Ibarat Menjadi Tetamu Di Rumah Sendiri

Hi, guys. Aku nak share dengan korang tentang apa yang aku hadapi selepas aku bernikah sehingga kini.

Aku ni dah berkahwin nak masuk 3 tahun bulan 11 ni. Aku dengan suami ada beli rumah beberapa bulan selepas berkahwin.

Alkisahnya, ayah aku meninggal dunia beberapa bulan selepas aku bernikah. Jadi mak aku ni berkerjaya tapi dia nak duduk dengan aku dan suami.

Dan aku ada seorang adik lelaki bawah aku yang sudah berkahwin dan 2 orang adik perempuan yang sedang belajar dan tak kahwin lagi.

Adik laki yang dah kahwin tu dia duduk rumah lain. Tapi adik perempuan aku tu duduk satu rumah ngan kitorang (aku, suami, ibu, 2 adik perempuan bujang 20-an).

So, isunya bila bini adik lelaki aku ni beranak dan sesukahati nak berpantang dekat rumah aku sebab ada ibu. Minta izin pun tidak. Dia hanya bagitahu ibu, nak berpantang dekat rumah aku.

Pada mulanya, aku memang menolak sebab yelah rumah aku kot, pehal nak sibuk berpantang dekat rumah kakak ipar kau. Rumah korang ada. Tak kisahlah korang menyewa ke apa.

Sebab ye, aku tau, atas alasan untuk ibu dapat jaga masa berpantang dan rumah aku rumah landed.

Yang aku menyirap ni, ni rumah aku & suami, yang korang (adik n bini adik) sesukahati datang keluar masuk rumah, macam rumah ibu pulak ape masalah korang.

Katanya kan sebab ada ibu, jadi bila2 masa dorang boleh datang melawat tanpa bagitau kami, bgtau ibu pun dah okay dorang kata.

Sampai la satu tahap, aku tak boleh tahan, sebab parking depan rumah pun adik aku rembat.

Dah la bini kau berpantang kat rumah aku tanpa minta izin aku, selamba badak je, parking pun kau rembat sebab atas alasan senang nak hantar bini dia. Common sense memang takde langsung.

Rumah tu laki aku yang bayar tau. Bill api, bill air laki aku yang bayar. Kau datang berpantang, hanya duit makan je, adakah boleh cover bill api yang naik mencanak? Ingat charity ke apa.

Lepastu lepas habis pantang, kerap datang melawat 3-4x, datang selalu dengan tangan kosong, tak bawak apa2 makanan.

Datang mesti nak makan makanan dekat rumah kitorang kelaparan. Habis lauk sebab dorang yang suka datang tiba2.

Aku masak lauk untuk berapa orang je, tiba2 suka datang mengejut dan sampai depan rumah. Aku angin betul. Common sense takde.

Sekali dua boleh la pelawa, lauk makan nasi. Ni sampai kesudah, datang tak bawak apa2, pastu tau menyingkap je apa yang ada dekat dapur kitorang.

Dan aku pun explain dekat ibu yang aku tak puas hati sebab yelah, dah la rumah kitorang, dorang buat macam rumah sendiri.

Korang tau tak apa ibu aku cakap. Dia kata jangan berkira dengan adik beradik. Be professional. Dan dia kata rumah ni, rumah ibu juga.

Aku memang angin betul. Memang sejenis suka putar belit dan penting kan diri sendiri. Sakit hati aku tau.

Dia fikir pasal perasaan dia, dia tak fikir pasal perasaan aku yang tak suka bila adik perempuan aku duduk rumah sekali dengan kitorang.

Dahlah bayar bill nak dekat 2k bulanan, yang kitorang dapat 1 bilik master bedroom dengan toilet dalam bilik. 3 bilik lain, ibu n adik aku dah cop. Korang faham tak, kenapa aku angin sangat.

Aku memang berazam, kalau aku jadi seorang ibu nanti, aku tak nak jadi macam ibu aku. Aku tak nak kacau life anak aku dan hormat privacy dorang bila sudah berkahwin.

Guys, jadilah seorang ibu dan adik n adik ipar yang tinggi common sense tau.

Sekian, 

Terluka tapi tak berdarah,

– Shimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Cakap terus terang dengan ibu awak tidak selesa dgn keadaan sekarang. Suami kena campurtangan. Apa pulak tu rumah ibu sedangkan itu rumah suami dan awak. Katakan jg keluarga belah suami jg ada hak berkunjung ke rumah anak mereka sedangkn rumah tu dah dipenuhi adik beradik tt. Suami kena tegas akan hal ini. Bukan anak derhaka jika suami cadangkn ibu dan adik beradik balik kerumah asal ibu. Ugut ibu jika tidak mahu hal ini jadi masalah dan boleh bawa perceraian suami dan tt. Yg wajib jaga ibu ialah anak lelaki dan bukan anak perempuan yg ikut suami.

  2. Mak awak takde rumah sendiri ke masa kawen dgn ayah? Kalau ada, suruh la mak & adik² pompuan awk duduk rumah tu..lebih selesa & terjaga aurat. Suami awk pun penyabar sungguh bg semua family awk berkumpul kat rumah korg..kesian anak² awk xde privacy walaupun dorg kecik lg tp nnt dah besar they need their own space. Lgpun bukan tanggungjwb awk jaga mak & tanggung adik² awk since mak awk masih bekerja..adik lelaki awk kena main peranan.

  3. Panas pula hati ni.. rumah mak tu masih kosong? jauh dari tempat kerja tak?

    amboi2.. apa kata awak n suami pindah je balik ke umah mak awak, ambil semua bilik2 umah mak awak.. pastu suh adik2 bayar segala bil kat umah suami awak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *