Borderline Personality Disorder II

Untuk part I, (https://iiumc.com/borderline-personality-disorder/).

Hi assalamualaikum semua pembaca. Terima kasih pada admin yang sudi share artikel aku yang lepas (Borderline Personality Disorder).

Aku baca semua komen-komen pembaca pada posting tu di FB. Terima kasih banyak-banyak pada yang memberi semangat. Semoga Allah melindungi kalian semua.

Ada beberapa komen yang aku baca minta untuk aku elaborate lebih lagi. Aku faham sebab cerita aku memang sangat pendek. Aku pula tak sangka artikel tu akan dipilih untuk dipublish.

Jadi, di sini aku nak sambung beberapa perkara yang boleh aku kongsikan.

Kalau pembaca semua nak tahu dengan lebih mendalam dan teliti tentang apa itu BPD, kalian boleh google ataupun tonton video-video mengenai penyakit ini di YT. Aku cuma boleh kongsikan setakat yang aku mampu sahaja.

Pertama sekali, ya, pakar psikiatri yang merawat aku yang mengesahkan aku mengalami BPD dan depression. Aku bukan ‘self-diagnose’ ya.

Setiap kali aku berjumpa dengan pakar tersebut, aku akan cerita segala yang tersimpan dalam hati, yang aku langsung tak pernah ceritakan pada sesiapa.

Apa sahaja yang berlaku yang memberikan kesan kepada aku daripada aku kecil sehingga kini aku dewasa.

1. Persahabatan

Seperti yang aku kongsikan pada artikel aku yang lepas, aku tidak ramai kawan dan tidak ada kawan baik atau ‘BFF’.

Aku lebih memilih untuk sendiri dan tidak terlalu rapat dengan sesiapa kerana aku takut sekiranya nanti-nanti, mereka akan bosan dan tinggalkan aku.

Di tempat kerja pun aku boleh kata aku tiada kawan. Pergi kerja, buat kerja, waktu rehat, makan, solat, habis kerja balik. Tak sempat nak berkawan dengan orang-orang disini.

Aku sangat takut pada pandangan orang. Aku takut sekiranya aku akan kecewakan orang sekeliling aku.

Aku pernah ada kawan rapat semasa diuniversiti. Sangat rapat. Banyak perkara yang aku kongsikan dengan dia.

Tetapi sejak habis belajar tiga tahun yang lalu, kami sudah tidak berhubung. Kenapa? Aku yang memutuskan perhubungan kami.

Aku takut sekiranya nanti kami sudah jarang berjumpa, dia yang akan lupa pada aku dan akhirnya dia akan tinggalkan aku.

Jadi sebelum perkara itu berlaku, aku yang tinggalkan dia. Ya, salah aku. Aku terlalu takut.

2. Hubungan cinta

Sejak dari aku sekolah sehingga kini, boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja berapa kali aku pernah bercinta.

Kali terakhir aku bercinta tiga tahun lepas. Tahun akhir aku diuniversiti. Aku kenal dengan lelaki ni diuniversiti juga. Dia memang seorang lelaki yang baik, pemurah dan kelakar.

Semua tentang dia aku suka pada waktu itu. Yalah, orang tengah syok bercinta kan. Tetapi satu perkara tentang lelaki ini yang aku tak suka, dia sangat insecure. Dia terlalu takut aku tak happy bila dengan dia.

Sepanjang 5 bulan kami bercinta, lebih dari 3 kali kami pernah putus.

Puncanya? Dia tak suka bila aku buat sesuatu tanpa persetujuan dia. Dia anggap, aku tak happy dan tak suka bila dengan dia.

Boleh dikatakan semuanya berpunca dari perkara yang remeh sahaja. Pada waktu itu aku terlalu sayangkan dia.

Bila dia cuba untuk tinggalkan aku, aku lah orang paling bodoh merayu menangis seperti orang gila. Menagih simpati supaya dia tak tinggalkan aku. Aku terlalu sayang dia sehingga aku hilang diri sendiri.

Dia tahu tentang aku yang mengalami depression dan sering self-harm.

Dia juga pernah berjanji bahawa dia akan membantu aku dan akan selalu ada dengan aku sehingga aku betul2 pulih. Tetapi pada akhirnya kami putus juga. Dia tinggalkan aku begitu sahaja tanpa beri apa-apa alasan.

Selepas itu, aku ada berkenalan dengan beberapa orang yang cuba untuk mengganti tempat dia dalam hati aku. Tetapi semuanya sama sahaja dengan dia.

Bila mereka tahu yang aku ada masalah mental, mereka tinggalkan aku begitu sahaja. Sejak daripada itu, aku buat keputusan untuk tidak mengenali mana2 lelaki lagi. Aku terlalu takut untuk merasakan sakit yang sama.

3. Keluarga

Biasanya, orang beranggapan anak bongsu merupakan anak yang paling untung kerana banyak dimanjakan. Tetapi tidak berlaku dalam hidup aku ya.

Aku sering dibanding-bandingkan oleh kedua ibu bapa aku. Mereka membandingkan aku dengan kakak aku sendiri, sepupu-sepupu dan rakan-rakan aku yang lain.

Daripada aku kecil sehingga sekarang, sesiapa sahaja yang kelihatan lebih dari aku dimata mereka, pasti mereka akan membandingkan dengan aku.

Aku terlalu takut untuk hidup dalam ekspetasi mereka. Semua yang aku lakukan tak pernah cukup untuk mereka.

Sampai disatu tahap, aku selalu terfikir adakah hidup mereka akan lebih tenang dan bahagia jika aku mati?

Adakah akan hilang rasa malu dalam diri mereka kerana mempunyai anak yang serba kekurangan ini jika aku mati?

Untuk semua pembaca yang melalui perkara yang sama dengan aku, aku doakan kalian terus kuat, kita terus kuat. InshaAllah.

Terima kasih.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *