Bukan Anak Kesayangan

Salam semua, thank you admin sudi siarkan confession aku. Cerita aku bukan pasal diri aku tapi pasal suami aku.

Kami boleh dikatakan masih dalam fasa ‘honeymoon’ sebab kawin pun tak sampai 5 bulan lagi. Suami aku anak ke 2 daripada 10 org adik beradik. Mak dan ayah mertua masih ada lagi.

Macam tajuk diatas, suami aku ni bukan anak kesayangan mak ayah dia. Biasalah anak ke 2, suka rebel sikit sejak dari umur dia awal 20an.

Pernah dia tak balik kampung bertahun-tahun sebab tak boleh duduk lama-lama nanti akan bergaduh. Terutama sekali dengan mak dia. Mak mertua aku ni ada anak kesayangan, iaitu adik suami aku yang no 3.

Wife adik dia pulak menantu kesayangan mak mertua aku. Mak dia memang suka memuji dua orang tu sebab diorang orang yang agak berduit. Keje sendiri, so bila-bila masa nak keluar tak ada masalah.

Suami aku keje biasa-biasa saja. Kadang-kadang balik kejap tengahari petang keluar lagi. Kesian aku tengok tapi aku bangga dengan dia.

Untuk pengetahuan korang, suami aku dia ada rumah. Dan rumah tu terletak di belakang rumah mak mertua aku. Rumah tu memang kosong, tak ada katil, sink tak ada, kabinet dapur tak ada.

Stove ada sebab mak aku bagi yang dia tak guna. Rumah tu lebih nampak macam stor. Tapi aku okay saja. Sebab aku nak duduk sendiri.

Awal-awal kawin tu aku okay lagi bila mak mertua aku akan datang ketuk pintu panggil aku untuk masak sekali atau makan sekali kalau makanan tu dah beli siap.

Tapi bila aku tak bukak pintu, dia akan ketuk pintu tingkap bilik suruh aku bukak pintu atau dia akan call aku. Kalau aku tak angkat, dia akan whatsapp.

Hal tu sangat mengganggu privasi aku dengan suami. Kadang-kadang kami tengah bersama dia ketuk pintu, tengah mandi sama-sama pun aku dengar orang duk panggil nama kitorang.

Sampai satu tahap tu halusinasi aku saja. Padahal tak ada orang pun kat luar.

Berbalik pada suami aku, bulan lepas bagi aku sangat mencabar bagi kami. Aku ingat lagi, lagi 10 hari nak gaji lepas solat Zohor aku tergerak hati nak bukak dompet suami aku.

Sebab sebelum solat tu aku ada pesab mintak dia belikan roti untuk breakfast. Tapi dia tak jawab boleh atau tak boleh belikan dan terus pergi mandi.

Luluh hati aku bila tengok dalam dompet ada rm6 saja. Walaupun gaji tak besar tapi setakat aku hidup dengan dia ni, dia tak pernah tinggalkan aku pergi keje dalam keadaan aku lapar.

Pagi dia akan keluar cari breakfast, aku nak masak tak ada peralatan. Tengahari dia dapat makanan free dari tempat dia kerja.

Aku dah cukup kenyang sebab tanki aku kecik saja. Malam jarang sangat aku nak makan nasi. Tapi Alhamdulillah, aku ada buat side income jual makanan.

Jadi kalau ada yang order aku akan balik rumah mak aku. Lepas solat tu aku selitkan RM50 dalam dompet dia untuk dia survive seminggu lebih lagi.

Dalam minggu tu jugak, mak mertua aku ada bagitahu nak tong tong duit nak beli durian. Suami aku terus cakap dia tak boleh makan durian sebab baru lepas vaksin. Padahal aku tahu dia tak ada duit nak kongsi.

Aku siap offer nak bagi pinjam tapi dia tolak. So aku cakap, kalau dia tak nak bagi duit aku tak nak makan durian tu.

And yes bila pegi rumah mak mertua, aku just datang tunjuk muka dan minum air saja.

Isu makan pun aku pernah kena sindir dengan mertua dan abang ipar aku sebab diorang kata aku jenis yang suruh makan pun susah terutama makan malam.

Kalau nak suruh aku tolong masak aku tak ada masalah tapi aku tahu lauk-lauk yang diorang makan tu suami aku tak bagi duit pun pada mertua aku. Aku segan nak makan sekali. Jadi aku just datang tunjuk muka saja.

Kemuncaknya bertegang urat bila agak lama aku balik rumah mak aku sebab hari-hari aku ada order. Nak tolak sayang sebab aku perlukan duit untuk bantu suami aku topup mana patut.

Mesti ada yang tertanya kenapa aku tak tumpang saja buat dekat dapur mak mertua aku. Aku pernah buat dari sana tapi biasalah bila banyak campur tangan ni banyak la tukang kritik.

Dan pergerakan aku agak terbatas, nak beli barang yang tak cukup pun mak mertua aku kerah adik ipar aku pegi beli. Tapi bila tiga empat kali suruh kau masih tak bergerak, aku ambil keputusan jalan kaki pegi beli sendiri saja.

Prinsip aku, aku memang tak suka susahkan sesiapa. Mak mertua aku sampai cakap kalau dah tak suka duduk rumah tu, bagi saja pada orang lain duduk. Suami aku diam tapi dalam hati terasa sungguh.

Aku tak marah mak mertua aku malah aku rasa berterima kasih pada keluarga sana. Mungkin suami aku tak function bila ada kat rumah dia tapi keluarga aku sangat suka dia.

Keluarga aku tak pernah rasa ada ketua keluarga lelaki. Abah aku meninggal masa aku kecik lagi. Memang abang aku ada tapi balik kampung cuma dua kali setahun.

Bila suami aku ada mak aku sendiri cakap baru rasa macam ada orang yang boleh dia bergantung harap dan boleh bawak bincang. Sebak betul bila mak aku cakap macam tu.

Selama beberapa bulan aku hidup dengan suami aku, aku boleh tengok cara mak dia dengan mak aku layan suami aku. Sangat berbeza. Suami aku lebih dihargai bila dia ada kat rumah aku.

Doakan aku supaya lebih sabar untuk hadap culture baru ni.

– MF (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit