. Kadang-kadang kami tak untung banyak pun. Janji boleh cover kos operasi syarikat, bayar gaji pekerja.
Cuma aku terkilan dengan pelanggan kami yang tidak mengutamakan peniaga local ni. Harga barang kami jual memang berpatutan. Aku ada juga compare dengan harga syarikat lain.
Tapi pelanggan ni dia pilih harga paling rendah biarpun beza beberapa puluh ringgit saja.
Kalau boleh, beli la dengan peniaga local. Peniaga local yang akan membantu ekonomi tempat tersebut. Yang buat aliran duit mengalir pun orang tempatan juga. Belum tentu supplier negeri lain nak berbelanja dalam negeri kita.
Kalau beli dengan peniaga local, zakat pun kami bayar kat negeri kami sendiri. Berbelanja pun kat negeri kami. Dalam Islam pun menekankan bayarlah zakat di negeri anda bekerja.
Aku kagum dengan satu negeri K ni. Customer memang agak support peniaga local. Sebab mereka tahu, kalau beli dengan negeri lain belum tentu aruhan ekonomi negeri K ni membangun. Lagi la bantuan kerajaan pusat susah nak sampai ke negeri K.
Peniaga local la yang banyak bantu negeri K ni. Contohnya kerajaan buat pembelian melalui online. Orang panggil EP.
Dalam tu dah tetapkan hanya negeri K dan negeri x saja. Tak buka ramai, jadi tawaran harga dari negeri terpilih saja. Baru la bantu peniaga local kan. Memang mereka utamakan peniaga local dahulu. Jika tiada tawaran, baru la dibuka ke negeri lain.
Macam mana slogan kerajaan beli la barangan Malaysia. Sebab nak bantu aliran duit dalam negara. Bantu produk tempatan. Macam tu saranan kami sebagai peniaga. Support la peniaga tempatan.
Kalau anda bekerja di negeri X, beli la dengan peniaga negeri X. Lagi bagus jika membeli dengan peniaga Islam. Sekurangnya kita tahu dia membayar zakat.
Aku tak mau sentuh bab2 GLC, corruption dalaman kerajaan, buat syarikat sendiri beli dengan orang dalam. Guna nama isteri, saudara buka syarikat.
Yang tu kalau sentuh, lagi panjang lebar tulisan aku. Yang aku nak minta sangat- sangat, bantu la peniaga local.
Sistem tu boleh diubah. Sebab anda yang mencipta sistem. Kalau bangsa umat kita sendiri tak support, jangan harap bangsa lain nak support.
Kalau kita bersatu, Insyallah kita pun boleh membangun dan berjaya. Usaha dan tawakal itu penting. Semoga Allah melindungi kita semua. Sekian..
– Mr Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit