pbakl 16 sudah melabuhkan tirainya. naa adalah org yg suka baca & sgt skeptikal dlm nak pilih buku/novel yg dibaca. apa yg naa suka baca maybe org tak baca & apa yg org suka baca maybe naa tak suka baca. vice versa. lain org lain citarasanya, kan?
memandangkan naa bukan tinggal di kl atau sekitar selangor yg mana naa boleh pergi ke pbakl saban tahun, jadi alternatif naa utk beli buku/novel dgn harga diskaun adalah dgn menhubungi eksekutif jualan @ personal shopper sesebuah rumah penerbitan itu. direct dgn staff mereka. ok la, utk pbakl 16 kali ni, naa berurusan menerusi whatsapp dgn 3 orang yg berlainan rumah penerbitan; A, B & C. alhamdulillah minggu lepas buat order & bayaran, dlm minggu ni dah settled & dpt semua buku/novel yg naa beli.
naa lebih suka berurusan dgn sama jantina, maknanya, perempuan sama perempuan, senang. unless, kalau rumah penerbitan tu tak nyatakan dgn siapa kita berurusan; lelaki @ perempuan, naa ok je. macam C, rumah penerbitan baru, memang layan ok, ada smiley semua, ada masalah, cepat je dia balas. harap berterusan la mcm ni sbb ni satu cara rumah penerbitan ni utk kekalkan pembeli yg berpotensi. bila naa dpt buku even dapat tracking number lambat, tengok nama pengirim pada consignment note, baru tahu yg naa sebenarnya berurusan dgn lelaki. direct dgn owner rumah penerbitan ni la. ya la, nama rumah penerbitan baru, mana ada eksekutif jualan @ personal shopper lagi mcm rumah penerbitan yg dah lama bertapak, kan?
maksud naa, 'mesra' jangan salah faham. dlm konteks ni, 'mesra' tu maksudnya klu ada apa2 pertanyaan drpd pembeli, balas. klu lambat reply sekalipun, takpe paham, maybe banyak whatsapp lain masuk, line internet takde, etc. tapi, payah sangat ke nak letak 1 emoticon. tu pun dah cukup bahagiakan pembeli. at least pembeli ni happy sebab awak appreciate pembeli. next time, mana tahu pembeli akan repeat dgn beli lagi buku/novel keluaran rumah penerbitan yg awk bekerja.
cuma A & B. naa tahu rumah penerbitan & syarikat tempat awak bekerja dah lama. dah lama dalam industri penerbitan buku ni. bersangka baik yg mungkin kalian berdua dapat banyak whatsapp daripada pembeli lain. tapi, mungkin ini kerja kalian saban tahun. ini jawatan yg kamu pegang. tak salah kan, mesra sikit dalam whatsapp. layan elok-elok pertanyaan atau apa2 yg muskyil yg ditanya oleh pembeli. naa nak beli dengan diorang sbb buku/novel tu memang ada dalam wishlist naa. sebab tu nak beli direct dgn diorang. tapi bila layan macam nak tak nak layan je. sedih je. sama-sama perempuan, tapi takde nak layan lebih-lebih. ya, maybe busy. takpe. even nak minta tracking number pun, naa minta elok2 dgn A, macam 2 hari kemudian baru mintak sbb yakin yg diorang akan pos buku/novel cepat. mcm B, rumah penerbitan diorang hantar guna courier yg naa tak biasa. balik rumah, dapat note drpd courier tu suruh ambik barang kat ofis. padahal masa tu, naa belum pun dapat tracking number. takpe naa faham. naa beritahu je cerita betul pada B yg barang dah sampai & naa akan ambil nanti kat ofis courier tu. takpe.
harap kejadian sama tak berulang utk tahun2 akan datang. buku/novel perlukan pembaca/pembeli. jadi tak salah 'mesra' sikit dgn pembeli berpotensi letak emoticon 1 @ 2. awak bekerja direct dgn rumah penerbitan, stok buku/novel mmg dah ada, org kata ready stock. jadi, tak perlu risau stok takde ke apa. sbb naa percaya kalau kita beli direct dgn rumah penerbitan, even diorang beri tracking number lambat, tup tup, eh dh sampai buku/novel kat rumah. :)
* naa, suka baca buku.
tq admin jika sudi post cerita ni.
– cik naa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Contoh sikap cerewet. l
kau ingat kau sorang je je yg beli cara camni? cust depa beribu ler. tangan depa x cukup nak layan kau sorang. huh. complicated -_-
formal way to do business mmg kena ada emoticon ke?
Tak formal lah kalau guna emoticon. Kau gi la hantar berurusan ngn mana2 company besar mana ada diorang nak letak emoticon smua tu.
Satu lg, bagi aku mmg srabut kalau org chat ngn aku hantar emoticon byk2