Buntu, Apa Patut Aku Buat?

Salam semua. Nama aku Puteri, bukan nama sebenar. Sebenarnya tujuan aku menulis confession ini adalah untuk meminta pendapat korang kepada aku yang baru masuk ke alam pekerjaan ini.

Nak dijadikan cerita, tempat kerja aku sekarang merupakan bekas tempat kerja kakak aku dulu. Kakak aku pernah kerja di sini lebih kurang 5 tahun sebelum dia diterima masuk di company yang agak besar juga di daerah tempat tinggal kami.

Kisah aku ni bermula bila aku diterima masuk dalam company ni sebagai pelajar intern bulan Julai tahun 2023. Aku intern di company ni selama 3 bulan selepas saja aku tamat melanjutkan degree.

Selepas tamat intern bulan October 2023, aku terus diserap masuk dalam company ini kerana prestasi aku yang bagus serta ada kekosongan jawatan pada masa tersebut.

Oh ya, company yang aku kerja ini adalah company accounting di mana jawatan aku adalah account assistant.

Sebenarnya kerja yang aku buat sekarang ni adalah melencong jauh dari apa yang aku belajar semasa di university dimana ketika belajar aku mengambil jurusan pemasaran dalam perniagaan.

Aku langsung tak ada basic accounting tapi syukur berkat kegigihan dan kesungguhan, aku kini faham tentang accounting dan dapat bekerja dengan baik sebagai account assistant.

Berbalik kepada awal cerita tadi, aku ingin meminta pendapat, adakah aku patut berhenti kerja di tempat aku yang sekarang kerana sudah hilang semangat bekerja dan rakan sekerja yang toxic.

Namun demikian, aku memikirkan apa akibat jika aku berhenti di sini semata mata kerana sebab yang telah aku nyatakan tadi sebab bagi aku banyak kelebihan aku bekerja di company ini antaranya ialah:

1) Dekat dengan bilik sewa aku. Untuk ke tempat kerja aku berjalan kaki sahaja tak kurang 3 minit terus sampai.

2) Setiap kami sudah dibagi kunci tersendiri (Dengan kebenaran bos) utk membuka pintu masuk ofis jadi senang jika aku datang awal tak perlu tunggu rakan kerja lain buka pintu ofis kerana aku sudah ada kunci sendiri.

3) Tak perlu risau akan kenderaan pulang balik kerja.

4) Sudah hafal selok belok ofis semenjak kakak kerja disini jadi memudahkan kerja.

5) Peraturan agak bebas dan tidak ketat. Boleh pakai baju tak formal walaupun bidang kerja professional.

6) Duit pun tak banyak keluar sebab pantry ada bekalan makanan.

Manakala antara keburukannya adalah, Isteri kepada bos aku, Puan J sangat toxic. Toxic maksud aku adalah dia selalu memburukkan dan memperlekehkan orang lain terang terangan jika orang tersebut tidak berapa pandai buat kerja atau lambat buat kerja.

Bukan itu sahaja, dia juga suka menanyakan hal hal peribadi kepada aku dimana aku rasa tidak patut untuk ditanya kerana hal personal tidak perlu dibawa ke tempat kerja. Dia juga selalu menghasut suaminya jika dia ada tidak puas hati terhadap pekerjanya.

Pernah dia bergaduh besar dengan rakan sekerja aku hanya kerana rakan sekerja aku tak ingat utk membawa dokumen di rumah anaknya. Mereka bergaduh kerana Puan J tidak habis habis mengungkit hal tersebut.

Puan J juga selalu body shaming aku dengan suara yang kuat katanya aku gemuk, perut besar tak macam kakak aku yang putih dan kurus.

Untuk pengetahuan, aku tidaklah gemuk sangat, aku berbadan sederhana dgn raut wajah yang agak menarik. Tapi tidaklah cantik sangat tapi sedap mata memandang. Githew.

Tapi jikalau aku buruk dan gemuk sekalipun, adakah benda tersebut akan affect prestasi aku semasa kerja? Tentulah tidak, jadi bagi aku Puan J tidak perlulah point out benda tu.

Bagi aku puan J tidak professional dan pemikirannya agak kolot. Dia selalu menasihati kami benda2 yang tidak masuk akal dan memperlekehkan agama orang lain.

Seterusnya berbalik kepada rakan sekerja aku pula, supervisor kami yang baru dilantik aku namakan sebagai B, dua kali lima sahaja dengan Puan J. Dia berumur 30 an dan cara di berfikir sangat sempit. Sampai kadang2 saya terkejut dengan cara dia berhujah tentang sesuatu isu.

Sebagai contoh, dia memarahi anak buahnya kerana membawa duit RM10 ke sekolah sedangkan kata dia mereka dahulu bawa RM1 ringgit sahaja seminggu pun.

Aku pun macam pebende dia ni nak smakan dulu dengan sekarang memang jauhlah beza bukan sama harga makanan dulu dengan sekarang di kantin.

Bukan itu sahaja, B juga, memberitahu kepada aku bahawa penyakit Covid 19 dahulu adalah bukan penyakit tetapi inisiatif kerajaan utk bunuh rakyat. Semenjak daripada itu, aku malas sudah berbual kosong denganya.

Pada awal bulan Februari 2024 haritu, rakan sekerja yang lain aku yang kunamakan sebagai C telah bergaduh dengan B ni tadi. Aku tak tahu apa pangkal pergaduhan mereka kerana aku jenis fokus sahaja dengan kerja ketika berada di tempat kerja.

Aku perasan mereka bergaduh kerana B tiba2 update status mengatakan ada orang dengki dengann nya di tempat kerja. Dia post sttus tersebut pada jam 9 pagi dimana masa itu kami semua berada di ofis. Mereka pun langsung tidak bertegur sehingga ke hari ini.

Keadaan ofis tidak lagi meriah dengan gelak ketawa dan suara kami. Kami semua berdiam diri dan tidak menegur sesama sendiri.

Aku okay sahaja dengan mereka berdua cuma jika aku ada soalan berkaitan dengan kerja, aku rasa serba salah utk bertanya kepada B kerana C akan cakap aku ni menyebelahi B sebab aku agak rapat dengan C.

Oleh sebab itu aku kerja dalam keadaan yang tertekan dan tidak seronok. Rupanya punca mereka bergaduh kerana B telah dinaikkan gaji dan pangkat tapi C tahu hal tersebut.

C pula menyindir B sebab naik pangkat tapi semua hal client, apa sahaja yang client minta,jawab call client, buat itu ini banyak aku dan si C yang buat.

Aku perasan bahawa memang benar B selalu meletakkan tanggung jawabnya terhadap aku.

Aku perasan akan hal tersebut tapi aku tidak tahu kenapa mereka boleh sampai bergaduh sebab kalau aku, aku diam sahaja asal dia tak kacau periuk nasi aku. Hal dia tak buat kerja dia itu hal dia dengan rezeki dia bukan dengan aku.

Jadi kesimpulannya gais, adakah aku patut cari kerja tempat lain?

Aku suka kerja di sini tapi aku stress dengan keadaan ofis yang dingin hanya bunyi aircond sahja. Tiada komunikasi, tiada sudah makan makan bersama di pantry, tiada sudah gelak tawa kami.

Tolonglah gais, advice aku..

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Pada saya, walau pon bnyak kemudahan utk ke tempat kerja, dekat, dsb.. yela, kerja bole buat, tapi klaw hati x senang n tiada komunikasi dgn kwn2, laglah ‘stress’ bila pergi kerja.. cuba la tanya2 di tempat lain, atau company yg berdekatan ke.. tp klaw ada tempat lain yg offer gaji lbh bagus or ikut kelayakan awk,pindah jela, klaw jauh, pandai2 la urus bilik or rumah sewa.. janji hati n minda awak tenang utk bekerja.. wallahu a’lam.

  2. Istikarah sis. Ini bukan toxic I think, tak ada common sense juga. I have been there. Lama I tahan. 8 tahun until mental pun tak stable. Bayangkan dalam tidur pun I masih nampak muka boss I…. “What you are not changing, you are choosing.” Kalau sis rasa sis mampu untuk teruskan, teruskan. Kalau tak mampu, resign je. Doa supaya Allah gantikan dengan yang lebih-lebih baik. Aamiin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *