Cable atau Networking?

Hai semua pembaca IIUM Confession, macam biasa perkenalkan diri dahulu. Aku Nur. Hari ini aku nak share mengenai tajuk di atas.

Aku pernah merasa masuk company kecil sehingga lah company besar.

Aku rasa ramai saja tahu, makin besar company, makin banyak politik kerja yang dimainkan.

Konteks berguna nya networking ni aku nak cakap untuk kerja yang ada career development. Terutama syarikat swasta. Sebab kerajaan kamu ada exam semua tu kan.

Pernah dengar perkataan ‘cabel”networking’ yang selalu membuat kan ramai juga orang tidak berpuas hati bila isu ini dikaitkan dengan peluang naik pangkat atau peluang pekerjaan.

Terutamanya apabila nak masuk kerja kerajaan lah.

Kalau perasan, perkataan kabel sekarang ni dah dijenamakan kepada networking. Bila kita cakap ada networking, tanggapan kita positif. Bila kita cakap guna kabel, tanggapan menjadi negetif.

Macam mana cara orang orang yang ada networking ni dapat masuk dengan golongan tersebut? Dapat pergi minum semua? Lelaki lah paling senang nak buat kawan sebenarnya, ada rokok?

Setel. Lepak merokok sama sama dengan manager, dengan team leader. Penting tak networking ni sekarang? PENTING.

Selain rezeki, networking ni lah yang membantu anda untuk dapat kerja, projek dan naik pangkat.

Mungkin pembaca ada salah seorang yang hanya membuat kerja yang diberi. Maksudnya duduk buat kerja yang diberi, cukup waktu balik.

No chit chat yang berguna, tak menyumbang idea untuk menambah baik kumpulan, tak ada special skills, nak buat video untuk syarikat pun tak reti, maksudnya kalau ada task, hit target..

Balik rumah on time. Lepas tu tak pandai bergaul dengan orang atasan. Kalau dapat bergaul dengan orang satu tangga atas kita pun tak apa dah. Isu dekat sini, bukan pasal balik rumah on time..

Maksud nya no extra contribution. Tak join as committee di syarikat dan sebagainya.

Kewujudan anda disyarikat tidak dipandang oleh HR, manager, team lead. Kalau tak ada pun, orang tak perasan, sebab tak pernah nampak anda.

Jadi apabila anda rasa anda dah buat yang terbaik, apabila anda rasa tak dapat apa anda rasa milik anda.. Anda mula keluar kan kata kata… ‘eleh, kipas bos la tu’, ‘eleh, kabel boleh la’. Begitu.

Mungkin akan ada yang cakap ‘alah, yang naik tu bukan jenis buat kerja pun, jenis kipas bos je’ tapi, dekat sini aku bukan nak menang kan sampai siapa yang naik tu yang bagus ke tidak.

Aku nak highlight kan pentingnya networking. Dia nk buat kerja ke tak nak buat, dia punya pasal lah.  Keberkatan duit dia dapat tak effect kita pun.

Tapi self improvement kita macam mana?

Sampai bila kita nak pandang belakang, orang orang yang naik pangkat tak buat kerja semua diulang tape yang sama, itu kita dah membiarkan benda luar mengganggu fokus kita untuk improve.

Jadi, ubah lah mindset anda. Terima dan berdamai lah bahawa cabel dan networking ni penting dalam hidup kita. Untuk karier, untuk melancarkan kehidupan.

Apa contoh melancarkan kehidupan. Kawan kawan yang tolong kamu tu networking lah tu. Yang buat jalan hartanah kenal orang Bank sana sini, yang buat insuran kenal orang pejabat pos.

Jadi, Cuba lah berusaha untuk bergaul dan tingkat kan networking anda.

Siapa yang masuk kerja, dapat pergi interview sebab networking? Orang cakap macam macam, buat pekak je. Janji masuk kerja buat dengan bersungguh.

Sekian…

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *