Bukan Mengungkit, Tapi Dah Penat

Salam admin terima kasih kalau cerita aku di approve. Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana tapi perlukan pandangan dari sudut berbeza.

Benda ni aku simpan hampir 20 tahun. Macam tajuk, aku rasa penat.

Sedikit latar belakang keluarga ayah kakitangan swasta mak suri rumah adik beradik 5 orang hidup kami ada turun naik.

Aku tak tau la mak ayah aku ni memang suka berhutang ke apa.

Baik atau bodoh aku tak tau korang nilai sendiri.

Ayah aku bagi modal dan jadi penjamin seorang kawan dia ni dato rumah banglo sedangkan kami mase tu duduk rumah sewa kecil. Konon nak buat modal business melabur ke apa.

Tak ingat sangat mase tu aku kecik. Yang aku ingat rugi teruk ayah di blacklist sebab jadi penjamin, rumah beras pun tak ada.

Duit belanja yang aku simpan setiap hari 50 sen atau RM1 aku tak pakai sebab mak aku bekalkan roti atau nasi goreng tak pun balik sekolah baru makan. Duit tu la aku bagi mak buat beli beras.

Hilang puluhan ribu, ayah di blacklist. Gaji semua tak ada. Dia balik office buat part time sebab tak ada duit.

Tahun berlalu semua pulih, dan kawan ayah aku tu pergi haji hutang tak bayar. Lepas tu sakit mati.

Hutang tak bayar oleh anak2 dia? Sama tak nak tanggungjawab.

Mak aku pulak buat business. Supply barang pakaian telekung dll, orang ambik barang tak bayar, bayar sikit2. Sampai jadi negatif.

Jual dekat kawan murah. Sebab kawan mesti nak bagi diskaun, then kesan nya nak cover kos pun tak lepas.

Mase ni aku da SPM kami dah besar. Aku nak take over mak aku tak bagi sebab dia kata aku ni strict sangat. Sampai lah tutup je business tu sekali dengan hutang puluh ribu mak aku. Hutang sewa dll.

Yang orang berhutang mak aku langsung tak bayar. Ada yang mati baru ni, hutang dengan mak belas ribu tak bayar. Mak aku cakap dia halalkan.

Aku tanya, habis hutang dia nak bayar macam mana? Dia cakap Allah tolong.

Aku tak tau la ni baik ke bodoh.

Aku belajar tak la tinggi sampai sijil. Alhamdulillah jalan aku dipermudahkan berkat doa mak aku dari praktikal aku dah diserap kerja.

Dari starting gaji 1.5k tahun 2012 alhamdulillah sekarang dah cecah 4k.

Aku kerja freelance. Contract dalam 6 bulan atau setahun. Gaji aku memang aku da peruntukan untuk mak setiap bulan.

Duit tu semua dia bayar hutang lame sikit-sikit. Kalau ada duit banyak memang aku langsaikan hutang dia.

Lepastu aku akan bagi lagi sikit untuk dia ada duit kat tangan.

Mak aku ni suke buat benda luar dari kemampuan contoh hantar adik aku taekwondo, tuisyen padahal bukan wajib.

Masa ni dia business masih ada lagi jadi dia bayar bukan duit ayah. Orang da tak bayar bagi ambil lagi barang sebab kawan dia konon. Kawan ke macam tu?

Pergi kenduri kahwin mesti nk bagi salam keruk paling sikit RM50 walaupun tu je duit yang ada pada dia. Mungkin kecil pada orang lain tapi besar bagi aku.

Padahal tu duit aku bagi belanja dah nak dekat hujung bulan nanti tak cukup minta lagi kadang ada benda yang dibuat end up jadi hutang, tolong orang itu ini.

Bukan aku kedekut tapi aku memang strict bab atur perbelanjaan kalau ada lebih aku tak kisah.

Selalu sangat sampai aku terpaksa usik duit saving. Aku kena ada saving sebab aku freelance.

So kena standby jika tak ada kerja kalau habis kontrak atau kerja seterusnya mula lewat sebulan atau dua. Setakat ni alhamdulillah rezeki sentiasa ada.

Gaji ayah aku pulak selalu tak cukup, kereta tertunggak bill api air tak bayar. Duit tak tau pergi mana. Ni lagi aku pening. Padahal gaji ayah aku da besar kira pegawai atasan juga.

Kalau duit habis semua berbayar tak ape ni tidak. Ayah aku pulak bukan la jenis open dengan anak, suka berahsia.

Tak tahu apa masalah ada kahwin lain ke apa. Ada buat benda tak baik belakang kami ke Allah je tahu.

Tapi memanjang tak berduit. Perkara ini dari aku kecil lagi.

Aku penat. Mak ayah aku tak ade pun nak minta duit-duit diaorang yang orang hutang.

Ada minta tapi bagi aku tak cukup tegas. Minta macam segan, macam kita pulak yang berhutang. Minta sekali dah. Kadang untuk aku sendiri pun entah lah.

Aku bukan macam orang lain pergi bercuti beli barang2 branded. Kereta murah itu pun dah habis bayar. Cuma aku ada beli rumah tu jela commitment aku. Mungkin dah terbiasa gaji aku banyak ke keluarga aku.

Belum lagi keperluan adik-adik belajar aku kene top up sebap bila minta ayah tak ada duit. Aku kalau dapat gaji nak la bawa family pergi makan berseronok.

Tapi tiap kali mesti aku kena cover kewajiban ayah. Macam tak ada makanan langsung kat rumah. Nak isi minyak kereta. Keperluan adik aku 2 orang sekarang di ipta dan ikbn.

Adik aku yang da bekerja 2 orang lagi ada bantu sikit tapi yelah gaji diorang kecik, mana yang mampu jelah. Bukan ungkit atau berkira tapi aku penat.

Sampai bila? Aku nak kehidupan yang normal. Hidup sederhana tanpa hutang.

Memang bukan hutang aku. Tapi impact dia besar kat aku.

Aku dah cuba slow talk tapi tak jalan.

Aku selalu cakap kat mak ayah aku kalau dah tak mampu ke tak boleh tak payah. Tapi tu la.

Berdosakah aku? Aku cuma penat.

Tolong doakan segala apa yang tersimpul terlerai, persoalan terjawab dan segala hutang selesai.

– Farid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *