Bukan kisah tipikal cinta

Aku taktau la degree ni aku selalu rindu family aku. Pernah juga terpisah beribu2 km dan aku dapat jumpa time cuti sem, raya, cuti sekolah, dan awal tahun je. Allah uji aku, ayah aku dapat kerja lagi baik, Alhamdulillah namun masih juga jauh beribu2 km.. Orang kata dont compare your life with a better person, but compare yourself with somebody who is not 'fortunate' enough.

Setiap hari aku ada kelas, tapi 1 subjek je.. Exam haritu Allah uji, so sekarang aku wajib hadir academic program & at least jumpa academic advisor 2 kali satu sem..

Allah itu Maha Adil, keluarga aku Alhamdulillah cukup segalanya. Pengajian aku parents tanggung, relax korang jangan cemburu, sebab korang pula ada masa bersama family & rezeki lain2. Hari2 aku bangun, tengok cermin, senyum sambil check lesung pipit, masih lagi hidup dengan wajah sempurna, masih lagi mampu bernafas melihat duniaNya, dan masih lagi mempunyai keluarga yang mencintai sepenuhnya.

Tapi, mak abah, biar pun kita tak selalu jumpa, pasti ada saja doa yang dikirimkan, ada saja pengorbanan yang dilakukan, moga-moga ilmu yang pelajari, penuh lelah ini, hadiah untukmu, kerna cgpa bukan saksi sepenuhnya usahaku. Kerana impian aku, menjadi insan berilmu.

Terima kasih Tuhan untuk anugerah hidup yang terindah. Usah bersedih sahabat, hitunglah rezeki2 kamu pasti kamu lebih bersyukur. Tuhan, jagakanlah mereka untuk aku sekiranya aku tidak lagi di dunia ini…

– Dia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *