Cantik, suatu keperluan?
Assalamualaikum to all, lately I've been reading numerous posts about women complaining themselves by saying "I'm ugly compared to my siblings", "I'm fat,ugly" …and others.
Thus, I would like to share my own experience about beauty at my workplace.Seriously, women should be grateful how Allah had created you as you are.
Ada seorang sister ni boleh tahan cantik. Dia menjadi perhatian lelaki A kerana kecantikannya. Dan akibatnya dia diganggu. Sisters mesti rimas kalau ada orang asyik stalk dan follow korang kan?
Sisters patut bersyukur sebab tak jadi pemuas nafsu mata lelaki! Perempuan2 yang cantik selalu kena sentuh atau diganggu kat tempat kerja saya. Lelaki pun patut bersyukur kalau rupa paras tak kacak. Korang tak jadi pemuas nafsu mata perempuan.
Satu lagi sisters, tolong tolong tolong jaga pemakaian. Tolong la jangan pakai dedah sana sini. Kalau korang tahu mata lelaki macam mana, sisters takkan berani nak dedah aurat. Lelaki tengok korang tembus dari atas ke bawah. Sangatlah menakutkan
Saya nak sentuh bab jaga pandangan. Saya pernah baca di page Tarbiah Sentap, kalau kita tak jaga pandangan sebelum kahwin, lepas kahwin pun susah nak jaga pandangan. Ada seorang senior perempuan (yang dah kahwin) pernah mintak fb seorang budak lelaki ni. Katanya dia suka tengok budak laki ni sebab comel. Seorang lagi senior perempuan pun mengaku yang dia suka tengok lelaki yang kacak walaupun sudah bersuami. Pengakuan mereka membuatkan saya sangat terkelu. Sudah bersuami tetapi mengapa ingin memandang lelaki lain?
Apa yang saya ingin simpulkan, dear sisters and brothers bersyukur sebab Allah sudah mencipta anda dalam bentuk yang sempurna. Dengan kecantikan dan kekacakkan kalian, kalian cuma menjadi pemuas nafsu orang lain walaupun hanya sekadar pemuas nafsu mata.
Nasihat untuk diri sendiri juga
– Nis
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/