Krisis Iman dan Aqidah Dunia Seni

Bismillah… Assalamualaikum…

Terdetik untuk menulis di ruangan ini berkenaan tajuk di atas, kebetulan baru melihat ulasan kepada sebuah filem melayu yang menguji keimanan bila berbicara tentang kebebasan beragama..

Sekadar terlihat petikan dan pandangan tidak menonton keseluruhan filem..

Melayu sinonim dengan beragama Islam namun bukan semua sebenarnya, kena waspada… Agama Islam adalah agama sejagat untuk semua bangsa semua manusia.

Agama Islam adalah agama sebenar dari Tuhan Sekalian Alam… Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Tuhan yang menjadikan manusia.

Adakah ada banyak Tuhan yang menjadikan manusia… Maka boleh dikatakan semua agama boleh diterima…

Allah SWT dengan kesucianNya mengutus para Nabi dan Rasul untuk menyampaikan perkara pengabdian dan persaksian tentang kalimah Tiada Tuhan Selain Allah.

Sebagai muslim.. Kita maklum sekiranya berkahwin, agama pasangan yang lain agama wajib ditukar kepada Islam. Jika tidak, perkahwinan itu tidak sah, haram.

Jika muslim bertukar kepada agama lain, ini dikira murtad. Syirik besar. Dosa syirik tidak diampunkan Allah.

Namun perlu diingatkan tentang syirik kecil… Keyakinan kepada makhluk bukan Allah, syirik dengan membuat perkara kurafat…

Syirik dengan menafikan hukum agama mempertikai dan meninggalkan dengan rasa tidak berdosa..

Malah syirik apakah mereka yang terangan menukar jantina dan menjalin hubungan sejenis.. Nauzubillah.

Saya teringat dahulu, ada seorang pengarah filem Melayu yang kontroversi…

Beberapa filemnya agak bercanggah dengan nilai syariat yang suci.. filem yang menunjukkan watak nak pergi masjid pegang anjing tepi jalan.. lepas solat tanggal telekung berjoget rock…

Lalu kedai jual makanan ba** berhenti dan buat terliur…

Benda tu mungkin tidak nampak berdosa sebab pegang anjing bukanlah haram kenalah samak… Tapi macam sengaja mencetus jalan cerita yang agak terpesong, liberal.

Ditakdirkan pengarah filem itu meninggal ketika berucap untuk menjayakan filem berikutnya… Begitulah akhir usianya bukan semua yang dirancang dapat ditunaikan andai Tuhan tidak izin..

Bercakap soal kematian.. Sudah ajal sampai masa… Begitu juga dalam arena hiburan lawak..

Pelawak diangkat menjadi penghibur yang dicari.. mereka juga mudah terpilih untuk menjadi pengacara majlis hiburan…

Namun program hiburan yang memerlukan juri dan terlalu melampau dalam pertunjukan baik dari pemakaian atau perkataan bukanlah benda yang berkat dalam menurut kehendak hidup bersyariat…

Jadi, pernah ada juri atau artis yang meninggal agak mengejut sebab jantung atau kuman… Bertafakur dan insaflah rakan artis memberi komen…

Kemudian meneruskan semula aksi hiburan yang gelak tak ingat dunia.. juga hiburan nyanyian yang jika dikomen nurtizen pun mereka tak ambil peduli..

Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Allah suka keindahan. Namun carilah yang memberi ketenangan dan tidak bertentangan syariat.

Jika sayang Nabi nak ikut sunnah Nabi… Nabi bukan kaki gelak kaki temberang… Nabi menjaga solat hingga bengkak kaki bukan menari di pentas..

Satu lagi ada perangai artis yang bertudung kemudian buka tudung… Katanya jadi diri sendiri, tak mahu hipokrik, dosa sendiri tanggung..

Bukan artis je orang kenamaan pun berat nak bertudung… Mereka macam mempermainkan hukum. Seperti mengajar bahawa ini tak salah ini hak peribadi…

Ini hukum. Hukum dunia pun kena akur. Inikan hukum Tuhan.

Ia berkait dengan keimanan.. kuat atau lemah… Iman tak dapat dijual beli…

Maka tidak hairan ramai yang tidak beriman… Kerana Iman adalah nikmat terbesar hamba yang akan melayakkan diri masuk SyurgaNya.

Soal akidah… Moga pihak berkuasa mampu tangani dengan ketatkan majlis hiburan liar yang membawa kelalaian dan kesesatan terutama dari orang kafir.

Filem sebelum ditapis ketatkan garis panduan agar orang industri hiburan faham dan ikut. Faham dan ikut. Ramai je yang faham tahu tapi tak ikut. Lebih ikutkan nafsu dan kejar dunia..

Akhir kalam… Mohon maaf andai penulisan ini ada kekhilafan kekurangan…

Niat di hati ingin memberi nasihat saling ingat mengingati, berpesan dengan kebenaran berpesan dengan kesabaran.. Semoga ada hidayah dan kekuatan untuk menjadi hamba bertakwa.

Semoga Ramadhan yang bakal tiba akan membawa banyak berkat dan rahmah juga maghfirah…

Doakan saya juga agar lebih faham dan mampu menyampaikan dengan baik. Semuanya dengan izin Tuhan Allah Yang Maha Esa.

Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat berselawat ke atas Nabi.. wahai orang yang beriman, berselawatlah ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dengan sempurna.

Jazakallah.

– Hamba Allah ArRahman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *