Assalamualaikum, ermm camne nak mula eh.
Ok gini. Aku ni entah ape masalah, orang kata aku ade gangguan sebab tu jodoh aku berat, tapi pada aku sebenarnya Allah belum izin lagi aku nak hadapi alam rumahtangga tu, sebabnya…
Aku ni ade masalah, dalam sebulan, aku rasa 2 minggu je (atau kurang), aku istiqamah solat, mengaji pun boleh sehari satu juzuk. Memang iman sangat cemerlang kala tu…
Tapi hari lainnya aku diuji dengan was2 solat, ade coklat2 keluar dekat pantiliner, was2 takut seluar kotor kene air kencing, lambatkan solat, lengah sampai tak solat.
Al Qur’an pulak, bila solat pun tak, Quran apatah lagi, jangankan satu mukasurat, satu ayat pun aku berat nak baca.
Aku usaha jugak pasang ruqyah lepas tu aku jadi panas, rasa urrghhh, nak maki hamun, memberontak sampai aku terlelap.
Manzil, bukan aku tak ikhtiar, aku paksa diri solat, baca manzil, lepas tu aku pening terus tertidur.
Ustaz, aku rasa dah 3-4 kali berubat, minum air ruqyah, mandi limau, daun bidara, baik sekejap, lepas tu hanyut.
Tapi mandi limau tu aku skip jugak, entahlah macam ada halangan sebab nak kena mandi sebelum maghrib, mana sempat aku nak melayan. Sampai limau busuk sendiri.
Masa jumpa ustaz aku takdela mengamuk pun, cuma ada certain part ustaz pegang aku rasa sakit sangat sampai mengalir air mata, serius sakit, ustaz nak bunuh saya ke?! Haa, last aku berubat kan, dekat Darussalam, tahu tak aku rasa ustaz tu memekak je, rasa ughhh, senyap boleh tak?!
Limau Darussalam bagi la yang aku tak habiskan.
Aku ni duduk seorang, menyewa berdua tapi kau hal kau, aku hal aku, so takde orang nak pantau aku. Aku bukan nak ikut cakap setan, tapi hanya yang pernah kena je faham. Susah wei berperang dengan diri.
Hati kau nak solat, nak mengaji, tapi badan kau rasa berat sangat, kadang bahu aku rasa sakit macam ada benda je kat bahu. Jiwa rasa kosong, aku tak suka keadaan gini. Aku takut sangat aku mati dalam keadaan aku leka tapi whatelse i can do?
Usrah, dah berapa kali aku ngelat, entahlah rasa macam aku taknak jumpa kawan2, cerita pasal iman, baca Al-quran semua, taknak. Aku taknak jadi hipokrit. Bila hati nak pergi, aku mesti sakit perut (bukan alasan tapi kenyataan).
Bab mimpi jangan cakap la, kadang mimpi jatuh tempat tinggi, aku ingat aku jatuh betul sebab terasa gedebuk, melayang kejap badan, terus aku buka mata.
Mimpi pergi tandas, mimpi budak (tapi tak menyusu). Dan aku paling fobia dengan ular. Dalam imaginasi aku ada ular, aku selalu perhati sekeliling takut ada ular, (aku anggap jadi gini sebab orang duk viral ular menumpang sebab cuaca panas).
Tolong aku kawan, kadang orang post pasal iman, agama, aku scroll laju2, aku sedih dengan diri aku tapi aku taktau nak buat apa lagi.
Bantu aku. Bagi kata semngat ke, buat solat hajat untuk aku ke, doakan aku sembuh ke, aku taknak diheret syaitan masuk api neraka. Aku taknak. Tapi aku tak kuat.
– -cik kangkung
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Sis kena kuat lawan benda tu. Saya tau mmg sakit dan berat nak lawan. Tapi kalau bukan sis sendiri yg tolong diri sis takde sape boleh tolong. Kalau sis pergi berubat sekalipun tapi sis sendiri tak lawan sendiri takkan sembuh jugak sis…kuatkan semangat..solat dan doa banyak2 sis..
Mmg sgt berat. Tak semudah org duk minta sis lawan. Sy fhm, bkn sis tak cuba utk lawan. Kipidap, dan teruskan. Seboleh2 nya, cuba utk solat 5 waktu. Jaga yg tu. Kalau kurang yg lain pun takpe dulu. Sikit2.
Dan jgn lupa juga jumpa doktor perubatan ya.
Sy baca ni pun rasa beratnya. Sy cuma boleh nasihat. KUATLAH, JANGAN LEMAH SEMANGAT. Dgn izin Allah kita merasa sakit, dgn Allah juga kita sembuh. Tp siapa yg kena bertindak untuk sembuhkan diri kita? Kita sendiri. Lawan hasutan syaitan,lawan bisikan. Bila rasa malas maii. Cakap pada diri, kau nak jd hamba Allah yg beriman kan? Kau xnak jd pengikut syaitan kan? Bangkit! Bangun! Solat. Ngaji and zikir. Walau malas sekalipun. Lg satu tips, pasang ruqyah, bacaan quran n zikir selalu. At least dgn dengar je, hati kita ikut baca skali, walaupun mulut berat. Slow2 nnt Insya-Allah ringan badan.
Herm. Bagi aku la. Ko kene jugak sibukkan diri kau.. ko tau kan kalau duduk sorang2 ni byk benda ko rse lagho dan masa terbuang..kalau boleh ajak ramai sket sekali dgn ko.so ko xrse lonely.bila ko nmapk orang solat.automatik ko nak solat. Sebab mula2 hipokrit xnak malu depan orang..lama2 ko xde la postpond solat. Telukung kalau bgi aku.. sejadah aku hamparkan siap2.. senng nmpk. Kalah rse sulit mudahkan lagi. Kalau al-Quran jauh.ko letak lagi dekat dengan ko. Kalau ko rse berat hati nk gi mana2.. jangan duduk sorang2..pergi riadah. Kalau sorang2 memang jiwa kau akan rse kosong.hidup ini menarik.
Bersyukur terlebih dahulu sebab itu ujian yang ko dpt..tak semua orang dpt..kes ko ringan sikit dr aku..aku juga mangsa gangguan benda halus mmg tahap santau dan mlsnya nk citer..smpi sok tk hbs..mmg dia akan ganggu ibadat kita..apatah lagi subuh..smpi skg subuh mmg slu terlepas..tp berusaha sentiasa untuk memperbaikinya..tahap ko msih peringkat awal..tak mcm aku dah sebati dalam darah..perlu istiqomah sebab hukumnya wajib! Antara kenapa aku ckp wajib..jin dan syaitan xkan berenti membawa kita ke neraka bersma2 dia..ko nak tak? mst tak nak kan..aku..byk da try…kesan gitu2 je..nampak jgkla dgn ayat manzil dan daun bidara..tapi tak lawan ZIKIR..kalau boleh setiap kli solat letak zikir d sebelh sejadah..sejurus hbis solat..zikirlah sebanyak mana yang mampu..bila ko da abdikan diri ko dgn zikir percayalah…sikap ko akan lebih berubah sedikit..terutama dlm ibadat dan pergaulan..aku nak citer byk pn susah..tp tu yg aku rsa paling berkesan..da seluruh malaysia berubat..Allahu…hny Allah tmpt pertolongan…
Nur Athirah
Cik Kangkung,
Apabila semua terasa berat, cuba banyakkan refleksi diri, muhasabah diri. Serahkan ruh, aqal dan jasad kepada yang Esa.
Sujudlah di atas sejadah dan menangislah memohon bantuanNya. Merayu supaya Dia memberikan kekuatan untuk berhadapan dengan ujian ini. Bermanjalah denganNya, linangan air mata…. merendahkan diri pada Maha Pencipta.
“Ya Allah ya Tuhanku,
Aku lemah ya Allah. Seluruh tubuh ini rasa berat dan sakit ya Allah. Bacaan ayat al-Quran memanaskan tubuhku. Desakan manusia lain merimaskan jiwaku.
Ampunkan aku kerana aku lemah ya Allah! Bacaan doa dan zikir pun tak mampu ku ucapkan, apatah lagi membaca ayat-ayat suciMu.
Ya Allah… sesungguhnya dari Kau semua ini datang, dan kepada Kau juga aku mohon ia kembali. Berikan aku kekuatan ya Allah. Ampunkan dosaku andai kelalaianku menjadi punca. Pimpinlah aku ke jalanMu ya Allah. Jangan izinkan aku terperangkap dalam kesesatan.”
Bacalah doa2 sebegini dengan kerap, cik kangkung. Bermunajatlah kepada Allah s.w.t dengan bahasa yang paling cik kangkung selesa. Serahkan semua pada Dia. Doalah diberikan kekuatan, keazaman, keimanan yang tak luntur. Merayulah dan bermanjalah denganNya.
Mudah-mudahan akan timbul kekuatan yang lainnya.
Istiqamahlah benda yang paling kecil dahulu. Contohnya selawat ke atas nabi muhammad, atau istiqamah menjaga wudhu. Mudah-mudahan Cik Kangkung tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Dia beri hanya pada yang mampu.
Farhan Syah
Setiap ujian itu ada hikmahnya sis. Allah nk uji kesabaran kita . Sis perlu lawan dan kuatkan semangat. Banyakkan berdoa pd Allah utk mendptkan kekuatan fizikal, mental,rohani. Terus istiqamah utk berbuat. Sy faham kadang2 tu kita dh rasa lelah nk buat itu ini yg disarankan oleh ustaz/zah darussyifa dan sehinggakan kita rasa dh mcm x nk dgr apa yg org sekeliling bg nasihat. Kadang2 tu hampir dh rasa putus asa. Tp kita kene ingat bahawa ujian ini dtg dr Allah maka kita kene kembali pd Allah sis. Sy sama seperti sis gak dan sy faham permasalahan sis. :)