Cucu Tok Moh V

Untuk part I, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh-iv/).

Assalamualaikum korang, aku nak sambung cerita aku. InsyaAllah ini last part, haha.

Okay so masa aku sakit ni aku find out satu perkara. Aku tahu isu ni agak controversial, tapi aku just nak cerita apa yang aku alami. Terpulang pada korang sama ada nak percaya ke tidak.

Sebagai orang yang ada ilmu medical, aku pernah berada di tempat korang. Aku tak percaya kalau tak berlandaskan sains. Semua kena ada science explanation. Walaupun aku percaya kewujudan alam ghaib dalam rukun Iman.Tapi dulu aku fikir dua perkara ni berbeza. Sihir, santau tu semua dikira gangguan jin, while stress, panic attack, hallucination ni medical under psikiatri.

Aku rasa majority health professionals pun macam aku, sebab aku pernah nampak beberapa kawan terapis aku keluarkan statement penyakit mental bukan gangguan jin huhu. Aku ada background occupational therapist. Walaupun tak praktis dah, tapi aku pernah ada pengalaman training dalam inpatient ward psikiatri.

Okay masa awal-awal aku sakit, aku macam terkena panic attack. Aku tak tahu masa tu aku kena panic attack. Ade tiga kali aku macam tibe-tibe rasa sedih sangat, terus hilang mood. Padahal aku rasa aku okay je tadi.

Rasa tangan berpeluh, heartbeat aku jadi laju, rasa macam nak pitam, dan rasa tu sakit sangat kat dada huhu. Susah nak explain sakit tu macamana. Tapi sakit korang. Macam seluruh tubuh tak function. Rasa nak mati.

Macam tiba-tiba je. Selalunya aku akan terus duduk, bukak roll on bidara, then zikir. Dalam masa 10-15 minit tu biasanya akan ok. Aku ingat tu gangguan jin kat area situ jelah kan, bukan panic attack.

Kali pertama dan kedua aku tak dengar suara jelas, cuma kali ketiga aku kena tu, aku terdengar suara cakap kau balik sekarang, aku tak suke kau datang sini. Masa tu aku baru balik pasar malam, datang rumah mak ayah aku seronok belikan mak ayah aku makanan, dan baru je nak makan. Macam normal je kan.

Tapi lepas je aku dengar suara tu, dan experience panic attack tu sambil pegang dada, terus aku terflash back semua report-report yang aku pernah tulis hari-hari dalam report pesakit-pesakit aku. Ini ke panic attack yang macam pesakit aku pernah bagi tahu??

Aku teringat semua simptoms pesakit yang aku tulis dulu tu aku alami sekarang. Auditory, visual hallucinations, insomnia, panic attack, tiredness, delusion, excessive fears dan banyak lagi.

Aku menangis masa tu, aku cakap kau ke yang buat semua ni?? Kau ke yang bisik-bisik buat orang bunuh diri, suruh bunuh orang, bercakap sorang-sorang. Kau ke yang buat orang rasa sakit tiba-tiba macam ni?? Ini ke bisikan yang pesakit aku selalu cakap tu.MasyaAllah.

Aku menangis sebab sebagai terapis aku dulu tak faham macamana sakit yang pesakit psikiatri ni lalui. MasyaAllah sakit sangat aku rasa. Aku just suruh makan ubat dan jangan fikir berlebihan. Aku tak faham bila ipar aku yang depression cakap dia terkena panic attack walaupun duduk dalam kedai mamak tu ramai orang. Aku suruh jangan fikir je dan tak habis-habis suruh refer ke psychiatric. Ambil ubat.

Aku tak faham bila pagi-pagi patient aku kata dia mengantuk sebab malam tadi dia cakap dia tak boleh tidur sebab rasa siang dengan malam terbalik. Aku tak faham bila pesakit kata dia rasa hopeless, rasa takut sampai rasa penat. Badan ada benda bergerak-gerak. Aku tak faham kenapa ramai orang pun kau tiber rase takde mood macam nak mati? MasyaAllah

Aku menangis tersedu-sedu. Sakit korang. Sampai sekarang aku masih terasa sakitnya tu. Macam mana pesakit aku alami benda ni bertahun-tahun Subhanallah huhu.

Aku orang Islam, tapi aku belajar teori Western, there’s is no exact causes of disorder.Dan penyakit psychiatric ni disebabkan chemical imbalance dalam brain lah due to stress. Aku ikut je membabi buta.

Aku pernah ikut doctor masuk buat ECT untuk pesakit.ECT tu rawatan electric stimulation to brain untuk activate brain cells. Tapi aku tengok pesakit tu sama je keadaan nya selepas ECT tu. Tak sama pun macam research aku baca kata ada perubahan huhu.

Bila aku fikir balik, dulu aku tak pernah ajar doa ke apa untuk pesakit aku. Bila pesakit aku kata nak berubat kampung ke ustaz ke aku selalu skeptikal. MasyaAllah. Maafkan aku. Aku tak tahu dan aku tak faham. *Nangis

So…this is my plea to all my colleague health workers dalam bidang rehabilitasi. Terapis, nurses, psychiatrist terutama yang muslim. Tolonglah ajarkan lah doa, atau paling tidak pun zikir pelindung ni.

Bismillahil ladzi & Auzubikalimatillah 3x pagi dan petang kepada pesakit. Selalu pasangkan ayat Quran atau Ruqyah dalam ward. Kalau boleh all hospitals kat Malaysia ni buka bacaan Quran dalam hospital.

Kalau di negara-negara Arab, diorang percaya kalau kes macamni adalah gangguan jin. Diorang tak panggil cerita hantu malam-malam eh, diorang panggil cerita jin. Ini semua sebab diorang faham Quran & hadis tentang kejadian jin.

Aku teringat aku pernah duduk di kebun sayur dengan salah seorang pesakit aku ni. Dia diagnosed as schizophrenia. Schizo ni ada psychosis symptoms. Dia selalu cerita dengar suara bercakap dengan dia. Kadang-kadang dia dengar orang bersembang pasal dia. Masa aku belajar dulu, aku selalu tertanya apa jenis penyakit ni ye.

Macamana brain kita boleh generate words yang kita tak fikir. Tengah aku berfikir tu, aku nampak sorang pesakit lagi, pakcik tabligh baru ambil wuduk nak solat untuk seratus kali hari tu. Kalau orang cakap gangguan syaitan atau jin tapi dah solat, dah selawat, orang macam pak cik ni siap keluar tabligh lagi.

Even banyak lagi patient cakap dia orang masjid, tapi masih terkena penyakit ni. Dengan relapsenye berkali-kali. Kenapa penyakit ni life long disorder? Kenapa macam takde kesembuhan, sedangkan Allah cakap semua penyakit ada kesembuhan selain mati?

Akhirnya aku dapat jawapan lepas aku sakit ni huhu.Lepas aku terkena attack last tu, aku cuba bandingkan simptom aku dengan orang-orang sekeliling aku yang ada history psychiatry ni. Memang sama dengan apa yang aku alami. Kira aku macam baru faham sebenar-benarnya penyakit ni huhu MasyaAllah.

Aku baru tahu auditory hallucination tu pesakit banyak dengar suara dalam hati berbanding suara kat luar. Selama ni ingat suara kat luar je. Kadang kita pun ada macam cakap sendiri dalam hati kan. Tapi tu bukan, ni suara lain.

Dalam masa 2 tahun aku buat observation sendiri, aku found out benda baru, pesakit ni kebanyakkannye akan ada back pain dan kepala rasa berat rasa macam double. And kadang diorang rasa bukan diorang yang fikir or rasa benda tu. Sebab time aku belajar takde info macam ni.

Masa mula-mula aku sakit, before kejadian terima keris tipu tu. Aku perasan diri aku selalu rasa berdebar-debar. Tapi bila check nadi aku okay je. And then aku experience back pain yang bagi aku unexplainable symptoms. Sebab aku tak bersukan, tak kerja berat, gemuk pun bukan reach 100kg.

Tu adalah first symptoms yang aku alami. Masa ni aku dah pergi berubat kat tempat tu. Tapi aku rasa life aku ok je masa tu. Aku tak rasa stress ke ape. Pelik sungguh aku masa tu.

Lepas aku dah sakit ni, baru aku faham tu la stage jin/syaitan baru nak masuk badan.Kira pre-entry lah. So kalau dalam psychiatry, kita sebut anxiety disorder. Aku cuma takda anxiety attack je masa ni. Plus aku takde punca stress. Mind aku sihat, intact.Sebab tu aku boleh identify kenapa aku alami symptoms pelik ni.

Bila aku konon terima keris tu, masa tu aku start alami semua symptoms psychosis dan symptoms lain yang lagi berat.Aku boleh dengar suara, nampak benda ghaib. Masa ni jin/syaitan dah masuk badanlah ye huhu. Aku macam di rasuk, tangan dan mulut aku bergerak sendiri sambil aku menyaksikan in horror. Huhu

Kalau orang yang sedia stress, dalam keadaan fragile, sedih, serabut.. bila symptoms ni terjadi rasa lagi takut dan hopeless kan. Aku rasa takut tapi sebab mind aku sihat, aku questioned kenapa kenapa huhu

Plus aku perhatikan golongan yang lemah macam orang sakit, orang tua, dengan kanak-kanak special ni pun actually ada symptoms gangguan ni. Aku praktis bidang peadiatric jugak dulu, so aku teringat patient autism aku mesti ada symptom tak boleh tidur, imaginary friends la even dah besar huhu. Tapi ni aku kiv dulu sebab aku observe adult je sekarang.

Then golongan yang ambil bahan terlarang, macam mat pit. Ada bomoh Rusia viral pernah cakap orang yang ambil alcohol paling senang syaitan nak kuasai badan sebab manusia hilang akal masa ni. MasyaAllah

Semua ni aku slowly faham dalam masa 2 tahun ni ye. Bukan tau terus. Hasbunallah wanikmal wakil.

And aku perasan setiap orang ade potensi gangguan pun. Setan tak selek ye. Memang tujuan dia nak sesatkan manusia kan huhu. Biasanya dorang amik kesempatan bila korang tengah stress, down, sakit kepala berpanjangan ke and ada satu lagi aku found out bila korang rasa terlalu happy, penat etc

Cuma kebanyakkannya akan start dengan anxiety phase. Masa ni jin/syaitan dah standby nak masuk. Sebab tu korang akan alami simptoms anxiety, berdebar, semua tu. Tapi aku perasan masa stage ni kalau orang jenis jaga solat, Insyallah simptoms tu macam sementara je. Kadang korang tak perasan pun tu percubaan jin/syaitan nak masuk.

Sebab ada beberapa kenalan aku alami keadaan ni. Dan aku tanya sakit belakang kan? Dua dua terdiam huhu. Diorang kata ingatkan sebab kerja office, duduk lama.

Jin/syaitan tak tahan nak duduk kat korang yang solat and ingat Allah. Aku tau korang ada nak cakap korang dah solat tapi masih kena jugak kan.Nanti aku explain kat bawah ye. Aku tahu memang sensitif topik iman dan sakit mental ni. Aku cuba explain sebaik mungkin based on observation aku.

Macam kes aku, solat aku alhamdullilah dah full sejak kahwin, aku bangun tahajud dah.Tapi rupanya Al Fatihah aku tak tau makna. Setiap bacaan solat aku tak tahu. Amalan zikir tak pernah ada.

Dan paling worse, aku rasa amalan aku lagi banyak dari adik beradik aku. Aku beribadah macam Iblis. Amalan je ada penghayatan dalam hati takde. Bila doa aku tak makbul aku kurang yakin hanya Allah yang boleh settlekan masalah tu, tak yakin. Selalu persoalkan takdir Huhu.

Memang solat tapi asyik fikir benda lain, baca Quran khatam banyak kali tapi tak tahu langsung apa cerita di sebalik surah-surah tu. Aku tak buat orang, aku rasa ok dah tu, cukup la tu, rupanya banyak yang kurang bocor sana sini. MasyaAllah huhu. Aku siap dah buat checklist assesment sendiri untuk kes macamni.

Ustaz cakap setan ni kerja dia ada dua phase, paling senang bila manusia ni tak ingat Allah. Ie tak solat, tak zikir. Phase yang susah bila manusia dah start beramal, tapi dia akan rosakkan ibadah tu dengan rasa riak, rasa hebat, buat amalan kadang memang kerana Allah.

Tapi bila jumpa orang, kita dah start bercerita tentang amalan yang kita buat tu huhu. Subhanallah. So aku rasa aku kat kategori kedua lah ye. Huhu.

Masa ni jugak aku teringat, hari-hari terakhir aku dekat ward tu, aku nampak isteri pak cik tabligh tu datang, staff tu cerita itu bini nombor lain, pakcik ni kalau keluar tabligh tak pernah bagi nafkah betul. Anak ramai. Tapi anak-anak semua tak kisah, kalau boleh nak suruh pakcik tu duduk je dalam ward sampai bila-bila huhu.

Tapi aku tak judge korang sakit sebab kurang amalan ye, korang boleh check and fikir sendiri ya. Ade pesakit aku pernah cakap orang lain pun ade lagi teruk tak solat la ape tapi tak kena pun penyakit ni, tapi kalau korang yang terpilih untuk diuji sakit begini tu tanda kita mampu nak harungi ujian Allah kan. Setiap ujian tu Allah dah tailored made untuk setiap orang.

Aku pernah terdengar ustaz cerita dalam TvAlhijrah cakap orang yang diuji dengan penyakit jiwa macam ni memang maqam dia paling tinggi. InsyaAllah, MasyaAllah huhu. Sebab dah la sakit, tapi orang tak faham, orang judge lagi adelah, dan tak tahu bila sembuh. Macam bertimpa-timpa.

Kalau sakit physical sekurang-kurangnya ada nampak jalan kesembuhan kan. Allah akan uji sesuai dengan kemampuan kita. InsyaAllah aku yakin orang yang terpilih ni memang paling kuat jiwanya.

Lagi satu magical thing yang aku baru tahu. Ni memang baru tahu.Lama baru Allah tunjukkan dekat aku Subhanallah. Kalau korang pernah berubat ruqyah, ustaz akan cakap suruh benda tu keluar ikut mulut ke kaki ke. Tapi aku selalu tertanya, well aku ni banyak curiosity haha.

Aku selalu tertanya kenapa jin/syaitan ni tak lari je time ruqyah, time kita solat ke. Sebab time aku solat, terutama masa sujud, masa tahajud, aku rasa nak muntah dan tercekik. Kan nanti diorang sakit, tapi kenapa tak lari keluar dari badan kankan? Ustaz kate sebab diorang ni degil. Nak tunjuk hebat.

Plus adalah beberapa kejadian buat aku nak berdepan dengan pakcik aku. Aku fikir nak panggil ustaz ruqyah pakcik aku ni depan ayah aku semua untuk buktikan ape aku cakap tu betul. Tapi karang cemane kalau pakcik aku tak response dengan ruqyah tu, sebab jin tu dah sempat lari? haha

Curiosity aku terjawab bila aku terjumpa sorang budak perempuan berubat dekat Darul Syifa. Budak perempuan tu macam alami gangguan yang teruk sebab dia dengar suara ustaz pun tak boleh. Adelah kami bersembang sikit share pengalaman.

Cuma time aku ruqyah tu kebetulan bilik rawatan aku sebelah bilik dia. Budak perempuan tu terjerit-jerit mengilai masa ustaz ruqyah. Aku tengah tunggu turn, ustaz tengah ruqyah mak aku. Bila aku dengar budak tu menjerit-jerit, aku tutup mata nak doa.

Masa ni tiba-tiba aku nampak imej hantu berdiri sebelah budak ni marah aku jangan doa. Aku jawab balik suka hati lah. Tapi kan korang tiber aku nampak macam ada rantai besi terikat kat tangan hantu dan budak ni. Meh, kenapa macamtu??

Aku bukak mata tengok mak aku, pastu aku nampak kat tangan mak aku pun ada rantai besi tu. Eh mak aku pun ada. Aku tengok bawah, eh kat tangan aku pun ada weh, macam gambaran rantai besi tu, cuma tali pendek sikit dari mak aku. Antunye tak nampak. Terus aku istigfar baca doa pelindung dan aku abaikan apa aku nampak.

Beberapa minggu lepas tu, ada memori IIUM confession keluar kat feed fb aku. Aku tag beberapa kawan aku kat post tu 5 tahun lepas. Post tu cerita hantu. Tapi kan cerita tu pasal ade budak perempuan macam hijab dia terbuka, and dia ternampak ada hantu tapi hantu tu terikat dan kelilingi dengan rantai besi.

Perghh. Masa tu terus meremang bulu aku. Aku terus cakap dalam hati. Sebenarnya bila kau masuk dalam badan manusia kau terikat dengan manusia ni kan kan macam aku nampak? Terus hati aku rasa sakit dan aku rasa nak tercekik. Tu tanda jin tu tak suka la tu haha

Ohh aku faham sekarang… bila manusia ni nampak, dengar, rasa semua tu or hijab terbuka semua kau yang nampak dan fikir kan? Tapi bila manusia ni solat ke, zikir ke, baca tafsir kan semua kau kene buat jugak kann? Sebab kau tak boleh lari kan.MasyaAllah. Subhanallah.

Benar Allah tak akan zalimi setiap hamba-Nya kan sobsob

Now aku dah faham. Sebab tu bila nak solat, badan berat, suara jadi kuat sebab jin/syaitan jadi panas tak tahan. Kebanyakkan orang aku tanya diorang rasa macamtu, sebab tu diorang tak dapat teruskan solat. MasyaAllah.

Plus dulu aku ada curiosity lain, masa Ramadan kan, ada hadis kata syaitan-syaitan diikat.Tapi kenapa masih ada orang boleh buat sihir kan. Masa aku terbaca ni aku macam ada bayangan aku tengok kat langit cantik banyak bintang, pastu aku rasa takut. Rasa macam nak tekup muka aku.

Masa ni aku cakap oh kau kena stay sekali lah ye masa Ramadan sebab dah terikat. So yang stay tu jin/syaitan yang terikat dengan manusia lah. Memang betul hadis tu cakap ‘terikat’ kan. Subhanallah huhu.

Kejadian ni pun buat aku faham kenapa pesakit anxiety ni dia tak berapa respons dengan rawatan ruqyah. Sebab jin/syaitan masih tak terikat fully dengan pesakit. So dia dah siap-siap lari. Ni teori aku la huu. Sebab tu pesakit tak nak teruskan rawatan ruqyah sebab dia rasa tak da effect. Betul kan korang? Cuma rasa tenang sementara.

And masa aku duduk kat ward tu, kadang aku duduk kat kaunter out patient. Aku perasan pesakit psikiatri bergantung sangat dengan ubat.

Pernah sekali ada akak ni duduk jauh dari hospital. Dia cakap dia ambil cuti semata-mata sebab ubat dah nak habis. Aku ingat ayat dia. Akak tak boleh takde ubat, nanti dengar suara kalau tak ambil ubat. Kalau dengar suara tak boleh buat kerja.

Lepas aku sakit ni aku teringat and aku cakap, licik kan kau ni. Bila pesakit ambil ubat kau duduk diam-diam macam konon dia sembuh. Kalau tak makan ubat kau bagi dengar suara pulak. Secara tak sedar dah jadi syirik kan ubat yang sembuhkan bukan Allah.

Lama-lama pesakit jadi putus asa sebab macam tak sembuh sembuh. Sebab tersyirik tanpa sedar. MasyaAllah huhu. Tak lama lepas tu pun aku found out doa syirik ni maksud dia kita minta ampun samada kita sedar atau tidak sedar kita tersyirikkan Allah. Huhu Hasbunallah wanikmal wakil.

Baru aku faham kenapa sakit ni ambil masa bertahun-tahun. Even aku pernah jumpa dekat puluh tahun pun ada. Bila aku buat assessment sendiri, aku tahu kenapa.Huhu.Antaranya sebab di atas dan kadang pergi berubat tempat tak syarie bertahun, dah bertambah sakit sebab jumpa ‘geng’ baru.Huhu. MasyaAllah

So bila aku makin faham, aku akan ajarkan orang yang sakit dengan zikir pelindung ni. And suggest bacaan Manzil or Mathurat. Banyak sangat kelebihan surah-surah dan zikir especially untuk sakit gangguan / psikiatri ni sebagai pendinding dan doa untuk sihat etc. Tak percaya korang boleh search sendiri.

