Bukan Masalah Orang Lain

Sajalah akak nak bagi pembaca semua time-off dari membaca masalah rumahtangga, masalah mertua dan masalah keluarga dari page IIUM Confession ni ye.

Akak nak celoteh dan membebel sikit pasal rakan sekerja akak ni. Kalau rasa macam boring and you all prefer nak baca masalah rumah tangga, akak tak boleh nak cakap apalah ye.

Akak ni dah masuk 30an. Muda lagi. Tapi akak bahasakan diri akaklah ye sebabnya rasa macam lebih rapat ha gitu.

Akak ni kerja dalam bidang setiausaha syarikat. Bukan setiausaha yang macam korang selalu dengar tu ye. Bukan juga yang tolong bancuh teh.

Dia lebih kurang adik beradik tiri akauntan, auditor atau lawyer la begitu. Adik beradik tiri tau. Kerja tak sama tapi bebanan lebih kurang la banyak jenis lesen. Tapi akak tak ada apa-apa lesen profesional. Akak hanyalah lepasan sarjana muda.

Jom masuk cerita. Akak ni dah kerja satu syarikat ni masuk 3 tahun. Jadi total pengalaman kerja akak ada 5 tahunlah, termasuk 2 tahun ni syarikat lama.

Ini tahun ketiga akak di company ni. Bukan masalah company ye. Selain daripada bonus dia bagi lepas raya, yang lain tak ada masalah. Sempurna orang kata.

Tahun lepas team akak dapat satu warga baru. Akak namakan dia Kak Epal la ye. Kak Epal lebih tua 5 tahun dari akak. Dia ada lesen profesional, dan dia dah 8 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang sama.

Bila dia buat kerja, okay je. Tak ada masalah. Kerja dia semua okay sahaja. Dia blend-in dengan semua orang pun okay saja. Tapi masalahnya adalah time management dia.

Tolak tepilah bab dia ada anak. Sebab akak pun ada anak. Akak tak kisah pun kalau dia cuti atau lambat etc etc sebab akak faham sangat ada anak kecil ni macam mana.

Tapi awaknya semua, tolonglah jangan jadikan anak kecil tu alasan. Kita ni ada anak kecil tolonglah kerja tu siapkan 9-6 je. Kalau boleh jangan langsung bawa task balik rumah. Balik rumah ni fokus kita kat anak aje.

Macam Kak Epal ni, kat ofis dia buat kerja lambat tau. Akak tak tahulah dia jenis lambat ke apa ya tapi kerja yang orang lain boleh siapkan 2 jam, sampai kat dia jadi 5 jam.

Lepas tu bila kerja yang lain pending, dia akan buat ihsan sedih dalam group cakap terlalu banyak. Kalau dia tak ada pengalaman bekerja, atau dia baru join company akak boleh faham. Tapi ini dah bulan ke-10 dia dengan team.

Bila kerja banyak, dia suka buat kerja dekat rumah. Jadi bila dia buat kerja dekat rumah, anak kacau dia mengadu lagi dalam group kerja. Tak sempat siap weekdays walaupun buka laptop sampai malam, dia buka pula kerja Sabtu dan Ahad,

Lepas tu dia update terpaling busy terpaling tak ada life. Ada 7 orang dalam team, dia sorang je yang buat kerja lepas waktu kerja rasmi. Akak tak tahu dia nak tunjuk siapa atau nak proof kat siapa.

Kadang-kadang company akak ni bagi staff dia wfh tau. Macam akak, walaupun akak wfh akak tetaplah hantar anak akak ke taska sebab akak nak focus kerja akak. Supaya gaji berkat sikitlah walaupun seling-seling scroll IIUM Confession jugak time kerja.

Dia pun hantar anak ke taska, tapi bila time dia wfh, dia buat keputusan untuk tak hantar anak dia. Jadi bila ada discussion, meeting atau task urgent, semua orang kena cover untuk dia. Discussion & meeting tu dah scheduled tau.

tak boleh ke check schedule dulu dan fikir, “oh hari ni aku ada meeting dengan leader. Anak kena hantar la.” Tapi tidak. Time meeting la anak menjerit minta susu.

Lepas tu akan cakap excuse “Maaf semua anak saya bising”. Kenapa kena salahkan anak? Jangan salahkan anak. Anak bukan alasan. Anak tak dilahirkan kedunia ni untuk jadi batu penghadang.

Jangan cakap kami team tak faham orang ada anak kecil pula. Semua ada anak kecil. Tahu pengalaman tak sama. Tapi kalau anak sakit, inform team. Walaupun kena kerja kami faham dan kami akan saling backup kalau anak betul-betul sakit.

Manager kami yang lelaki tu, bawa anak ke klinik checkup pun kami boleh je coverkan kerja. Semua okay je yang penting awak kena bagi heads up lah. Kalau sengaja tak nak hantar taska cuma sebab malas nak keluar rumah, itu awaklah sengaja cari sakit.

Semua orang ada task masing-masing, semua orang ada client sendiri nak kena handle. Tapi disebabkan awak yang sengaja cari sakit semua orang kena buat double kerja.

Akak ni tengah menunggu Kak Epal ni draft kerja yang akak dah mintak sejak dari awal minggu lepas. Bermakna dah 2 minggu la ni. Setiap hari ye akak ingatkan mana draftnya. Akak dah malas nak tunggu ni. Akak buat sendiri.

Kalau korang cakap “nak cepat buatlah sendiri”. Akak bagi dia due 3 hari ye lepas request masuk. Tak banyak pun. Task tu bila start buat siaplah dalam 3 jam paling lama. Puncanya apa, hari ini Jumaat wfh, anak ada dekat rumah merengek.

Dah dari Isnin sampai Khamis masuk ofis kenapa tak buat? Kalau akak kena buat sendiri, baik akak tak payah suggest kat HR tambah headcounts. Macam sama je beban kerja akak. Yekan?

Ada yang tak setuju ke? Cuba komen kat mana akak boleh husnuzon atau improve? Sebab akak sayang tau Kak Epal ni. Cuma tak berkenanlah akak dengan cara kerja dia.

– Mama Zila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya rasa bos atau pegawai atasan kak Epal ni boleh nasihatkn dia ckit, sebelom tu awk kna jugakla ‘slow talk’ dgn bos, bg cth yg relevan, mcm kerja yg x siap2 tu and situation mse meeting online tu, suma org nmpak kan.. bkn marah dia, cuma bg guidance cara nk manage msa, semua org ada masalah nk slesaikn – kerja or personal, dan semua org ada 24 jam sehari, x kira la dia bos ke kuli ke, or even siapa sja.. so kna manage la sebaik mngkin.. lg satu, klaw bos tu ada inisiatif or bajet company bnyak, bule bg insentif setiap 3 bln ke, kpd pkerja yg “efficient”, lama2 dia akn terasa jugakla, klaw asyik org lain je dpt, pdhal dia ada experience yg lebih lama.. hanya sekadar cadangan.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *