Ab4ng Aku Dah Hilang?

Aku suri rumah yang masih struggle mencari cara untuk menambah income sebagai seorang isteri dari suami yang berkerja di dalam sektor awam tapi berpangkat yang rendah.

Aku dulu memang rapat gila dengan abang aku. Sebab aku anak bongsu.. apa-apa aku akan cari abang aku nak cerita masalah, dia pun banyak bantu aku, dari kecik sampai ke universiti.

Masa mula2 abang aku kahwin aku jealous la juga dengan kak ipar aku, rasa macam kenapa abang aku dah berubah.

Masa tu aku baru tingkatan 2 budak-budak lagi perangai.

Abang aku pun banyak cerita dekat aku macam-macam. Sebelum dia kahwin pun dia siap tanya aku minta pendapat nak memilih kak ipar sebab ada dua pilihan.

Di pendek kan cerita aturan cerita hidup aku banyak bantuan dari abang aku.

Sebab dia belajar elok, kerja pun elok jadi orang kedua terbesar di cawangan U**m. Gaji besar.

Kak ipar aku pun pengurus di organisasi pajak gadai islam. Dua-dua bergaji besar. Anak dua.

Masa mula-mula kahwin nampak dia macam tak friendly tapi lama-lama ok je.

Tapi dia akan jadi ok kalau tak ada ipar-ipar yang lain. Kalau ada, dia macam kurang nak menyembang.

Bagi aku kak ipar aku baik. Sebab dia banyak bantu aku juga masa aku study.

Ceritanya, bila aku ni segala benda nak cerita dan tanya abang aku. Sebab dah terbiasa.

Aku tanya abang aku bagi la idea aku nak jual apa.. Nak bantu kewangan suami aku. Sebab agak teruk dengan ekonomi sekarang.

Dia pun bagi modal dia tolong beli alatan, barang-barang nak jual, aku cuma tambah sikit-sikit. Dia siap datang rumah aku hantar. Siap bagi nasihat, bimbingan.

Tapi… suami aku ni asik perlekeh aku. Dia kata barang yang aku jual mahal. Memang la mahal sebab berquality. Dia macam tak redho apa yang aku buat.

Bila setiap hari aku dengar, aku jadi down. Aku tak terjual.

Tambahan pulak aku dengar pulak dari akak aku, abang aku cerita dekat dia.

Kak ipar aku MARAH abang aku sebab bantu aku. Dia cakap aku ada suami kenapa nak bantu aku.

Aku serba salah gila dengan abang aku. Aku yang salah, tak sepatutnya cerita kesusahan aku dekat abang aku, dan sepatutnya dah kahwin aku tak perlu berhubung dengan abang aku.

Sejak kes ni abang aku dah tak mesej aku macam dulu. Dia macam menjauh dari aku.

Sedih gilaaaa..

Dalam masa yang sama aku kena usahakan untuk sikit-sikit bayar modal yang dah dia keluarkan.

Entah la. Aku ni buat apa pun tak menjadi. Mungkin sebab aku introvert. Aku rasa aku dah usaha. Tapi………..

Aku rasa aku dah hilang abang aku.

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *