Beberapa confessions yang trending menceritakan tentang pilihan seseorang untuk berkahwin dengan lelaki tiada teruna/perempuan tiada dara atas sebab zina buat aku terpanggil untuk menulis sesuatu di sini. Bila cuti ni baru aku ada masa untuk sampaikan perkara ini pada semua. Terima kasih juga kepada admin yang approve confession aku.
Aku biasa berada dalam keadaan di mana aku dapat tahu bahawa lelaki yang aku cintai tiada teruna lagi. Lepas aku dapat tahu, aku rasa, sedih, terluka, kecewa, dan keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku pernah rasa murung selama sebulan disebabkan perkara ini walaupun bukan aku sendiri yang melakukan zina. Dalam hati aku, masih ada rasa sayang dan aku ambil berat tentang dirinya. Tapi dalam masa yang sama, kadang-kadang aku terbayangkan 'aksi' lelaki itu bersama perempuan lain dan terus aku jadi murung semula. Bukan aku pilih untuk bayangkan, memang bayangan itu tiba-tiba datang sendiri. Kalau aku mampu kawal untuk hilangkan bayangan itu, aku pun taknak bayangkan. Buat apa aku nak hancurkan hati sendiri. Penat, tahu?
Jadi solusinya, aku dekatkan diri aku pada Allah dan banyakkan berdoa kepada diri-Nya supaya Dia pelihara hati dan minda aku, dan supaya Allah berikan petunjuk kepada diri aku & tentang jodoh aku dengan lelaki yang aku cintai itu. Hari-hari aku berdoa setiap kali selepas aku solat fardhu. Aku kerap buat solat tahajud sebab ia menenangkan jiwa aku dan doa lepas solat tahajud adalah di antara waktu-waktu doa akan dimakbulkan. Aku susuli dengan solat taubat, solat istikharah dan solat hajat. Tak pernah-pernah aku solat sunat sekerap ni. Walaupun kadang-kadang aku masih terbayangkan 'aksi' itu, tapi at least taklah seteruk sebelum ni sebab bila aku dekati dan ingat Allah, aku letak kepercayaan sepenuhnya kepada Allah tentang takdir atas keputusan aku. Aku rasa lebih mudah nak jauhi hasutan syaitan. Mungkin.
Orang kata perempuan lebih senang menerima lelaki yang tiada teruna. Lelaki je yang sukar untuk terima perempuan yang tiada dara. Aku kurang setuju! Memang tak mudah langsung terutama sekali bila perkara ni bermain dengan emosi dan perasaan kita sendiri. Ikut hati, mati. Jadi, apabila aku buat keputusan untuk menerima atau menolak pasangan aku ini, aku pertimbangkan aspek-aspek ini (tidak ikut urutan priority).
Pertama, aku bercakap dari aspek nafsu (kita semua ada nafsu, lelaki dan perempuan, fitrah manusia, antara kita boleh kawal atau tidak saja, berjaya lawan atau patuh sahaja). Perempuan pun ada ego mereka sendiri (kalau bukan semua perempuan pun, wujud perempuan yang ada ego sendiri). Sebenarnya kita semua nak jadi pasangan yang terbaik untuk pasangan kita masing-masing. To be the best person they ever met! Pasangan yang terbaik yang tiada siapa boleh tandingi, not even bekas-bekas kekasih mahupun lelaki/perempuan yang pernah tiduri pasangan kita. Jadi, bila kita dapat tahu pasangan kita bukan lagi teruna/dara atas sebab zina, kita rasa tercabar dari aspek seksual sebab kita tak mahu pasangan kita membanding-bandingkan kita dengan orang yang pernah mereka tiduri apabila kita berkahwin dengan mereka nanti. Kita mahu cipta pengalaman itu bersama-sama dari kosong. Untuk seorang lelaki mestilah mereka berasa lebih tercabar sebab pasangan lebih berpengalaman dan kita nampak macam seorang 'loser'. Dalam hati dan fikiran kita mesti akan terdetik: adakah pasangan kita merasakan hubungan seksual dengan orang lain dahulu adalah lebih baik, lebih istimewa dan ‘memorable’ daripada hubungan seksual dengan kita apabila bergelar suami isteri kelak? Adakah pasangan kita itu akan menafikannya semata-mata untuk menjaga hati kita? Adakah pasangan kita masih membayangkan perbuatan zinanya yang dia lakukan apabila atau sebelum melakukan hubungan seksual dengan kita nanti? Aku bercakap dari sudut pandangan seorang yang masih suci. Sudut pandangan orang yang lebih berpengalaman (secara halal) mungkin berbeza. Perkara ni orang jarang cakap sebab kita dilatih dan dididik untuk rasa malu dengan perkara begini. Disebabkan aku confess secara “anonymous”, aku berlaku jujur sajalah sebab tiada siapa yang akan mengaku aspek yang obvious ini yang menjadi punca kita tidak mahu berkahwin dengan ‘bekas orang lain yang telah digunakan’. Sebab itu ada hadith-hadith tentang isu ini yang mana kita digalakkan berkahwin dengan yang masih gadis/suci instead of janda. Aku kata digalakkan ok. Bukan tak boleh kahwin dengan yang bukan suci langsung. Ini berkaitrapat dengan aspek yang ketiga nanti.
Kedua, aku bercakap dari aspek diri pasangan itu pula. Apabila kita tahu orang itu tidak lagi suci, kita kena tengok kenapa dia hilang teruna/dara. Impaknya lain kalau seseorang itu tidak suci atas sebab zina, atau atas sebab dirogol (ada ke lelaki kena rogol?), atau hilang teruna/dara atas sebab perkahwinan yang sebelumnya (cara yang halal). Kalau atas sebab pernah berzina, tentulah cara kita melihat orang itu berbeza bukan. Tidak lagi sesempurna seperti yang pernah kita bayangkan (padahal tiada orang yang sempurna pun). Impaknya juga lain kalau seseorang itu pernah berzina sekali, dua kali atau berkali-kali. Berzina dengan bekas kekasih, adik beradik sendiri atau berzina dengan sesiapa saja yang dia nampak tepi jalan. Berzina dengan satu pasangan atau bertukar-tukar pasangan. Orang kata 'if you do it once, it is a mistake; if you do it again, it is your own choice'. Impaknya mungkin lain bergantung kepada tempoh masa berapa lama dia telah meninggalkan dosa besar tersebut. Kalau pasangan itu pernah melakukan dosa besar itu 10 tahun yang lalu dan telah bertaubat, impaknya lain dengan pasangan yang pernah melakukan dosa besar tersebut baru beberapa bulan lepas. Orang kata, sekali kau dah buat, nafsu tu memang susah sangat kau nak kawal selepas itu, baik lelaki ataupun perempuan. Kalau perkara itu baru sahaja berlaku pada pasangan aku, aku akan tinggalkan pasangan aku itu kerana bagi aku dia perlu utamakan untuk betulkan hubungan dia dengan Allah dulu, bukan dengan aku. Kalau kita berjodohan, tiada apa yang perlu dirisaukan, Allah akan pertemukan kita semula dengan apa jua cara. Allah telah menetapkan benda yang terbaik untuk setiap hambanya yang mana hikmahnya tak tercapai dek akal fikiran kita.
Perbuatan zina ini berkait rapat dengan pembawakan diri seseorang itu. Jika seseorang itu pandai bawa diri, dia tahu untuk tepis nafsu yang wujud itu. Memang susah untuk tepis. Sebab itulah jihad yang utama ialah jihad terhadap diri sendiri, baru anda berjihad untuk perkara yang lain (nak berperang dengan ISIS etc). Itukan ujian Allah. Kita semua diuji setiap hari. Kenapa mengalah? Allah kata jangan dekati zina. Kalau dah pernah jatuh, kenapa aniaya diri sendiri lagi dan biarkan diri anda jatuh lagi? Masih lagi mengikut nafsu yang makin lama lebih sukar untuk dikawal. Memang setiap orang pernah buat kesilapan, tetapi kalau kesilapan itu adalah benda yang sama dilakukan berulang-ulang kali, adakah ia masih dikira sebagai ‘kesilapan’. Bagi aku, itu pilihan. Pilihan dia untuk utamakan Allah atau diri sendiri.
Sebab itu aku kata perempuan lagi susah untuk buat keputusan untuk terima lelaki yang tiada teruna. Quran sendiri cakap lelaki sepatutnya membimbing wanita. Bukan tugas wanita untuk membimbing lelaki tetapi wanita perlulah sentiasa menolong dan mengingati lelaki tersebut sebab kita semua bukan malaikat. Tambahan lagi, meskipun penzina itu telah bertaubat, aku kadang-kadang terfikir juga adakah dia benar-benar ikhlas telah bertaubat? Memanglah taubat itu antara dia & Allah. Allah sahaja yang tau bila nak terima taubat mereka, mereka sendiri pun tidak tahu taubat mereka dah diterima atau belum, inikan pulak kita. Aku pun tak mahu bermain dengan risiko berkahwin dengan orang yang bertaubat yang yok. Yang bertaubat sekali sahaja walhal taubat itu perlu dilakukan berulang-ulang kali jika benar-benar kesal dan ingin mendapatkan pengampunan dariNya. Dah lah aku tak nampak lagi perangai pasangan aku 100%. Takkanlah aku nak spot check dia setiap hari. Itu kau sendiri sahaja yang boleh nilai pasangan anda sama ada dia telah benar benar berubah ke arah yang lebih baik. Kau tanya dekat 'commentor' di sini pun bukan diorang kenal pasangan kau. Commentor dapat maklumat berdasarkan apa yang kau cerita sahajalah.
Ketiga, dari aspek niat berkahwin. Sebab apa anda nak berkahwin dengan pasangan anda? Sebab cinta? Sebab nafsu? Sebab nak anak? Sebab umur dah lanjut? Desakan keluarga? Niat tu hanya anda seorang je yang tahu. Aku ada baca comment di sini mengatakan mungkin juga bekas penzina ingin berkahwin dengan kita sebab mereka terdesak takut tiada orang lain yang mahu menerima diri mereka dengan kisah silam mereka terutamanya jika mereka adalah bekas penzina perempuan (sebab lagi senang kantoi). Walaupun anda dan pasangan anda ingin berkahwin, tapi dua insan ini tak semestinya pasang niat berkahwin yang sama. Kalau tak sebab aku tahu situasi pasangan aku, aku pun niat kahwin atas sebab cinta semata-mata. Tapi sampai bila perasaan cinta tu akan kekal? Kita belum tinggal sebumbung dengan pasangan kita, jadi kita tak kenal pun lagi pasangan kita sepenuhnya. Perasaan cinta dan kasih sayang tu boleh pudar. Anda pertaruhkan seumur hidup anda atas sebab ‘cinta’ terhadap pasangan. Walhal, anda sepatutnya letakkan keutamaan cinta anda kepada Allah SWT. Kita sepatutnya berkahwin atas sebab Allah SWT. Semuanya adalah kerana Allah semata-matanya. Kita ingin menggembirakan Allah. Kalau niat anda berkahwin adalah sebab Allah, ingin menolong antara satu sama lain untuk bersama-sama masuk ke syurga Allah, insyaAllah Allah akan bagi ganjaran kepada hambanya. Allah akan kekalkan perasaan kasih sayang dan cinta kita kepada pasangan kita juga. Perasaan itu Allah yang pegang, Allah lebih berkuasa ke atas perasaan kita, bukan manusia dan bukan diri kita sendiri. Allah akan berikan nikmat kebahagiaan perkahwinan yang tidak kita sangkakan. Kalau Allah nak tarik balik perasaan cinta anda pada pasangan anda itu, bila-bila masa pun Dia boleh tarik, mana nak cari perasaan tu lagi? Aku belum berkahwin, jadi apa yang aku kata tentang perkahwinan ini mungkinlah tidak berapa kredibel. Apa yang aku cakap ni berdasarkan pada bacaan aku dan pengalaman/nasihat orang yang dah berkahwin. Aku percaya akan Allah dan nikmat ganjaranNya. Letaklah Allah no. 1, pasangan anda no. 2.
Jika anda memutuskan untuk menerima pasangan ada yang tidak teruna/dara, ketahuilah risiko hidup anda untuk sentiasa ‘support’ pasangan anda ke arah kebaikan. Kenalilah diri anda juga supaya anda tahu sama ada anda berupaya untuk terus menerus ‘support’ pasangan anda seumur hidup walaupun dalam situasi perasaan cinta akan pudar sekalipun. Ia boleh menjadi amat baik atau tidak bergantung kepada usaha kedua-dua pasangan untuk menyelesaikan isu ini. Kenalilah juga latar belakang pasangan anda, keluarga pasangan anda, sahabat-sahabat pasangan anda dan orang di sekeliling mereka kerana mereka ini akan menjadi faktor-faktor yang boleh menyenangkan atau merumitkan usaha anda dan pasangan anda untuk bersama-sama menuju ke syurga Allah. Jika anda memutuskan untuk meninggalkan pasangan anda (walaupun anda akan menderita dek kerana putus cinta yang bersifat sementara itu), percayalah kepada Allah, Allah akan wujudkan perasaan cinta yang baru, mungkin dengan pasangan yang sama ataupun pasangan yang lebih baik.
Itulah cara aku capai keputusan untuk menerima atau meninggalkan pasangan aku itu. Untuk keputusan aku terhadap pasangan aku pula, biarlah aku dan pasangan aku sahaja yang tahu. Setiap orang dijadikan berbeza-beza. Lain orang, lain pandangan dan penerimaannya. Ada yang boleh terima, ada yang tak.
Ini adalah komen aku berkenaan dengan peluang kedua kepada penzina yang telah bertaubat: Bekas penzina/penzina ini dah pertaruhkan hidup mereka atas nafsu mereka yang bersifat sementara itu (yang mereka panggil ‘kesilapan’), aku tidaklah menghukum kalian, cuma kalian janganlah menghukum mereka yang menolak ‘peluang kedua’ anda pula. Sebab mungkin orang yang menolak ini tidak sanggup atau tidak mampu untuk menghadapi semua ini yang akan membuatkan kalian dan diri mereka tidak gembira sepanjang hidup. Anda mahukan peluang kedua itu, carilah peluang kedua itu, jangan putus asa, Allah akan temukan anda dengan seseorang yang boleh berikan peluang kedua itu kepada kalian.
Diharap apa yang aku sampaikan dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda yang berada dalam situasi yang sama. Segala kekhilafan dalam penyampaian dan maklumat aku, silalah betulkan supaya kita sama-sama dapat mempelajari dan ambil iktibar darinya dan aku minta maaf siap-siap.
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri!
– tidak penting siapa aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Panjangnya..
Panjang sgt.. Terus malas nak baca ???
Ar ah.. scroll dulu, tgk berjela terus x baca.. tp nak sibuk nk komen gak hahaha
Suka cra pmikiran…cara pndangan awk….
Hey, you know, orang boleh je masturbate tapi still ada dara. That’s sexual too.
Ckp psl nafsu…tiada pngakhiran.pnjngnya nk cter psl xde teruna.siap terbyg2..jgn terlalu mmikirkan keaiban masa lalu org..nanti blh jd gila.
Setuju. Aku ingat aku je yang macam anti lelaki takde teruna. Yelah asyik2 hal perempuan yang takde dara kena reject je. Macamkan lelaki kalau takde teruna tu tak apa. Sedangkan masing2 kena sama2 menjaga. Macam auratlah. Aurat perempuan memang lebih luas tapi kalau lelaki yang tak menjaga aurat pun sama mendapat dosa mendedahkan aurat. Apa, ingat aurat lelaki tu ciput dari pusat sampai lutut tak dapat dosa ke kalau ditayang?
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik termasuk
Lelaki soleh untuk perempuan yg solehah
, itu ja den nak kabo…
Ingt hg sorang? Ceq laki pon anti lelaki tak teruna.
Anda sangat matang. Semoga Allah terus bantu. Dan selamat hari raya jugak.
Insan Senyum adeh, panjang
Mlas nk baco.
Insan Senyum adeh, panjang
Pemikiran yang sangat matang, tq atas pekongsian
Kalau takut di lambung ombak, jgn berumah di tepi pantai… Biasa bila kita buat dosa besar dan bertaubat, kemungkinan besar tuhan akan uji kita dengan mcm2 dugaan, kifarah atas dosa2 kita yang lalu. Mudah2 an bertambah keimanan kita.Wallahu aklam..
Satu tulisan yg sy baik sy rse…tidak berat ke mana2 dan sangt rasional…banyk perkra yg sy stuju di dlamnya…cuma dlam hal ni perlu jgk kepd istikarah dn muzakrah (perbncgn)..kdg2 kite rse itu jwpan istikharah tp rupenya dri syaitn…mcm conth yg sis bwak bile trpkir aksi die dn sbgainya…kmudian bile dktkan diri pd Allah…bnde tu hilg..boleh jd jga dr syaitn..syaitn mmg x suke bina msjid ni…jd nk atsi kputusn istikarh prlu jgk di kaitkan dgn kputusn perbncgn…
Klau sis buat kptusn mcm ni..dn jwapnnya adlah sis tolak…sy rse sis x menolak dia kerana masa silamnya tetapi sis tolak dia kerana masa hadapan sis…berbeza dua ni…
Bagi sy (sbgai lelaki)…kebanyakkan zina yg berlaku berpunca dri lelaki…lelaki yg biasa memulakan…prmpn pulak lemah..bila dh cinta bgi jiwa 100% ltk pemikiran rasional tepi…benr dia ad kaitn dgn tnggjwb lelaki tu jgk…jdi mcm sis ckp untk trima lelaki yg dh x teruna ni agak berat…sy sokong pndpt tu cume sy mintk tekankan pd aspek kedua sis sblum buat keputusn..mksdnya liht pd prubhn die pd ketika itu dn prlu uji prubhan die tu..dn lihat mcm mana die selesaikn kes zina die dlu (untk liht cra die brtnggjwb dn cra dia selesaikan mslah)…klau die leps dgn ujiannya dn bijak mnyelesaikn mslah yg lepas…mknenya dia dh brada pd prubhn yg sbnr..dn bg sy lelaki mcm ni hebat cuma pernah tergelincir..kmudia dia bgun balik…
Aspek ketga yg sis cuba bwk tu pun bgus…bukn dr soal die shja..dr soal penerima sndri..kena letk awal2…rumhtgga bukan hnya soal ats katil malah lebih besr dr tu..tp klau mmg dri awal kawin duk pkir yg ats katil je…mmg kena uji skit bab tu mule goyah…kdg2 kebaikan psgn tu punyalah bnyk tp sbb mslah ats katil boleh mudh2 pishkn hubgn prkahwinan…
Sdikit tmbahan dr sy…dlm rumhtgga pntg memahami..org zaman kte bile kahwin sush nk tnya psgn ap prsaan die..mcm soal ats katil yg sis sbut…untk mreka yg trima psgn telanjur sngt2 prluu tnya soal2 dalam ni…dn ap2 persaan yg rse perlu kongsi dgn psgn…untk detect ap kurg…bile dh tau ap yg kurg..brusha untk ckupkn yg kurg dn mntk Allah bantu…cranya solt berjmaah dn doa dlm bhsa melayu luah pd Allah..yg mne ad prasaan pd org len…mntk Allah hilgkn..crite prasaan stu sme lain supya smkin mengenali dn sme2 menuju prubhan…rmai org yg kwin tp bnyk rahsia dgn psgn…
Kpd yg mndpt ujian psgn telanjur ni…fikir la sblum buat kputusn…jgn mudh2 buat kputusn…klau kte trpaksa tolak (dgn aspek2 di ats)…tolak la dgn hikmah bukn mnyebabkan org yg di tolak putus harapn dn merasakan tiada peluang kedua bginya..
Panjang sangat penulisan ni penant den baca boleh den jawab satu benda kata dari ayat kamu,
“Khawin sebab apa”
Jawapan: Sebab sayang pada Allah lah, kita perlu sayang pada makluknya jugak.
Jawapan win-win.. Den bagi..hehe..
Entahlah. Too long and sometimes haywire. Off mood nak baca.
Orang melayu memang tak suka membaca.
Penulisan yang padat, ringkas tapi sampai adalah terbaik. Lebih ramai yang mendapat manfaat.
Baca je, memang bagus apa yang disampai tu☺
Penulisan yg baik, tapi xdpt sambutan dgn like dan komen, sedihhh?
Penulisn die sngt baik sy kire…cume mngkin bile die bnyk sbut psl agama..kte mls bce sbb kte rse…kte x cm die buat kputusn kaitkan dgm tuhannn je…bce la klau nk tau cmne org matang dn rasional buat kptusn
pnjg la x baca sgt
Satu tulisan yg baik sy rse…tidak berat ke mana2 dan sangt rasional…banyk perkra yg sy stuju di dlamnya…cuma dlam hal ni perlu jgk kepd istikarah dn muzakrah (perbncgn)..kdg2 kite rse itu jwpan istikharah tp rupenya dri syaitn…mcm conth yg sis bwak bile trpkir aksi die dn sbgainya…kmudian bile dktkan diri pd Allah…bnde tu hilg..boleh jd jga dr syaitn..syaitn mmg x suke bina msjid ni…jd nk atsi kputusn istikarh prlu jgk di kaitkan dgn kputusn perbncgn…
Klau sis buat kptusn mcm ni..dn jwapnnya adlah sis tolak…sy rse sis x menolak dia kerana masa silamnya tetapi sis tolak dia kerana masa hadapan sis…berbeza dua ni…
Bagi sy (sbgai lelaki)…kebanyakkan zina yg berlaku berpunca dri lelaki…lelaki yg biasa memulakan…prmpn pulak lemah..bila dh cinta bgi jiwa 100% ltk pemikiran rasional tepi..sush nk trima laki telanjur ats sbb2 yg sis sbutkan….sy sokong pndpt tu cume sy rasa lelaki yg snggp bagi tau prmpn kisah silam dia ni dh dlam spruh jlan bertaubt (itu x bermakna dia x kan di uji untk mengulanginya)…ad bbrp faktor yg perlu dilihat knp laki tu snggp cerita? mngkin dia x yakin jgk dgn pilihn dia (sbb die prnh buat plihn sblm ni) jdi die biar prmpn buat keputsn..klau trima die ykin pilihn die bgitu sbliknya..atau mngkin dia rsa x lyak untk prmpn tu (dh rse diri lyak dpt yg truk)..atau dia x nak istri dia tau nnti dri org lain yg boleh jdikan mslah lebih rumit dn dia x de idea nk solve…dn mcm2 faktor lain tp prmpn tu istimewa sbnrnya untk die kongsi kishnya..klau dia belum bertaubt die dh boleh jdikn prmpn tu mngsa seterusnya dh..apapun jgn prcya bulat2 jgk…perlu ad ujian untk menguji perubhn dia tu..klau die lps ujian tu bru kite dpt gambrn jelas smpai mne dh perubhn die…….
Aspek ketga yg sis cuba bwk tu pun bgus…bukn dr soal die shja..dr soal penerima sndri..kena letk awal2…rumhtgga bukan hnya soal ats katil malah lebih besr dr tu..tp klau mmg dri awal kawin duk pkir yg ats katil je…mmg kena uji skit bab tu mule goyah…kdg2 kebaikan psgn tu punyalah bnyk tp sbb mslah ats katil boleh mudh2 pishkn hubgn prkahwinan…Dn ini ada kaitn dgn aspek pertama (sy bert kpd x stuju aspek ni..wlaupn ad yg sy stuju di dlamnya)…tntg perasaan dn ingt yg lepas2 tu..bg sy mntk la sme2 (suami istri) dlm doa dgn tuhan..klau boleh dlm solt jemaah…soal perbezaan hubgn yg di rasa tu….mntk jgk pd Allah di jauhkan dickupkn ap yg kurg dn mulakn jimak dgn doa dn sbgainya mcm dlm agama…bimbg prasaan2 buruk tu dtg dri syaitn yg nk putuskn hubgn..
kmudian ad sbut psal penafiaan sbb nk mnjga hati….klau die nafikn prasan tu seklipun x de mslah..kte jgk x de hak nk tau mse silam die..tp kne pastikan die ad rse hormt dn mnghargai kte…cnth isu ni…seklipn istri x brasa ckup dgn nafkh batin (dlm mse yg sme dia doa Allah hlgkn perasaan dn rse yg dlu) itu bukn alsn die untk curang..bukn alsn die untk balik pd beks kekasih die..tp tu adlh stu ujian yg die prlu tmpuhi slps ap yg die dh lalui..lazim dlm dunia kte x dpt yg terbaik…ttpi jika seseorg telah cuba mmbrikan yg trbaik kte x de alsn nk jdi yg jhat kpd die…dn dlm bebrapa keaadan kte prlu kongsi ap kte rse (mslah) pd psgn…bukn untk memulakn prgaduhan tp mngkin die dpt bntu kte dlm mnyelesaikn mslah kte…dn bile kte org dh kongsi tu jgn trus nk melatah, bukn sng org nk kongsi mslaj dgn kte bile org nk kongsi tu mknenya die rse kte dpt bntu dn kte penting..maka hargailah
Kpd yg mndpt ujian psgn telanjur ni…fikir la sblum buat kputusn…jgn mudh2 buat kputusn…klau kte trpaksa tolak (dgn aspek2 di ats)…tolak la dgn hikmah bukn mnyebabkan org yg di tolak putus harapn dn merasakan tiada peluang kedua bginya..
Setuju ??
Huraian yg baik.
selamat hari raya confsor. .ne msti ska bt esaimen pnjg2 kn?hehe
Well said
boleh buat ringkasan ka?
sampai perenggan ke-5..bosan baca sdh
Kalau boleh lukis lagi mudah.. hahaha
betul³
haha
tpi baca perenggan terakhir jak..
dapat kesimpulan sikit²
So dah buat keputusan ke belum ni?
Penulisan confessor bagus. Tiada singkatan dan bahasa alien. Tapi kenapa kebanyakan complain panjang la, malas nak baca la bla3. Siap suruh ringkaskan lagi bagi jawapan. Analoginya seperti satu drama 100 episod. Anda sudah tahu endingnya pada episod pertama tapi masih menonton. Sebab apa? Sebab antara proses episod pertama hingga terakhir macam-macam ikhtibar yang boleh di ambil sebagai panduan. Begitu juga penulisan ini. Kalau tiada komen yang tidak ada kena mengena dengan post harap tak perlu la komen. Lol. Ni mesti ada yg butthurt baca komen aku nnt
Panjang ke pendek ke dia sampaikan perkara yang baik. Panjang takde lah sampai satu buku novel, tp terus malas nak baca? Huhu
Ada hikmahnya, dlm alquran ada sebut; boleh jadi sesuatu perkara yg kita tidak suka baik untuk kita, boleh jadi juga yg kita suka itu buruk untuk kita, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
di akhir perenggan, mcm dah agak dia menolak lelaki itu dan mengharapkan Allah temukan cinta baru. In syaa Allah, Allah bantu kamu
Dlm mse yg sme…die jgk brsedia sekiranya cinta lama itu brtndg smula..dlm keaadaan lelaki itu mnjdi seorg yg bru….biarkn takdir menentu segalanya
ye mungkin juga. but for me and many others girl would not hope anymore kalau dah decide tknk kt laki tu. simple as that ?
Uikkk sama pemikiran mcm sy. Heee sy klo jd kes cmtu truih rasa geliii tkleh dok trpkirr ja aksi2 n perbuatan lakk tu dgn pmpn lain. Geliiiii
Hahaha. Hang ni tak abis² geli.. kita cari jela yg lain.. kumbang bukan sekor, dan bunga yang blom disentuh bukan sekuntum, banyak lagi
Haha yala
Seks tu 3 minit je itu pun kalau laki tu kental.average 2 minit jela bole tahan.lg 23 jam 57 minit tu kau nak bt seks lg ke?sudah tentunya tidak, sbb dh x larat..haha.kau akan spend quality time dgn dia, get to know each other share your passion.if you love him n he loves u back dn agama dia pn kuat.kahwinilah dia, kisah silam usah diungkit, hidup pandang depan kawan bkn selalu tgk belakang, susah nak majukan diri kalau begitu.sex is overrated, marriage is not just about sex. Panjang lg aku bole tulis tp malas sbb dlm lrt, takut org baca apa aku tulis, segan bro.haha
Conclusion dari post ni lbh kurang..kalau diri sndri tu suci sbaik2ny cari la yg suci..u deserve the best.. Tp kalau diri xsuci sndri jgn nk demand lebey..terimalah hakikat
Parking sat teman opah pi beli barang dapur, den ade kat kuale kangsor nih, sesak bonaaa dehh takk tau ape yg org kuala nih dok sesak2
Penulisan yg baik..lagi baik klu sertakan dengan peta minda..lagi mudah faham..
I sincere believe everyone deserve a second chance. Sape kite nk menghukum. There is greater chances that he is 10x more better than us in future. Allah knows best.
Thanks Confessor! Good sharing :-) walaupon tak kene btg hidung sendiri..sekurangnya kita dpt perkongsian ilmu dr sini..Tq again!
Kalau seseorang tu jenis berusaha menjaga maruah dirinya, xpyh kata pernah berzina, dapat tahu ada orang lain yg pernah dicintai oleh bakal psgn tu pun boleh buat kecewa sungguh dah kan.. sbb bkn sng menjaga diri dlm zmn fitnah ni.. hny org yg bermujahadah shj yg fhm..
Namun, kalau kata kita telah hbs berusaha (jaga solat, tutup aurat dgn sempurna, tak pernah couple, jauhi ikhtilat, xprnh tgk porno dsbnya), berdoa & bertawakal utk mnjaga diri & mencari pasangan yg suci & soleh tp Allah tetap bg psgn drp bkn kalangan org yg sprti diidam2kan… yakinlah Allah lebih Mengetahui yg terbaik utk diri kita..
Orang yg bertaubat umpama kain putih yg bersih di sisi Allah.. mmg kita xkn pernah mampu menebak apa dlm hati manusia tp Allah Maha Mengetahui segala2nya.. mintalah Allah tlg kita buat pilihan.. jadilah hamba Allah yg baik & mintalah Allah bg jodoh terbaik dgn cara yg plg baik.. tnpa perlu couple, pegang2, dating2 semua.. kalau kita minta insyaAllah Allah akan beri… Allah tak pernah zalim dgn kita tp sebaliknya kitalah yg selalu menzalimi diri sendiri..
Akhir kata… Jangan lihat siapa pasangan kita tapi lihatlah siapa yg beri pasangan kita.. Allah….. hanya Allah yg paling tahu.. siapa yg benar2 bertaqwa dlm kalangan kita..
Sy pesan utk diri sendiri.
Doakan mudah2an sy jd isteri terbaik utk suami sy dunia akhirat amiin..
If rase terima kerana ALLAH. karangan berjela ni xkn wujud. If terima kerana ALLAH.NAWAITU KERANA ALLAH.mudah je.. LUPAKAN KISAH SILAM + BUKA BUKU BARU.. xde isu terbayang ‘aksi’ or ‘adegan’ tu. Nobody perfect. If you can’t. Just forgive n forget. Allah knows the best for us.
perempuan yang baik utk lelaki yang baik…I really believe that…