Aku pun pernah terbaca confession sorang sis ni kat IIUM Confession ni tentang dia kena anxiety then dia amalkan Mathurat dalam masa setahun alhamdullilah sembuh.

Sebab masa tengah desperate tu, aku faham kita macam mencari something yang boleh sembuhkan terus.Kadang bila aku cerita pengalaman aku, diorang nampak tak selesa, tak boleh terima, tapi aku faham yang tak boleh terima bukan pesakit tu hehe.. ‘Member’ dalam badan tu yang pening. Keke.

Kadang aku gertak sikit, aku kate berapa lama ko nak kacau dia ni, ko tak takut Allah ke herher. Terus kena panic attack adik aku tu. Kesian pulak aku huhu. Oh aku ada adik yang depression dekat 6 tahun dah, tapi alhamdullilah sejak aku sakit, aku nampak perubahan dia. Dulu berkurung dalam bilik tenung dinding berejam, 2-3 hari tak keluar makan.

Sekarang dah boleh keluar bilik, kemas rumah, kadang pegi solat Jumaat ikut suka huhu tapi masih tak berani nak keluar bekerja. Takpe slow slow kan. Dia ada progress macam ni pun kami dah alhamdullilah sangat-sangat.

Plus aku ajarkan salah sorang adik aku bacakan potongan surah Baqarah kat rumah mak aku tu.Supaya ‘geng’ lain tak dapat masuk rumah. Aku ada tanya jugak adik aku masih ada suara bersembang ke? Dia kata dah takda. Kadang-kadang je. MasyaAllah kan.

Dulu kami tak tahu nak tolong adik aku ni macamana, rasa hopeless. Aku sebagai terapis pun faham caregiver rasa macam takkan sembuh la kalau ada family yang dah diagnose sakit mental ni. Huhu. Tapi MasyaAllah Allah bagi aku sakit supaya aku dapat tolong adik aku ni dan korang jugak InsyaAllah.

So korang kalau ada family members ke spouse ke yang ada masalah ni, jangan rasa putus asa okay. Boleh baca kan Mathurat dalam rumah, niat pagar rumah, sembuhkan pesakit. InsyaAllah sikit sikit akan nampak kesembuhan.

Bila aku dah rasa sakitnya penyakit ni aku masukkan je diorang or mana-mana orang yang pernah aku jumpa di Darul Syifa, terbaca kisah kat facebook ke, contoh macam adik cantik tu, pastu macam Puan Nazia, Puan Nini Ruspawan or terkomen dengan mana-mana pesakit kat page Dr. Psychiatrist, Dr. Rosanizam. Atau adik-adik kat tiktok ke. Jiran mertua aku ke.

Aku masukkan dalam bacaan Yassin aku setiap hari doakan kesembuhan buat kami. Dan untuk Allah bagi jalan untuk kami sembuh. Alhamdullilah korang sikit sikit aku perasan dalam masa dua tahun ni orang orang sekeliling aku nampak makin sembuh.

Aku perasan setiap orang tu Allah bagi cara tersendiri untuk dia sembuh. Kadang takde amalan zikir Mathurat pun, tak berubat ruqyah pun.Maybe sembuh dengan doa-doa dia, doa orang atau doa ibu dia. Kadang Allah bagi jalan nak sembuh tiba-tiba nak amalkan makanan sunnah habbatussaudah ke. Pesakit boleh tidur lena sekejap sebab jin/syaitan jadi makin lemah. Ha gitu.

Tapi yang penting aku perasan mereka jaga konsisten solat 5 waktu dah cukup nak lemahkan jin syaitan dalam badan tu. And then kadang aku perhati yang fast track sembuh ni selalunya aku tanya dia akan ada amalan sendiri. Macam baca Yassin tiap pagi ke, selawat 1000 kali ke, istigfar ke, solat malam ke ha macamtu.

Antaranya lain yang aku nampak makin sembuh, semua ahli keluarga aku, kawan-kawan, even ustazah mengaji aku (see setiap pertemuan semua bukan kebetulan kan huhu), yang lain paling aku perasan Puan Nazia.

Puan ni selalu cerita keadaan sakit dia kat facebook. Seronok tengok dia dah boleh buat kelas online, dah boleh kurangkan dos ubat, walaupun masih ada symptoms dia yang on off, tapi banyak progress yang baik.Puan Nini pun sama. Mungkin puan-puan ni terbatuk-batuk sekarang haha.

Betulkan manusia ni senjata dia doa je, sebab bila aku terdengar orang terjerit-jerit kat Darul Syifa tu, aku akan cepat-cepat doakan Allah ampunkan kami dan sembuhkan kami. Nanti mula la aku dengar suara jangan doa jangan doakan dia. Aku akan cakap suka hatilah nak doa. Sibuk jek. Padan muka kau. Terus aku baca. taawuz. Nampak imej lari lintang pukang.

Dan ustazah kat Darul Syifa pernah cakap kat aku dia nampak kesembuhan dalam masa 2 tahun kalau pesakit tu konsisten datang berubat. Keadaan aku sekarang alhamdullilah makin sembuh boleh kata 90%.

Aku dah kurangkan rawatan ruqyah dari setiap minggu ke dua minggu sekali then sebulan sekali. Tapi bukan ruqyah je banyak lagi amalan sunnah yang aku praktis dalam kehidupan aku. Huhu The new me. Alhamdullilah terima kasih Allah.

Waktu ruqyah aku masih respons tapi macam mild sangat and aku perasan macam rasa ketat tu macam menaik dari kaki ke perut, ke dada, then ke bahagian tekak and kepala.

Aku pelik juga mula-mula. Tapi aku terdengar dalam kuliah, ajal kita akan ditarik dari kaki ke kepala. Ayat ustaz tu macam bergegar masa ni aku rasa. Tapi aku masih tak sure apa jadi kat jin/setan tu nak bertemu ajal ke apa sebab aku dah tak nampak or dengar apa-apa dah. Kalau dengar pun tak jelas dan aku abaikan je.

Ada yang kata macam jin/syaitan tu akan stay lifetime, and kene jaga amalan kalau tak, boleh relapse balik. Bagi aku kalau itu Allah tentukan untuk aku, aku redha. Segala amalan semua aku niat aku istiqamah sampai aku mati. Buat Lillahitaala ye korang, sebab iblis dah cakap dia tak dapat kacau hamba Allah yang ikhlas. InsyaAllah.

Aku pernah dengar ceramah ustaz Kazim, ujian kat dunia ni macam sakit, putus cinta la, anak meninggal ke apa tak boleh compare dengan ujian masa di akhirat nanti.

Even malam pertama dalam kubur pun dah berat. Sebab masa kat dunia ni kita masih boleh doa mintak Allah tolong. Tapi bila dah mati tiada chance dah, semua kene hadap dengan amal apa yang kita bawa. Tak boleh u-turn dah huhu.MasyaAllah kan.

Sebab tu aku kata orang sakit psikiatri ni insan terpilih sebab sakit yang macam melibatkan akidah. Subhanallah. And last aku nak bagi penyejuk hati, ada hadis kata, orang yang tak diuji kat dunia ni, bila kat akhirat nanti dia nak gunting kulit dia bila tengok orang yang diuji kat dunia ni dapat ganjaran masa kat akhirat. Perh, cemana kan tu kan. Tak boleh imagine Subhanallah.

Aku berminat nak buat research berkenaan benda ni. Aku tahu ada Dr. kat UKM pernah buat beberapa research berkenaan topik ni, tapi selalu dapat halangan sebab persepi medical professionals and even pesakit sendiri. Yelah tensen jing tu nanti kena expose pulak haha, susah nak buat kerja dia. Haha pui. Terpakse over time keje keras hasut doctor-doctor tu pulak.

Awal tahun haritu adelah aku apply kerja dengan niat nak proceed research ni.Dah bertahun aku bisnes tiber nak lompat masuk kerja kan huhur. Tapi tulah tak dapat pulak. Takpelah aku share kat sini la ye.

Aku pun selalu share dengan kawan kawan terapis aku yang lain. Mana-mana yang masih praktis. Diorang pun terkedu dengan cerita aku ni. Aku pun ada share checklist assesment yang aku buat sendiri.

Walaupun macam kodi-kodi je tapi harapnya berguna untuk kawan-kawan terapis aku nanti hehe.InsyaAllah. Alhamdullilah ada aku dapat feedback terapis dah start ajar doa untuk patient ni huhu sobs *terharu

Aku sebenarnya nak simpan je cerita aku ni. Tapi aku perasan banyak life orang yang berubah positif lepas aku cerita tentang kisah aku ni.

Pulak tu dalam kuliah ustaz pernah tanya apa jawapan kita kalau Allah tanya soalan ni, dalam umurnya dihabiskan untuk apa, tentang harta dan apa yang di lakukan dengan ilmu yang Allah bagi. Serius aku takde jawapan huhu.

Aku fikir hidup aku selama ni cari duit bayar hutang, pegi jalan-jalan je huhu. So aku niat dengan ilmu yang aku share ni boleh bantu orang lain untuk sembuh InsyaAllah. Aku buat konklusi sakit mental boleh sembuh sepenuhnya. It is not lifelong disorder. Dan pesakit boleh hidup normal seperti biasa, malah lagi baik InsyaAllah.

Aku tahu akan ada kata aku mengarut, hanya bayangan je. Sikit-sikit salahkan jin.Aku pernah terdengar ayat ni kat tv. Dan-dan muka aku terus senyum simpul weh. Tapi bukan akuu. Macam jin tu suka orang yang backup dia.

Tapi kadang aku terfikir jugak kan yeke bukan salah jin haha. Tapi aku terbaca hadis nabi dalam buku cerita anak aku. Syaitan akan berada di setiap urusan manusia. Haa

Pastu aku teringat, dulu kak ipar aku ni masa mula-mula jumpa abang aku dia ada ketumbuhan otak, next month nak operate. Abang aku bawak dia berubat dekat pakcik aku. So bila next check up hilang ketumbuhan tu weh. Peh, so dari situ aku tau jin ni ada ability ubah fisiology tubuh manusia jugak.

Orang dulu-dulu kan cakap kalau kanser, stroke semua sebab jin. Symptoms demam, migrane etc.Tapi kita konon ilmu moden macam meh kan aje cakap orang orang tua huhu. Hasbunallah wa nikmal wakil.

Korang pun boleh check sendiri hehe. Cubalah baca ayat Qursi 7 kali letak kat dada, doa pada Allah untuk kebenaran. Kalau tak boleh teruskan or tersekat tu korang faham-faham la ye. Banyak lagi cara macam bangun solat malam ke. Tengok cemana response korang.

How I wish aku boleh pergi setiap jabatan educate apa yang aku tahu tentang penyakit ni kan. So everyone boleh sembuh.Tapi disebabkan aku kena jaga aib keluarga juga so cannot lah huhu. Tapi aku ingat akan buat faceless acc tiktok or page untuk share lagi tentang benda ni.

Aku pun ingat nak jadi perawat Darul Syifa, nak belajar lagi dalam tentang rawatan Islam pulak InsyaAllah. Korang doakan ye. Terimakasih baca kisah aku sampai habis.

Sorry panjang lagi kisah ni or ade medical term yang aku tershashul. Lama dah aku tinggal bidang ni huhu.

Kalau sempat 10 malam terakhir ni doakan untuk keluarga aku ye. Up to date ayah, pakcik aku masih lagi begitu tapi takpe dah nampak bunga-bunga confuse dah. So we will keep doa sampai bila-bila. Moga Allah makbulkan doa-doa kami dan juga korang.

Thank you juga pada admin IIUM Confession ni. Ada juga asbab page ni aku sembuh. Moga Allah rahmati kalian dunia dan akhirat. Aamiin! Dan Selamat Hari Raya korang!

– Bukan Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *