Bukan Per3mpuan Baik

Aku tak faham kadang-kadang dengan kaum adam ni, dia nak berbinikan perempuan-perempuan yang baik, tapi dia pun bukan baik mana pun.

Bila dah berkahwin pula, dia expect bini dia tu jadi bini yang baik, tapi dia bukan nak guide bini dia untuk jadi bini yang baik pun..

Pluss dia memang tak ada masa pun nak ambik tahu pasal kepentingan didik isteri ni.

Yang dia tahu hanyalah, isteri kena hormat suami, sayang suami, layan suami macam raja tu… Kelakarkan?

Dan aku ni bukan lah perempuan baik. Aku datang dari broken family dan aku pernah jadi mangsa s3xual abuse ni sampai dia tukarkan trauma aku kepada ketagihan.

Mungkin orang akan cakap, tipu lah… Kau kan perempuan.

Ya, perempuan pun still manusia dan benda tu tak dinafikan since kaum hawa diciptakan memang nafsu lagi tinggi dari kewarasan akal.

Sebab tu lah kaum adam diciptakan akal lagi tinggi untuk guide kaum hawa. Kalau tak kenapa lah kaum adam jadi ketua keluarga kan?

So back to story, berubah perlu istiqamah. Istiqamah pulak datang dari hati yang ikhalas. Dan one of important thing is support sistem.

Kalau support pun tak ada, memang on off jer lah perubahan tu.

Aku kira one off perempuan yang rosak sebab ya lah dari kecik dah kena s3xual abuse pastu bila besar benda tu turn jadi ketagihan, kan aku cakap aku bukan perempuan baik.

Tapi tak bermakna aku sanggup jual maruah diri walaupun dari kecik dah hampir tergadai. Aku still ada rasa nak bertaubat dan jiwa aku kosong minta diisi.

Tapi sayangkan…. Hakikatnya jalan ke syurga tu tak straight. Syaitan ni ada dimana-mana, dan selagi anak adam tu hidup, dia memang akan cuba usahakan tarik anak adam tu masuk neraka bersama-sama dia.

So aku tak dinafikan, hidup aku ni memang kosong dan sepi.

Perkahwinan yang dibina hanya kerana ingin menghalalkan hubungan, dan tanggungjawab yang digalas hanya tanggungjawab basic.

Suami aku dia bukan lelaki tak bertanggungjawab. Dia pun tahu masalah yang aku alami, tapi dia pilih untuk malas campur tangan even sikit pun.

Dia jalankan tanggungjawab dia which is bagi aku rumah untuk berteduh, makan, pakai, dan kebajikan aku yang lain.

Aku pun buat benda sama which is jaga anak dia, perut dia.

Yang aku geram sekarang is dia tak pernah tahu ke yang tanggungjawab utama dia masih tak terlangsai which is bagi aku ilmu dan didikan agama?!

Aku jalani hari-hari aku sebagai isteri dan ibu dengan penuh tekanan dan rasa serba salah.

Ketagihan ni jujur cakap, bila kau nak buang dia macam ketagih kat dadah tu. Makan masa lama. Tak semudah ABC sebab tu support sistem penting.

Kadang aku tertanya, dia ni buat-buat tahu ke tak tahu.

Padahal aku dah cerita masalah aku ni dari awal kahwin and i show effort nak berubah tu, tapi sikit pun dia tak support. Kalau aku nak berubah kepada benda kebaikan, tolong lah ubah diri sama.

Ni tak… Balik-balik rasa dia terpaling suami mithali sedangkan tak pernah dia nak imamkan solat aku.

Dari aku usahakan cuba jaga solat, last-last solat pun tah ke mana. Aku jatuh semula ke dalam dosa sama.

Aku pernah tegur dia bab solat dalam rumah tangga, tapi dia balik-balik kata “solat ni jangan paksa”. Pastu kau nak expect wife kau tu mithali padahal usaha dia untuk berubah tu kau dah turn off kan.

Bila wife aku rasa tertekan sebab tu, mula lah kau kata “aku ni bukan suami yang baik, tapi aku harap wife aku lagi baik”.

Ketahikan apa ni matt?! Kau nak aku balik pasa zaman mula aku lantang bersuara ke? Kan nanti kau kecam aku “untung-untung lah aku ambik kau jadi bini”.

Sedih dah sadis. Rumah tangga yang aku harapkan bawa sinar rupanya makin bawa kegelapan yang sama berulang kali.

Aku rasa rumah tangga ni setakat nak halalkan hubungan, dan dia stay dengan aku pun sebab tanggungjawab lagi-lagi bila ada anak. Rumah pun rasa suram sebab tak ada orang dalam rumah yang jaga solat langsung.

Hubungan kami laki bini pun makin dingin. Bila aku luahkan bab ketagihan aku yang seakan muncul kembali ni, tahu pulak dia nak rasa jijik dengan aku.

Sejak aku tegur bab solat and jujur bab kondisi aku, lagilah lansung dia tak nak sentuh aku.

Dia ada dekat pun rasa macam jauh. Dia sibuk kerja, game and jaga anak. Aku ni duk sibuk cari cara motivatekan diri nak ubah diri. Tapi kesian… sorang2.

Mana istilah keluarga mawaddah? Mak kau tu pun selalu bising kat aku bab solat bila dia tahu aku ada masalah mental health..

Tapi dia tak tahu ke anak dia tu one of punca aku susah sangat nak jaga solat and all. Dia tak supportive and tak nak ambik tahu. Rasa nak send balik dia ke shopee jer.

Aku bukan tak tahu benda yang aku buat tu dosa. Tapi tu pun kira baik lagi lah dari ada perempuan yang terjebak dengan ketagihan s3ks ni sanggup jatuhkan maruah demi puaskan nafsu walhal dah bergelar mak dah bini orang.

Bila rumah tangga hancur, baru masing-masing nak terhegeh-hegeh cari salah sapa.

Solat tu memang betullah tiang agama, tiang hidup, dan tiang rumah tangga. Tak ada semua tu, memang mengharap hancurlah. Tunggu jer lah setahun dua.

So kesimpulannya, lelaki kat luar sana…. Kalau kau harap bini kau baik, mungkin kau akan dapat. Kalau kau harapkan bini kau jadi bini mithali, tuuuu pergi sana perjuangkan.

Ajar dia, didik dia bab agama apa semua sampai hati dia terdetik untuk istiqamah. Bukannya balik2 kau nafikan hak dia untuk kau didik dia jadi orang baik. Bukannya 24 jam kau maki dia bila dia buat salah.

Go lah…. Kata berani kan. Buatlah…. Berani didik wife supaya jadi bini mithali sambil2 ubah diri.

– Farisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *