Happy Dengan Diri Sendiri

Aku keluar berjalan dari kapal terbang Batik Air yang baru mendarat di Don Mueang airport. Aku pergi sendiri kali ini. Beranikan diri saja..

Tipu kalau aku tidak ada rasa risau, takut atau nervous. Iyalah, ini kali pertama aku ke luar negara, berjalan seorang diri. Pertama kali aku cuba travel solo.

Dalam hati selalu doa, tawakkal, ayat-ayat Quran yang aku hafal sentiasa aku baca dalam hati.

Aku terus ke immigration ikut signage, orang tak ramai, orang Malaysia adalah juga jarang-jarang. Lepas pegawai cop passport, aku terus saja collect luggage.

Don Mueang airport ni kecil saja, jadi urusan mudah, jalan pun tak jauh.

Aku bergegas ke gate, dan terus saja aku book taxi melalui apps Bolt.

Lama aku tunggu taxi, seram tak seram perasaan tu memang ada, yalah seorang diri kat negara orang ni. Tak lama lepas tu akhirnya sampai juga driver taxi, sopan orangnya.

Dia tak fasih berbahasa English, jadi kami guna Google Translate, ohh rupanya dia mintak nak lalu tol sebab jalan biasa jem sangat jadi aku kena tambah lagi 80 BAHT, aku angguk setuju.

Takpalah jalan menuju ke bandar Bangkok ni memang jem sangat, kesian juga aku tengok driver taxi ni, kereta tak bergerak langsung.

Aku pulak duduk di area Pratunam, dalam daerah Ratchathewi betul-betul di tengah bandar. Bila sampai hotel tambang taxi 360 BHAT, tapi aku bayar 400 BHAT, biarlah bayar lebih kesian driver.

Aku sewa hostel 3 malam dengan kos RM156 ringgit, dorm kecil saja untuk 4 orang.

Aku jumpa sorang traveller dari China namanya Casey, sempat juga aku berbual-bual dengan dia. Ramah sangat dia..

Dia ke Bangkok atas urusan kerja dan sambil tu holiday. Sampai sekarang dia masih contact aku, katanya kalau ada plan ke Bangkok, bagi taulah boleh travel sama-sama.

Kagum aku dengan mereka yang boleh solo travel ni, berani sungguh. Aku yang takut-takut sebelum ni, lepas berbual dengan mereka, jadi rileks pula.

Entah apa aku cari di Bangkok ni aku tak tau, dalam hati cuma nak jalan-jalan. Pagi-pagi lagi aku dah jalan naik turun MRT, BTS, Sky Train, naik shuttle boat pun ada.

Hari minggu aku jalan kaki pergi Pratunam Market, Chatuchak market. Berhenti makan kemudian sambung jalan-jalan lagi di Mall.

Cakap saja apa nama mall, MBK Mall, Siam Center, Siam Paragon, Siam Discovery, Big C, Platinum Mall, Icon Siam semua aku dah pergi.

Cari makan yes, shopping ada juga tapi, entah. Lebih kepada me time, aku dengan Tuhan.

Everyday aku doa, everyday aku tawakkal, everyday aku harap urusan aku mudah, aku doa Allah jaga aku. Alhamdulillah, aku sangat happy.

Aku rasa tenang, calm. Dengan tawakkal aku rasa dekat dengan Allah. Dan di tempat orang ni takde siapa nak tengok kita, or kepoh about our personal. Kita akan rasa free, bebas.

Bebas dari any judgement, and you don’t have to think what people think of you, and we don’t even need any validation from others.

We as who we are. Selagi aku rasa Allah ada bersama aku, aku tenang-tenang saja. Mood aku baik, dan very positive sepanjang aku bercuti.

Aku sudah tiada ayah atau ibu, adik beradik ada tapi mereka dengan urusan mereka. Aku sendiri saja. Usia sudah mencapai 40 tahun dan masih sendiri.

Bising orang sekeliling dengan aku yang masih sendiri, oh itu sudah pasti. Dilabel memilih itu ada, tak laku pun ada, expired juga ada, apa lagi?

Tahun lepas, di majlis rumah terbuka, ada kenalan keluarga perkenalkan aku sebagai calon isteri kedua dia kepada tetamu,

Dan aku juga dicadangkan berkawin dengan bangla, asal ada orang nak, katanya hanya gurau manja. Dan semua orang ketawa terhibur.

Tanya aku, itu gurauan? Itu bukan hinaan? Kamu ketawa beramai-ramai kerana hal peribadi aku, dan status aku dipandang hina.

Bila di soal kamu anggap ianya gurauan. Tak perlu serious. Bagaimana itu cuma gurauan sedang yang Di atas melihat kamu tertawa dengan qada dan qadar yang Dia telah tulis?

Dia juga ada perancangan untuk aku, berani kamu anggap itu hanya gurauan?

Aku senyum sinis, kalau duit gaji tak cukup tiap hujung bulan, korek tabung bilang syiling beli minyak motor, pergi sujud kepada Tuhan, jaga adabmu dengan Dia.

Aku dulunya disanjung, anak perempuan ayah aku yang paling bijak, tiap-tiap tahun periksa nombor satu, pelajar terbaik sekolah, lulusan universiti luar negara dan sekarang memegang jawatan pegawai kanan di syarikat MNC.

Dulu aku dipuji, anak yang baik, pakej lengkap dengan rupa paras cantik, dan sekarang hanya kerana aku belum mahu bernikah, level terus turun ke bawah dan sepertinya sangat hina.

Sedangkan, hidup aku baik-baik aja, gaji alhamdulillah, kesihatan alhamdulillah, ada kereta dan rumah sendiri, hidup aku tak susahkan siapa, nikmat apa yang harus aku dustakan?

Berapa kali aku di paksa kahwin oleh keluarga dengan entah siapa-siapa, hanya sekadar mahu melihat aku bernikah. Allah, bukan aku melihat darjat itu siapa ini siapa, sumpah! aku tak mau tangkap muat.

Aku tenang saja, Allah tahu usaha dan doa aku. Aku tak perlu prove kepada sesiapa. Dan sekarang aku berkawan rapat dengan seorang kawan, tapi dia non-muslim,

Kami memang ada plan, dan aku mahu tengok dia berubah dulu, masuk islam, slowly tinggalkan alcohol, dan selepas semuanya stabil barulah kami pergi ke fasa seterusnya.

Dia OK dan faham, sebab dia membesar di kampung melayu. Cuma he needs more time. Aku tak kisah, dan aku faham, dan we are not rushing, I always believe if you rush for marriage, you rush for nothing, kerja sia-sia.

Itulah manusia, mereka sibuk hal orang lain, peribadi sendiri tak mau jaga. Dan kadang-kadang orang yang menghina tu aku tau mereka tu rasa insecure, ada yang jealous dan saja memperlekehkan kita.

Ada kawan baik aku dari universiti unfollow aku di IG, dan blocked aku di wassap.

Sebab, dia tak boleh tengok kehidupan aku. Benda kecil saja, tahun lepas aku celebrate birthday di France, dan balik tu aku staycation beberapa kali di hotel and that’s it. It too much for her.

Seorang lagi memang sengaja create a distance with me, just because she cannot compete, in terms of career aku laju naik dan dia masih di bawah.

Apatah lagi kita yang single dan above 40 ni biasanya financially stable, and look like life is easy and so free. Mana ada life is easy, dunia ni challenging, kenapa mereka naif sangat?

Kalau bab rezeki, itukan dari Allah, rezeki masing-masing. Kita compete bukan siapa lagi kaya, siapa lagi yang berjaya atau siapa yang duduk paling atas, tapi siapa lagi banyak amalan bukan?

Kadang aku pelik, buat apa tengok kehidupan orang.

Orang kahwin ke tak kahwin ke, dapat anak ke, belum lagi ke, anak satu ke, 2 ke, dapat anak 10 pun tak kena juga, orang mengata juga.

Kita manusia ni memang suka masa lapang dengan buat benda tak berfaedah dan mensia-siakan masa, sebab tu ada Surah A-Asr, peringatan dari Allah tentang time management.

Paling utama untuk kita kan bekal. Bekal menuju Allah. Ada ustazah pesan, kalau semua yang kita buat di dunia ini, hanya untuk mendapatkan dunia, dengan apa kita pulang ke akhirat nanti?

Aku menghirup coffee sambil melihat matahari terbenam di Sungai Chao Praya, aku lihat perlahan-lahan matahari pergi.

Di hadapan aku Wat Arun semakin bersinar, lampu mula bercahaya keemasan dan menampakkan Wat Arun sangat cantik.

Sebelah aku seorang solo traveller dari Seoul, kami berkongsi meja dan berkongsi cerita sambil melihat sunset.

Dia juga sangat friendly, dan kadang aku merasakan berbual bersama dengan orang asing tidak langsung buatku terasa asing, tetapi duduk bersama orang yang dekat dengan kita, entah terasa jauh.

– Nur Atiqah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *