Thanks admin sebab approve :)
Aku hanya nak meluahkan perasaan aku di sudut iiumc ni, setelah berapa lama aku pendam. Aku bukan jenis yang terus luahkan masalah aku kepada orang lain. Aku sangat sangat secretive, tapi tak bermakna aku tak ada kawan.
Alhamdulillah. Aku dapat masuk ke salah satu ipts yang bila disebut namanya, akan terbit rasa kagum pada orang lain. Aku rasa bangga dapat masuk ke sini. Aku datang daripada keluarga yang sederhana. Ibu ayah kerja kerajaan. Adik beradik masih bersekolah. Ada yang dah masuk U. Orang sekeliling sentiasa cakap aku ni kaya since aku masuk ipts. Dapat tawaran ke ipta, tapi tak boleh apply ptptn sebab family aku berkemampuan. Aku tolak ipta. Aku terpaksa ambil ptptn (utk ipts) ntuk setahun pengajian dan kemudian mara eduloan sehingga habis degree. Nak dibandingkan dengan ipta, hutang yang kami (student ipts) tanggung boleh mencecah rm100k. Itu orang tak tahu. Yang orang tahu, aku kaya…kononnya.
Dalam ipts, memang ramai anak anak orang kaya. Cakap je semua barang barang branded, semua budak budak ni ada. Aku mula tahu kewujudan jenama jenama seperti Nike, Vans, Converse, etc bila aku kat ipts. Sana sini, iphone, macbook. Kau takda barang barang branded, baik kau senyap. Kawan kawan aku mostly datang daripada keluarga yang berada. Di sini aku rasa terhimpit. Aku bab berkawan ni, aku takda masalah. Aku boleh masuk dengan semua orang.
Tapi terkadang ,aku rasa tersisih. Kadang kadang bila keluar makan, aku diam. Terkadang tempat yang dipilih tu mahal bagi aku. Tapi tak bagi mereka. Bajet aku bila makan, rm5++ untuk sekali makan. Kalau makan kat kafe hipster, mau melayang belanja makan aku minggu tu untuk sekali je makan. Bila dah pergi and dah bayar, memang waktu malam aku akan makan biskut je la sebab nak stick dengan bajet aku tu.Terkadang mereka ajak tengok wayang. Filem baru, meletup. Aku cuma mampu menolak dengan alasan aku penat, banyak kerja atau takda mood. Satu tiket wayang =+-rm11. Itupun tengok sekali je. Lain la kalau aku download movie, tengok kat bilik. Boleh lajukan or pause and boleh tengok sambil makan nasi haha. Terkadang mereka buat plan nak bercuti. Ke pulau, ke bandar itu ini, ke bukit itu ini. Tapi aku menolak dengan pelbagai alasan. Kalau berjalan, kena bayar duit minyak. Makan kat tempat rare. Memanglah mahal. Aku ambil keputusan untuk duduk dalam bilik. Kawan aku pernah tegur aku. Keluarlah makan angin, create memories dengan kawan kawan. Nanti time dah grad, tak sempat dah. Aku diam. Cermin mata aku ni tak bertukar lagi sejak tingkatan 5. Dah la kelabu asap, ada calar sikit. Bingkai pun old fashion. Tapi aku pakai aje. Dah tahu duit takda. Duit ada. Tapi yelah, cukup untuk kehidupan seharian aku kat U ni. Aku disuruh untuk minta daripada mak bapak aku. Aduh. Bergenang air mata ni. Senang je kau cakap. Cermin mata bukan seringgit dua. Boleh makan duit beribu juga la. Pakaian aku pun masih sama dengan pakaian masa aku start degree. Tak beli yang baru sebab tahu, duit yang ada boleh digunakan untuk belajar. Elaun yang mara beri kepada aku cukup untuk bayar makan seharian, alat tulis,etc. Yang selebihnya aku simpan dan kumpul untuk bayar yuran asrama yang mencecah rm700++ bagi satu sem. Aku avoid contact dengan kawan kawan sekolah lama. Almaklumlah, kalau berjumpa, nak makan tempat mahal la, jalan sini la situ la. Tahu tak aku ni takda duit?! Aku buntu. Rimas.
Aku pernah menangis mengenangkan kenapa la aku tak belajar rajin rajin dulu. Kalau aku dapat biasiswa, senang sikit hidup aku. Senang family aku. Takperlu aku minta duit. Sepertinya tak bersyukur dengan result yang Allah dah tetapkan kat aku :') Aku pernah menangis sewaktu nak dekat final exam. Nak bayar yuran asrama, aku tak cukup duit. Aku pinjam daripada adik aku yang juga dapat elaun seperti aku. Alhamdulillaj, disebabkan kami adik beradik tak boros berbelanja duit elaun, kami tak minta duit mak bapak kami. Dengan duit elaun tu, kami dapat juga bantu mak bapak kami dengan beli barang dapur, etc. Duit mak bapak aku cukup cukup untuk makan satu keluarga sebelum tiba hari gaji. Aku rasa sedih.
Dengan siapalah aku nak mengadu. Siapa nak percaya? Walaupun keluarga aku duduk kat rumah besar dan punya kereta besar, tapi orang tak tahu yang semua tu hutang. Setiap bulan, aku lihat mak bapak aku keluarkan duit untuk bayar hutang sampai la gaji yang lebih 10k tu, boleh tinggal dua ratus tiga ratus je. Dengan harga barang naik mendadak plus zaman gst ni, beli barang makan pun sikit. Rm100 tu, tak banyak yang boleh beli untuk buat makan satu keluarga selama seminggu. Kesian tengok mak bapak aku yang dah bosan makan telur je setiap hari. Tiba hari gaji je la dapat makan mewah sikit macam ayam atau ikan. Aku rasa sedih.
Lagi lagi adik aku nak masuk U ni, aku dah nekad nak buat part ime job nanti. Bolehlah kurangkan beban mak bapak aku. Tapi aku risau. Sikit lagi pointer aku nak dapat 3.00. Andai kata aku ambil part time job, pelajaran aku akan terganggu ke? Ada tak part time job yang hanya ada pada hari sabtu dan ahad? Mohon korang bagi pandangan :)
Maaflah terlalu panjang. Nak diluah, tiada yang faham. Nak dicerita pada adik adik, nanti tertumpah air mata aku. Anak sulung kenalah kuat kan? Walau apa pun, kami tetap bahagia :)
– Sakura