Salam. Aku faham, usia 20-an adalah usia 'kritikal' di mana orang akan terkejar-kejar jodoh, tercari-cari jodoh. Aku pun tapi kisah beberapa tahun yang lepas.

Aku ada tips nak hilangkan sindrom "nak kahwin" bagi yang tak mampu. Beberapa tahun lepas aku pun hairan, dalam banyak orang aku taaruf tak jumpa lagi Mr Right. Kadang tu kecewa dengan diri sendiri sebab dah taaruf lebih 7 kali (sedangkan usia baru 21 tahun).

"Tak lawa kah aku"
"Tak pandai kah aku"
"Apa yang tak kena?"

Sehinggalah suatu hari..Allah bagi 'sesuatu' dalam hati aku. Dia bagi terdetik di hati aku supaya aku cari Dia. Cari Dia. Cari Dia. Bukan dia.

Maka..

Aku pun cari.. Lama kelamaan hati aku seakan-akan redha, redha tak kejar cinta manusia lagi. Bila aku dah rasa bahagia sekarang ni dan hati dah terubat dari 'sindrom nak kahwin' tu, aku pandang belakang semula. Sekadar nak melihat..

Rupanya baru aku tahu, kenapa aku belum ketemu Mr Right

Pertama – diri aku. Bila aku tengok diri sendiri..contohnya bila dalam keadaan busy, aku rush sana sini sehinggakan diri terabai. Jadi aku terfikir macam mana aku nak jaga dan layan suami dengan sebaiknya jika diri aku pun terabai (makan, minum tak tentu).

Kedua – doa aku. Aku selalu doa minta Allah bagi dekat aku insan yang terbaik untuk aku. Bukan terbaik dalam dunia. Terbaik untuk aku je.. Jadi ini mungkin asbab aku belum jumpa

Ketiga – doa Mak Ayah. Mak aku selalu mengharap aku dapat seseorang yang dapat bimbing kami sekeluarga setelah lama tak dibimbing ketua keluarga kerana dia (ayah) sudah meninggalkan kami 19 tahun lepas.

Keempat – ilmu aku. Semakin dalam aku kaji ilmu (ilmu agama) semakin aku tahu banyak betul yang aku tak belajar lagi ni. Macam mana nak didik anak-anak aku nanti? Macam mana nak wujudkan rumah tu sebagai sebuah "syurga kecil" untuk kami nanti? Macam mana nak bentuk anak jadi orang yang berguna kalau diri sendiri tak dapat bimbing?

Kelima – bimbing diri sendiri sebelum harap orang lain. Ada member aku beritahu

"Jangan risau, nanti suami kau boleh bimbing"

Hey jangan terlampau mengharap sangat suami kita tu boleh membimbing. Kita bimbing la diri dulu baru boleh mula bimbing satu sama lain dan saling menguatkan

Keenam – aku belum rasional sebelum ni. Ha ini sebab yang strong – utuh – kukuh. Rasionalnya, aku tak bertemu jodoh aku lagi bukan sebab tak laku. Bukan sebab apa pun, tapi apa jadi sekalipun sebabnya Allah belum bagi lagi. Beruntungla bagi siapa yang ada masa nak atur kehidupan sendiri dulu. Jangan mengharap pada orang lain, nanti kecewa. Berharap je pada Allah.

Jadi sekarang aku dah tak ternanti-nanti jodoh aku. Mungkin dia belum bersedia.

Sekarang aku cuma doa banyak-banyak moga Allah nikahkan aku pada masa yang tepat, keadaan yang tepat, individu yang tepat. Supaya memudahkan aku ke syurgaNya.

Andai dipinang dengan kematian dulu, Alhamdulillah. Kita bertemu di sana wahai jodoh

– Bunga Mawar

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

34 Comments

  1. Mmg skarang ni mereka2 awal 20 an fikir nak kawen ye. Hidup masih banyak lagi bnde nk blajar. Jgn nak risau sgt, Allah dah aturkan semua. Just believe in Him, n enjoy ur life.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *