REPLY: Berkecil Hati Dengan Allah

Assalamualaikum. Hai korang. Nama aku Niisa (bukan nama sebenar). Umur dah lewat 20-an.

Ini kali pertama aku menulis di confession ni. Aku minta maaf kalau ada ayat tunggang-langgang sebab dah lama tak menulis panjang-panjang hehe.

Aku tertarik untuk reply confession ni, (https://iiumc.com/berkecil-hati-dengan-allah/).

Confessor, saya faham luahan awak, dan saya doakan semoga awak akan berjaya mencapai impian-impian awak, Aamiin.

Aku nak cerita sikit tentang kisah aku. Kisah aku ni tak menarik pun, kalau tak berminat korang boleh je scroll laju-laju okey.

Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah aku selalu tergolong dalam budak kelas depan. Pelajar dan murid yang berada dalam kelas pertama dalam tingkatan,

Kalau keluar keputusan peperiksaan tu aku mesti dalam top 3, at least kalau dalam senarai top 10, tu mesti nama aku wajib ada. Kalau ada anugerah kecemerlangan tu siap naik pentas lagi.

Tapi tu lah tak ada rezeki aku, dari UPSR, PMR sehingga SPM tak pernah dapat straight As. Kalau result SPM lagi lah mengecewakan. Tak tahu mana silapnya.

Kadang-kadang aku terfikir adakah aku salah pilih aliran sebab aku dari aliran sains. 

Kecewa? Mestilah kecewa, bukan tak study, bukan tak berusaha, siap pergi kelas tambahan luar lagi, tapi tetap tak dapat, tapi takpe la benda dah lepas, aku anggap tak ada rezeki aku disitu.

Bayangkan peperiksaan biasa dah perform ingatkan adalah peluang dapat straight As tu, tup-tup peperiksaan sebenar kelaut.

Maka terkubur lah impian aku untuk naik pentas terima anugerah straight As.

Tak lama lepastu aku dapat tawaran untuk menyambung pengajian di matrikulasi dalam jurusan sains selama 2 tahun. Tapi aku terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu.

Lepastu tunggu punya tunggu, akhirnya aku dapat tawaran untuk sambung diploma dalam bidang sains di UiTM.

Habis diploma dalam sebulan macamtu aku sambung degree melalui penerapan UiTM. Selepas tamat degree, bermulalah sesi mencari kerja.

Aku punya cari kerja dalam negeri dan juga luar negeri aku. Tapi masatu kan covid masih ada, jadi aku lebih fokus dalam negeri aku sendiri.

Pekerjaan pertama aku dalam negeri aku sendiri. Tapi tak lama, lepastu aku berhenti sebab tak dapat nak solat dengan baik.

Bayangkan boss tempat kerja aku tu melayu dan beragama Islam, tapi tak dapat nak sediakan waktu dan tempat solat yang baik untuk staff-staff dia. Sekarang ni pun banyak dah branch kedai dia. Aku harap sekarang dia dah dapat improve dari segi tu.

Lepastu aku dapat tawaran pekerjaan kedua, kerja dalam pejabat tapi tetap tak berkaitan bidang yang aku study lagi.

Tapi yang ni kena tipu soal gaji, dah la offer letter pun tak ada. Ya ni memang salah aku sebab b*d*h dan tangkap muat pilih kerja sebab aku terdesak jadi tak fikir panjang pun aku terima waktu tu.

Adik-adik tolong jadikan pengajaran ya kat sini. Antara benda yang meyakinkan aku untuk bekerja disitu adalah pekerja dia ramai, jadi aku memang tak sangka benda ni akan berlaku.

Rupa-rupanya isu tipu gaji ni hanya berlaku kepada pekerja-pekerja baru sahaja, yang lama-lama tu diorang dapat gaji basic macam biasa siap ada kwsp dan socso.

Lepastu pekerjaan aku yang ketiga agak jauh dari negeri aku, gaji pun okay untuk fresh graduate tapi belum mampu untuk menampung hidup di ibu kota.

Tapi aku siap kena tipu lagi dengan agent rumah aku. Jadi kepada sesiapa yang tengah cari rumah sewa atau bilik sewa tu berhati-hatilah ya, selidik betul-betul tentang rumah tu, terutama kalau korang tengok iklan bilik sewa di t*kt*k.

Tolong jangan percaya 100 peratus apa yang agent tu cakap atau iklankan. Tapi masatu disebabkan masa yang suntuk, aku pun tak banyak tanya dah terus setuju dengan bilik sewa yang dia tawarkan.

Disebabkan pekerjaan baru ni dengan environment customer suka m*ki dan marah-marah, masalah bilik sewa dan agen penipu dan kehidupan aku yang jauh dari family membuatkan aku anxiety.

Hari-hari balik kerja aku akan menangis. Menangis yang tak boleh berhenti ya. Memang menangis yang bersungguh-sungguh.

Aku pun tak tau kenapa jadi macam ni. Sehingga aku ada s*ici*al thoughts.

Bayangkan aku membayangkan kalau tengah berjalan, kalau aku lari ke jalan raya, kereta langgar, lori langgar apa akan berlaku. Sampai macam tu dan sebenarnya banyak lagi benda.

Lepastu kawan sekerja aku perasan aku macam tak berapa okey, dan dia ada nasihatkan aku something. Aku pun ambil keputusan untuk berhenti dan pulang ke negeri aku tinggal bersama keluarga aku.

Pulang ke negeri aku, nak dapat pekerjaan memang sangat susah. Seolah-olah aku bermula dari 0 semula.

Kalau nak dapat kerja yang dalam bukan bidang kau study pun susah, apatah lagi dalam bidang yang kau study.

Lepastu satu masalah lagi, aku disebabkan masalah anxiety aku yang teruk tu aku jadi takut nak kerja dengan orang lain.

Kalau ada orang kata kena keluar dari comfort zone, aku paham, ya memang betul, tapi buat masa sekarang benda tu seolah-olah menjadi halangan buat aku. Aku kalau boleh tak nak jumpa orang.

Kau bayangkan kalau aku keluar lepastu mesti rasa nak balik cepat-cepat. Aku tak boleh ada dalam kalangan orang yang ramai, auto rasa tak boleh bernafas, dada rasa sakit dan rimas sangat-sangat.

Sekarang aku kerja sendiri dulu, gaji tak banyak boleh la nak bayar hutang ptptn tu. Hutang tetap kena bayar gais.

Aku tamat pengajian degree tahun 2021. Tapi sehingga sekarang masih belum ada kerja tetap.

Sedih?? Mestilah sedih. Kawan-kawan aku kebanyakan dah ada kerja tetap yang hebat-hebat, ada kereta, motor, rumah sendiri, duit simpanan yang banyak dan sudah berkahwin.

Manakala, aku sekarang, kerja tetap pun tak ada, jodoh pun tak nampak batang hidung, kereta, motor, rumah sendiri hanya dalam mimpi. Yang ada hanyalah hutang ptptn 30 ribu.

Tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya mak dan ayahku masih sihat. Alhamdulillah.

Adik-beradik? Di dunia ni, aku tak ada rezeki untuk ada adik beradik.

Pernah lah jugak jealous dengan kawan-kawan dan sepupu aku yang ada adik-beradik. Tengok hubungan diorang rapat-rapat dan kongsi masalah sama-sama.

Tapi nak buat macam-mana setakat jealous je lah yang boleh. Tapikan aku selalu doa, andai Tuhan nak menjemput salah-seorang dari kami, biarlah aku pergi dulu.

Berdosakah aku berdoa macamni? Aku yakin mak dan ayahku mampu hidup tanpa aku.

Dan sekurang-kurangnya aku tak lagi menyusahkan kedua-dua ibu-bapaku. Sekarang, aku tak mampu untuk menyenangkan mereka, namun aku harap jika pemergianku dapat menyenangkan kehidupan mereka.

Terus terang aku bagitau aku merasakan aku seolah-olah produk yang gagal. Aku sekarang sangatlah sensitive ya, mudah sangat menangis dan kadang-kadang ada fikir tentang suic*d*l tho*g*t. Malam malam masih lagi menangis.

Lepastu hidup aku ni sangatlah tak indah ya dikelilingi oleh masyarakat sekeliling dan saudara-mara yang suka membanding-bandingkan aku dengan orang lain yang lebih berjaya dimata dorang.

Siapa saja kan yang tak nak ada kerja tetap kerajaan dan berpencen. Aku yakin semua orang nak. Tapi susah weh. Susah sangat.

Tambahan pulak kau ada degree. Boleh pilih gred N41 dan N29 sahaja, tapi kedua-dua jawatan ni pengambilan sangatlah sedikit ya, jadi tak payah la berharap pun.

Sekarang ni aku pun dah tak kisah kerja kerajaan ke swasta ke, bersyukur sajalah apa yang ada.

Aku pun masih aktif memohon pekerjaan dan tak berhenti berharap moga ada sinar dan pekerjaan yang sesuai untuk aku di negeri aku sendiri berdekatan dengan ahli keluargaku dan semoga aku dapat kawal masalah anxiety aku ni.

Buat, confessor, kalau awak baca ni, ketahuilah ramai orang yang mengimpikan apa yang awak miliki sekarang ni.

Saya faham luahan awak, dan saya doakan semoga awak akan berjaya mencapai impian-impian awak untuk mendapat pekerjaan dengan gaji yang awak impikan, Aamiin.

Dan korang aku nak mintak tolong boleh tak korang tolong doakan aku. Terima kasih orang-orang baik.

– Niisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *