Boss kedekut + berkira

Assalamualaikum gais. Thanks admin sebab approve.

Saja lah nak kongsi cerita, baru baru ni aku ada join kerja part time kat 1brand muslimah ni utk big event yg femes dekat KL tu. Aku join dengan niat, nak cari duit lebih, memandangkan aku ni student lagi + raya pun dah dekat, so aku berharap lah dapat baju raya free ke apa ke dr brand yg aku kerja ni. ?

Time hari event, aku dapat shift malam. Tak kisah lah, sbb aku beria berebut dgn 15 org lagi part timer yg nakkan shift malam jugak. Tapi, bila dah ramai sgt part-timer, harapan utk aku dpt baju raya free memang terkubur lah sbb mmg TAK DAPAT! ? part-timer shift pagi merasa lah pakai baju brand tu, tapi bila habis shift dorg kena pulang balik baju, dan sangkut balik. i was like.. like seriously? ?

Yang buat aku sedih nya, aku kerja dengan komited gila sampai hilang suara, sampai hilang keayuan aku sebagai seorang perempuan, sebab terjerit-jerit panggil customer (tu mmg disuruh oleh boss sebagai bukti tahap komited kau sbgi seorang part-timer), 3hari kerja tanpa rehat, tanpa tidur yg cukup, tapi at the end aku rasa tak berbaloi langsung kerja mcm org gila dengan brand ni. Serious aku menangis sbb terlampau sakit hati dengan boss sbb masa gaji diberi, boss memang berkira gila bab duit sampai sen sen pun di kira. padahal boleh je kalau boss tu bersedekah sikit ke utk genapkan gaji tu, sempena bulan puasa yang mulia ini, sbb sales utk 3hari tu ribu riban jugak lah cerita dia. ?

Ada sorg part-timer shift mlm jugak, disuruh balik awal sebelum habis shift sbb boss tak boleh tgk org duduk rehat lama sikit. "Boss, 12jam kerja berdiri boss, takkan tak boleh nak duduk lama sikit, takde customer pun masa tu lah." Kawan tu, siap kena tolak gaji lagi sbb boss kata kawan tu menghilang tak tahu ke mana padahal dia pergi toilet & dia inform aku n part timer yg lain, cuma tak bgtau boss je. Kesian betul kawan tu, dah lah duduk jauh, duit transport nak pergi kerja je dah sama jumlah dgn gaji yg dia dapat. ? lagi sorg part timer shift pagi, dia kerja 1hari je sbb mmg dia mintak awal2 lagi dengan boss, tapi dia tak dibayar gaji langsung sbb boss menafikan yg dia ambik budak tu kerja utk 1hari. Kesian gila kat dia, penat2 dia kerja utk 1hari tu, kenapa tak cakap awal2 kalau taknak ambik dia kerja. Pastu, apa salahnya boss bg je sikit gaji kalau taknak bayar byk sekali pun? Kenapa berkira sangat?? ?

Boss brand ni mmg tak friendly, susah nak senyum, sampai ke hari last, tak tahu pun nama part-timer, tak kenal pun muka masing2. Alhamdulillah lah, makanan utk sahur n berbuka disediakan, tapi cuma tu je. kebajikan lain? Takde pun. ramai part-timer yg duduk jauh dr tempat event, tapi tak dijaga pun kebajikan kitorg. kalau brand lain, siap sediakan tempat tidur lagi untuk tempoh 3hari tu. Brand aku ni takde pun. Bukannya baru establish, brand yg org dah kenal pun. Like i said, sales ribu riban, tapi kenapa macam tu sekali tahap kedekut dan berkiranya?

Memang tobat lah nak kerja dengan brand ni lagi. Orang lain kerja seronok2, tapi aku n part-timer lain, kerja dengan sakit hati. Dari ikhlas, terus jadi tak ikhlas. hmm penat pun tak hilang lagi. Sorry boss, sampai bila2 saya ingat! Moga boss berubah lah ye supaya part-timer akan datang tak merasa apa yang saya dan kawan2 yang lain rasa. Amin. ???

– Part Timer Kecewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

46 Comments

  1. Harap tahu lah brand apa. Supaya takde dah yang terkena. Kengkadang manusia ni lupa diri bila kat atas. Kita hat bawah ni lah kena berhati-hati.

  2. Awat tak habaq brand ape nyer? Takot kena kecam ke? Klu kena kecam sekalipon, org tak kenal awak.. Adehh.. Bagitaw dh laa.. Sebagai peringatan utk boss yg tamak haloba.. Gggrrrr…

  3. pernah sekali kerja part time berapa jam jee, padahal suruh jaga kejap tp sampai habis kena jaga. nak angkat barang lagi. fuhhh penat gila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *