Borderline Personality Disorder

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Nama aku Bunga. Umur aku pertengahan 20-an.

Aku ada sedikit perkongsian atau lebih kepada luahan hati sebagai sorang pesakit BPD (Borderline Personality Disorder) dan juga depression.

Aku membesar dalam keadaan keluarga yang sempurna (which means masih ada mak abah dan adik beradik, Alhamdulillah).

Aku merupakan anak bongsu dalam 5 adik beradik. Abang dan kakak aku semua dah berkawin dan tinggal aku sahaja yang masih bujang.

Walaupun keluarga aku sempurna, tapi cara dan suasana waktu aku dibesarkan tidaklah sempurna.

Aku tak nak cerita panjang mengenai itu. Tetapi, aku nak cerita macam mana keadaan sekeliling boleh menjadikan aku seorang pesakit mental.

Boleh dikatakan dari zaman aku sekolah rendah lagi, aku memang tak ramai kawan.

Mungkin sebab masa kecil2 dulu aku agak nakal, mungkin juga sebab family aku family biasa bukannya anak cikgu, anak doktor macam kawan2 aku yang lain.

Aku pernah banyak kali ‘dipalau’ oleh kawan2 aku sebab katanya aku tak layak nak berkawan dengan mereka.

Masuk ke sekolah menengah, aku masih begitu. Tak ramai kawan.

Aku tak ingat macam mana sifat & perangai aku masa itu tetapi mungkin jugak masih nakal sebab itu tak ramai yang nak berkawan dengan aku?

Long story short, aku memang tak ramai kawan dan pernah dipukaukan beberapa kali ketika masih sekolah.

Sampai satu tahap dimana aku terlampau sedih sehingga aku menelan satu papan pil tahan sakit (ponstan) dengan harapan aku tak akan bangun lagi tetapi nyawa masih panjang.

Aku masih hidup. Itulah kali pertama aku cuba mencederakan diri sendiri.

Masuk ke zaman universiti, aku masih Bunga yang sama. Tak ramai kawan dan kurang pergaulan.

Tapi bila di universiti ni aku faham, kalau kau kurang cantik dan pandai, kau memang tak akan ramai kawan.

Rupa aku biasa saja, Aku pun taklah pandai sangat, taklah bodoh juga. Biasa-biasa sahaja.

Macam mana aku boleh diagnosed with BPD & Depression?

Aku mula perasan dan sedar bahawa aku sangat takut nak berkawan dengan orang. Apatah lagi nak bercinta. Sangat takut.

Apa yang aku takutkan? Aku takut dibuang dan ditinggalkan. Fear of abandonment.

Aku tak percaya diri sediri, aku tak pernah bersangka baik dengan diri sendiri, dan paling teruk adalah self-harm dan suicidal thought.

Aku pernah baca satu article mengatakan bahawa BPD adalah penyakit mental yang paling sakit.

Betul atau tidak, itu mungkin bergantung kepada individu. BPD tiada spesifik ubat. Kami hanya menjalani terapi sahaja.

Ubat yang aku ambil sekarang ni hanyak untuk symptom (depression). Aku mula berjumpa dengan psychiatrist selepas aku tamat belajar dan mula bekerja.

Dan sampai sekarang aku masih bergantung dengan ubat.

Kadang-kadang aku rasa seperti aku tak nak dan tak akan kahwin sampai aku mati. Aku takut dan tak percaya dengan sesebuah hubungan.

Aku rasa aku tak layak nak berkawan dengan orang. Membebankan orang. Adakah aku akan sunyi sepi begini selamanya?

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *