Bismillah.
Tujuan aku menulis ni cuma sekadar berkongsi pengalaman. Ambil iktibar. Yg mana baik dtgnya dari Allah, yg buruk dtg dari aku. Jadi sila betulkan kalau ada silap.
Ramai yg impikan suami yg soleh untuk menjadi pendamping hidup. Aku pun termasuk sekali. Cinta dtg tanpa diundang. Aku tertarik dgn seorg lelaki di tempat kerja aku. Kami tak pernah berkomunikasi, hanya terserampak di ofis je. Orgnya jenis yg sentiasa menjaga solat, aktif berdakwah, dan soleh.
Aku mula solat istikharah dan minta petunjuk dari Allah. Takut² ini hanya mainan perasaan.
Aku semakin serius untuk menjadikan dia pendamping hidupku. Lalu aku merisik ttg diri dia serba sedikit. Aku semakin tertarik dan mula menyatakan hasratku (menggunakan org tgh) padanya untuk taaruf / berkenalan dgn dia (dgn niat untuk dijadikan suami). Dia setuju untuk berkenalan dgn ku dan dia dtg bersama kawannya untuk bertemu dgn keluarga ku walaupun dia hanya mengatakan yg dia hanya ingin menziarah abg ku yg pada waktu itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan (kami baru tahu selepas dia terlihat kad kahwin yg aku edarkan pada rakan sekerja ku).
Lebih kurang dua minggu selepas dia dtg ziarah, dia menolak lamaran ku dengan sebab tidak sekufu. Aku ni perempuan biasa² dan ditakuti dakwah dia akn terhenti andai menikah dgn ku.
Sedih sekejap, namun redha dan hormat dgn keputusannya. Lbh kurg sebulan selepas itu, dia tiba² menyatakan hasratnya ingin menjadikan aku isterinya. Aku bersyukur. Hari demi hari aku menunggu dia untuk taaruf dengan lebih lanjut agar tak ada perselisihan dan masalah selepas perkahwinan.
Bila ditanya pada dia, kenapa berdiam diri dan bila ingin taaruf dgn lebih lanjut, katanya dia sudah taaruf pada tempoh hari (pada hari dia dtg ziarah abgku) dan dia belum bersedia untuk membawa keluarganya dtg meminang aku.
Aku tunggu dan tunggu tanpa disedari aku mula menaruh harapan yg tinggi padanya. Kira² setahun juga aku tunggu. Org tgh aku mula bertanya pada dia, katanya dia tak mahu beri aku harapan palsu dan tak punya apa² perasaan padaku langsung. Hancur, luluh, kecewa sgt bila org yg kau percaya tak kan kecewakan buat macam tu. Dia menolak buat kali kedua tanpa sebab yg kukuh. Aku rasa lemah dan kecewa yg amat. Dua bulan lepas ditolak, aku dapat tahu yg dia sedang taaruf dgn bakal doktor yg merupakan adik kwn nya juga. Apa yg aku tahu, dia pernah memberitahu dia tak mahu beristerikan bakal doktor dan mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ni. Untuk pengetahuan, dia juga pernah menolak untuk taaruf dgn perempuan tersebut pada sebelum ini. Lagi la bertambah hancur hati aku. Rasa tertipu dgn org yg plg aku percaya.
Baru² ni, aku dapat tahu yg dia nak kan bakal doktor tu berhenti kerja jadi suri rumah lps nikah nnt. Perempuan tu dan kelarganya kurg setuju mungkin itu cita² nya dari dulu. Kali ni pon tak tahu mereka akan teruskan atau tidak untuk menikah. Wallahualam.
Jadi, pengajarannya. Jgn menaruh harapan pada manusia. Berharap pd Allah. Dia yg pegang hati kita. Dia juga yg boleh beri bahagia pada kita, bukan manusia. Jgn sesekali menilai manusia hanya berdasarkan luaran dan penampilan. Hati org siapa tahu, boleh berubah. Sentiasa minta petunjuk dari Allah dan doa moga Allah beri yg terbaik.
Buat lelaki kat luar sana, jgn sesekali memberi harapan dan menyatakan hasrat ingin berkahwin dgn perempuan sebelum anda taaruf dan belum yakin dgn wanita tersebut untuk menjadikan isteri. Kenal pasti dan tanya dulu perempuan tu apa yg patut anda tanya supaya masalah tak kan timbul selepas kawin. Apa² keputusan, jgn membelakangkan Allah dan keluarga. Istikharah dan istisyarah dulu sebelum buat keputusan.
Buat bakal doktor yg juga kecewa dgn sikap laki tersebut, maafkan dia. Pandang dia sebagai manusia biasa yg tak kan terlepas drpd salah dan silap. Manusia tak sempurna. Perbaiki hubungan kita dgn Allah dulu, fokus pada pelajaran dan jalankan tanggungjawab kita kpd ibu bapa dan org lain. Mungkin dulu kita lalai drpd ingat Allah, lalai dgn tanggungjwab dan amanah kita. Bangkitlah buat yg pernah kecewa. Kembali pd Allah.
– Hamba Allah