Salam. Harap confession ni diterima… terima admin sebab approve.
ramai masyarakat masa sekarang tak faham konsep jodoh. Erti dan maksud jodoh yang sebenar. Bagi yang bujang, bila balik kampung atau pergi mana2 mesti akan dapat soalan 'best' apatah lagi bila usia mula melebihi 24 tahun.. BILA NAK KAHWIN? LAMBAT LAGI KE NAK KAHWIN? MEMILIH SANGAT NI KOT? USIA MACAM NI PATUT DAH ADA ANAK DAH. BILA MAKIN TUA, MAKIN TAK LAKU DLL… mesti akan rasa sakit kan… evem aku tak pernah lagi dapat soalan macam tu sebab aku dah kahwin. Alhamdulillah jodoh sampai awal dan sangat bahagia sekarang. Tapi aku tetap rasa sakit hati tau bila mulut2 ni bertanya pada kawan2 aku atau sepupu yang masih belum berpunya.. jodoh kan dah ditentukan oleh Allah. Tak payah la tanya and keluarkan kenyataan menyakitkan hati. Nak memilih pasangan bukan untuk hidup sehari dua, bukan untuk try okay ke tak.. orang pandai cakap sebab bukan diorang yang akan lalui. Ada sebab bila orang lambatkan jodoh seseorang.. mungkin Allah nak dia berbakti pada kedua ibubapa. Mana tahu nanti suami dia tak suka atau apa. Siapa kita nak persoalkan.. siapa yang nak kahwin lewat, tak ada siapa nak.. pilih la macammana pon kalau bukan jodoh tetap bukan. Hari ni nak kahwin, lagi sejam tak jadi, tak ada jodoh namanya. Tu urusan Allah bukan manusia. Banyak lagi topik lain…
Untuk yang dah kahwin pulak…. soalan paling famous "bila nak dapat anak? Kahwin dah lama. Merancang ke? Tak usaha ke? Dll". Amboi, macam lah hari ni buat anak, esok boleh dapat. Alhamdulillah jugak aku tak sempat lalui sebab aku bunting pelamin. Cuma saudara terdekat aku kena soalan ni.. Allah, kesian dia. Dah 10 tahun kahwin belum lagi dikurniakan anak. Tu urusan Allah. Ada sebab Allah tak beri lagi rezeki anak pada dia. Siapa tak nak anak sendiri kan… kita nampak dia senyum tapi dalam hati dia? Sangat terluka dan sedih. Dahlah jangan nak tambah kerunsingan orang.. apatah lagi kalau yang keguguran banyak kali, lagi sedih kalau dapat soalan2 pasal anak ni. Aku sangat faham perasaan diorang.
Dan bagi pemegang ijazah. Okay, yang ni aku kena. "Dapat ijazah tak keje ke? Jadi surirumah ke? Rugi je duit mak bapak support ko belajar tapi last jaga anak dok rumah. Kerja lah, anak bagi pengasuh. Kerja apa? Dll". Pergh. Berasap aku. Hello, ada ke aku nyusahkan duit korang.???? Mak bapak aku pon tak kisah. Aku yang pilih untuk jaga anak aku sendiri.. dan aku tetap mampu bagi duit bulan2 kat mak bapak ikot kemampuan.. Berniaga dari rumah. Tapi orang pandang jijik sangat. Padahal dosa ke ada ijazah jadi surirumah?? at least surirumah berilmu bukan saje2… Zaman sekarang, mentaliti orang semua husband and wife kena kerja. Setiap orang ada cara dia sendiri. Please jangan masuk campur. Rumahtangga ko pon tunggang langgang, jangan sibul hal orang okay.
Kadang2 takut nak bersembang dengan orang especially orang2 lebih tua atau sesape je. Sebab soalan2 yang manusia tak mampu nak jawab. Tolongglah berhenti lah dengan soalan yang tiada jawapan ni.
– mrs. junior
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Farieyzan Ieyzan Masturah Samsuddin Hatsumi Wawa Aida Zulaikha Abas Ainul Amin Nfsbk Syawani
untk elakkan sesi soal jawb isu mcm nie, mohon dok dlm blik smpai habis raye… huhuhuhu
anggap je la orang tua ingin berbasa basi.. layan je, senyum buat xtahu.. chill ok
Pastu buat2 sibuk buat keje pun ok gak kan sis
Rilek2 sudah. Dlu bila org tnya bila nk kawen slalu je jawab ‘xlaku’ n ‘xde org nk’. Smbil snyum..
ajak jadik madu kompem senyap
Mau bisu terus yang bertanya tu agaknya… hahahha
Terus kena kuarantin suami dia..hahaha
kalau yg bising tu laki dia camna? hahaha
Pernah gaduh dgn mak aku pasal kawin. Raya haji thn lps. Raya kedua aku dah balik rumah. Tak tahan stay lama2 kat kampung. Pastu sebulan aku tak jwb call mak aku. Sampai akak aku msg minta maaf (sbb dia yg mulakan gaduh tu).
Lps tu mak aku dah tak sentuh pun pasal hal kawin.
Yes, I may go to hell sbb buat mak aku terasa hati, but it’s my life. I decide how i want to live my life.
+1 !
R u lgbt?
Anggaplah mereka yg bertanya tu ambil berat n kisah ttg kte wlupn perit.. makcik pakcik yg btanye ni slalunye bkn de fb.. normal klu org tua2 mcmtu. Same gak la klu u all tgh buat ape2.. ttbe ade org tnye tgh buat ape pdhl org tu nmpk pbuatan anda ketika itu.. tnda ramah mesra.. org dulu2 hadap je ape mcm ptanyaan.. org skg belum ape2 sentap.. anggap mereka amik berat.. beramah mesra.. dlm ms yg same kte tau semua ptnyaan tu jwpn dy ape.. rezeki.. ajal.. maut semua kuasa Allah.. hidup dgn manusia ni kne hadap mcm2 ragam.. klu kte rs apepn kte xboleh hadap, jgn bmasyarakat.. anggap soalan2 ni ujian kecil buat kte..
H.A.D.A.M
Bintu…
Biasala mulut manusia… tp kita ni x yah lah nak kisah sgt… buat sakit hati je fikir.. cool je… sy x kawin lg pun rilex je.. :)
Jawab macam ni je, “Allahualam pakcik/makcik”, pastu mintak duit raya
Btl tu..org sekadar nk ambk tau..mna tau dlm planning ke ape..yg jd mslh bl org yg ditya tu sentap sbb tu isu sensitif baginya
“ko bila nk kawen?”
“makcik bila nk mampos?”
jawapannya ttp sama, jodoh dan ajal rahsia allah… tp dieorng sje nk cri point memulakan perbualan, tp klu kutuk lebih2 …paham2 la
Kebanyakan makcik2 ni sekadar berbahasa basi nak cari topik untuk dibualkan.. yang disoal pun jangan laa ambil hati sangat.. jawab je la ngan sabar.. tanya bila nak kahwin? Jawab saje insyaAllah. Bila nak ada anak, insyaAllah aoon. Bila nak kerja, insyaAllah soon. Jadi doa tu kan..
Betul.. saya rasa tu mukadimah makcik2 utk bertegur sapa dgn kita2 yang setahun sekali je jumpa.. masalah masyarakat kita cepat sangat sentap padahal niat makcik2 hanya nak beramah mesra
betul. yang ni saya setuju. anggap sahaja itu doa.. bahkan boleh turut mencadangkan agar makcik tu doakan sama.
tak menjadi issue pun. dah dia tak tahu life ko mcm mana. nak beramah mesra je pun.
masalah asyik tanya pasal kahwin,anak,kereta etc. cuba tanya makanan kegemaran ke, politik ke, artis kegemaran ke. berbasa basi gak tu ehe
Tanya makcik mcm mana diaorg survive World War II. Tell them Hitler did nothing wrong.
Mslahnye setiap kli jmpe slalu tnye.. Jemu la ?
Hanya yg melalui jer yg tau.. selebih easier said than done.. anyway, ini pun salah satu bentuk ujian Allah utk hamba2Nya yg terpilih.. again, hanya yg melalui nyer saja yg tau how does it feels.. semoga mereka mendapat hikmahNya di atas cabang ujian ini.. aamiin..
Faham.. sbb baru2 ni knduri kakak aku makcik2 dtg rewang sibuk tnye aku ble pulak.. mmg x selesa tp mse tu mampu senyum je n mmg aku single mingle.. so mmg x tau ble.. tp fikir2 semula.. thats hiw the makcik2 tu nak bertegur sapa dgn kita.. jgn fikir negatif.. diorg xde fb nak tau pasal ni.. ustaz kat tv pun xde bg tau jgn sebut hal jodoh dgn anak2 dara/teruna.. so diorg x tau.. jd jgnlah ko jwb makcik nak mati ble ke.. or tggu suami makcik masuk minang ke.. nnti x pasal2 mak ko hilang kawan..
Tanya je. Sy okay. Hahahaha
Mula2 rasa sentap jgk dgn soklan2 ni..angap jela yg diorng ni nk beramah mesra ngn kita n bile die tnya soklan mntak jela diorng doakan kita cpat dpt jodoh dpt anak..thun ke 6 raya still ber2.hmm..
Setuju dengan sesetengah komen di sini. Dan komen saya secara umum dengan viralnya pertanyaan pasal jodoh, anak & sbgnya.
Memang betul, kita tak berada di tempat seseorang tu takkan rasa apa yang dia rasa. Cuma nak cakap, orang tua2 sekadar bertanya.
1. Pasal kawin a.k.a jodoh
Bila nak kawin? Mungkin dia nak tau status awak tu. Awak single lagi ka, dah ada empunya ka, dah bertunang ka.. Mungkin dia nak cadangkan pd sesapa yg awak tu single lg.
Mana tau, kot2 jodoh. Tak perlu kot balas balik dkt makcik/pakcik bila nak mati/mampos? Bayangkan kalau mak ayah awak tanya macam tu dekat orang lain. Pastu orang tu, tanya gitu kat mak ayah awak..agaknya, rasa apa ya?
Tak salahkan kalau cakap bebaik.. Saya xda calon lagi doakan laa ya saya makcik, dpt jodoh yang soleh solehah. Ataupun, makcik tolong laa carikan jodoh utk saya mana tau sesuwaiiii.
Tak perlulah stress & cuba bersikap positif. Lain lah kalau orang yang tanya tu berbaur perlian.. Buat donno je, jawab bebaik “Jodoh saya Allah dah atur bukan tak nak kawin, bukan tak da usaha nak cari. Tapi Allah dah tetapkan dah..cuma tak tahu bila dan dengan siapa.”
2. Pasal anak
Bila nak ada anak? Ok, yang nie paling terguris bila orang tanya. Bila nak tambah anak? Anak dah besar dah ni, bila nak tambah lagi? Wowww, ramainya anak tak letih ka?
And most of them, kadang2 tak tau sejauhmana usaha orang yg ‘bila nak ada anak’. So, terangkan pada mereka. Saya dah cuba macam2, usaha macam2. Tapi belum ada rezki..doakan saya ya dapat rezki zuriat. Mana tau, doa makcik makbul..
Bila ramai yang tanya, ramai yang tolong mendoakan..lalu Allah makbulkan kerana kesabaran kita dalam setiap pertanyaan orang. Tipulah tak sedih bila orang tanya kan..tapi anggaplah pertanyaan2 tu pun ujian Allah nak tengok sejauhmana kesabaran kita. Allahu.
Agak-agak, beza tak kalau jawab cara kasar. Apa hang ingat nak anak petik jari ja ka teruih dapat?? Apa hang ingat senang nak dpt anak..? Hang jangan dok berlagak sangat..mentang2 anak hang ramai, hang tanya aku perli2.
Kesimpulannya: kebanyakan yang saya tengok bila ditanya jawapannya positif, relax n cool (walaupun dalam hati sedih).. Kemudian, muhasabahkan diri. Lebih mudah Allah kurniakan rezki..
Maka pilihlah cara terbaik utk tangani. InsyaAllah, Allah sentiasa lihat kesabaran kita. Allah pandang segala usaha kita.. maaf kalau tersalah cakap.
Sekadar bertanya jer…
Terasa tk laku sngt knp…
Tepat pada masanya. Aku tengah dok fikir nak jawab apa pulak untuk raya tahun ni kalau soalan yang sama keluar dari mulut makcik-makcik aku. Hampir tiap tahun ada je soalan tu. Anak dia yang sebaya aku dah kahwin and cousins semua dok tanya bila turn aku pulak. Tak tau nak jawab apa raya tahun ni. :(
Masyarakat kita tak pandai berbual kosong.
Kurang membaca jadilah macam ini. Tonton pula drama waktu Maghrib yang kaku dan tak realistik.
Here is your Nobel Prize.
???????????
kene galakkan makcik2 tgok discovery..boleh la sembang2 pasa gold rush ke,alaska people ke,deadliest catch ke,pawn star ke,forged in fire ke,storage wars ke..xde la makcik2 asyek sembang bab jodoh jek..hahahaha
Jwb jela x esok, lusa. pastu gelak n blah. Hahahah
Senyum je dik…akak pun nak dkt 40 ni pun blum ada jodoh lg…x perlu nak serabutkan kepala dgn soalan2 org pasal jodoh kita…relek2 n chill sudah..
Lau ckp psl kawen..sllu kcik hati ngn mak..sbb mak bising suh kawen..mslh pling bsr skli..bf pn xde..cmne..bkn xnk..tp,jd serik nk ad pkwe..bnd lps buat hati ni jd lbh berhati2 dan agk sedikit keras n ego..bkn xnk bhgia..tp,pglmn pahit tu jdkn ak lbh berhati2..biarlah soklan cepumas tu byk kli tny..nnt ak senyum jela.. doakn ak jmp jodoh..heee..
Sy risau nk tanya soalan2 cepumas mcm ni dkt org lain. Risau deme slh nilai cara sy btanya. Kite tanya dlm nada santai takde niat pon nk perli ke kepochi ke,tp die slh phm ikut lain. Mak sy pon ajr hal org jgn tanya2,kdg deme cpt slh sangka. Kdg kite tktau what they’ve been through. Bdoa yg baik2 jela..
makck pkck xde modal nak buat borak..kdg2..terpk dbenak nk menanya mnde yg org slalu sebut..dan menjdi kebiasaan . tula..trasa tu biasala …kene kuat hdapi
Jawab gini: pakcik/ makcik tolong carikan, boleh?
Soalan femes mase raye nnti smp mood raye pun xde.
Kawin ni bukan la mudah, tak boleh tgk orang len buat, kita nk ikut. Pendapat saya, biar la kukuh dulu ilmu di dada & kewangan, baru la pikir pasal kawin. Kalau orang dok kalut tanya, just senyum je buat tak tau. Knp sbb orang dok tanya, kita nk stress? Hidup utk diri sendiri, bukan hidup utk orang.
Dari status Ahmad saifuddin yusof. Saya kira sangat berhemah. Haha. Boleh diaplikasi untuk bila nak dpt anak, bila nak habis belajar, bila nak kawin, bila nak keje.
“Jawapan soalan cepumas bagi orang bujang.
Apabila ditanya ‘bila nak kahwin?’ Hafal ayat ini.
أَتَىٰٓ أَمْرُ ٱللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ ۚ سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿١﴾
“Ketetapan Allah pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datang)nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.”
Surah an-Nahl ayat 1.
Makcik jangan sentap ya bila anak muda jawab begini.”
Kalau sekadar bertanya bila nak kahwin biasalah..jawab “inshaAllah nanti ada la jodoh”..dibalas plk..jgn la tangguh..xkan nk tolak pintu rezeki Allah nak bg, bahya ni pompuan kawen lmbat maslah nak bersalin la, masalah tu la, masalah ni la. Selalu yang lebih2 dok komen tu sebab anaknya dah kawen dan dah tunang. Ckp lebih2 kang kata nak kita plk nak mengajar depa.
Kalau taw jodoh tu sapa bila dimana senang la nak habaq..aish..sabor ja la