Cara Allah mengajar kita ☺

Salam dan selamat beribadah di akhir bulan ramadan.
Aku bukanlah nak confess atau menceritakan masalah aku. Cuma ingin berkongsi betapa indahnya cara Allah mengajar kita ?

Aku baru berkahwin awal tahun ni dan mengikut suami tinggal di utara sedangkan parents kami dua2 di selatan. Dan kami takde sesiapa (saudara atau kenalan rapat) di sini. Pada awal perkahwinan kami membuat perancangan sesama sendiri untuk tidak mendapatkan anak dalam masa yang terdekat. Sebab kami muda dan baru nak hidup. Banyak cabarannya dan banyak hutangnya . Takut susah dan takut anak kami hidup tak senang..

Dipendekkan cerita, dua bulan lepas berkahwin, aku terkena kencing kotor dan sakitnya sangatlah perit. Aku baca kat internet ramai yang kencing kotor ni pregnant tapi aku tepis jauh2 sebab rasa taknak lagi dan tak ready.
Taklama lepas tu, period aku tak semena lambat datang dua minggu. Kami berdua dah risau tapi suami aku buat2 happy konon takfikir apa2 padahal dia risau dan takut sebenarnya. Aku test dan benar aku memang pregnant. Positif. Tapi kami tak bercadang nak ke klinik lagi sebab masih awal mungkin.
Dua minggu lepastu company suami ada family day di daerah lain dan jauhnya lebih dua marhalah. Dalam dua hari sebelum kami buat preparation nak bercuti, tetiba aku macam ade spotting blood. Tapi bila aku check internet itu semua normal. Kami tak ke klinik juga kerana takde doc perempuan bertugas. Selama dua minggu aku dapat tau aku pregnant aku masih tak boleh terima dan tak percaya. Bukan suka tapi takut sampai aku menangis depan suami sebab aku tak ready. Dan aku rasa kami pun tak ready financially.

Tapi seminggu sebelum family day tu aku dan boleh terima dan mula rasa sayang pada baby tu. Dan aku nekad jaga baik2 dan berdoa jika benar ini rezeki kami, maka aku harap Kau tunjukkan jalan bagi kami. Aku mula rasa happy dan terbayang hidup bersama seorang anak. ☺

Hari nak bergerak ke tempat family day, dari pagi aku sakit perut senggugut. Tapi masih boleh tahan lagi. Sepanjang perjalanan kami aku tahan sakit perut. Sakit yang macam period pain yanv perempuan tahu kadang2 tak mampu nak gerak. Tapi aku cuba sedaya aku utuk tahan dan senyum depan suami sebab suami aku dah penat bekerja dan sangat2 memerlukan percutian ni.
Sampai saja ke hotel, masuk bilik dan aku terus tidur. Sebab aku dah taktahan sakit. Bangun tidur suami suggest aku berendam air panas sekejap mana tahu dapat hilangkan rasa sakit. Dan ye,kurang sikit sakit. Bangun saja dari bathub, darah mencurah keluar. Dan yang paling menakutkan keluar seketul darah macam daging.
Kami bergegas siap2 cari klinik atau hospital. Kami tak berapa berduit time tu jadi kami mengelak hospital swasta. Last2 magrib kami ke hospital kerajaan. Dan dari situ mula peristiwa pahit manis kami di hospital dan aku disahkan keguguran, totally miscarriage. Which alhamdulillah sebab aku ditahan wad dua hari disyaki ektopik.

Disini aku berbalik kepada awal cerita aku tadi,Allah menguji aku dengan memberi rezeki yang aku pada mulanya taknak dan ragu2. Dan Allah lembutkan hati aku untuk terima seadanya yang telah ditetapkan. Dan bila aku dah boleh terima dan tenang, Allah tarik balik rezeki tu. Sebab apa? Sebab allah nak ajar aku, bahawasanya rezeki dia yang tentukan. Kita elak macamana atau usaha pun jika Allah tentukan sebegitu, itulah yang akan terjadi. Paling utamanya, allah ajar aku redha setiap apa yang berlaku. Dan bersangka baik padaNya.
?

– Ju on

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

  1. My 1st pregnancy, gugur wktu 2-3mnth mcm tu..my husband nk sgt anak, tp sy masih ragu2, x yakin dgn financial..
    Once sy cek pregnancy test, positif, kena pulak wktu tu adik perempuan sy dgn adik ipar sy preggy dgn jarak due date kami sebulan..wktu tu sy mula belajar terima dan rasa seronok sbb fmly sy akan meriah, dpt 3 cucu sekaligus..
    Mungkin khilaf sy, x jg diri, berjalan jauh, brown spotting diikuti bleeding for 3 days in a row..mmg sakit, lps doc sahkan baby da xde, sy masih mampu beriak biasa, tp dlm kereta, balik rumah, kami suami isteri menangis…
    Tp, ada hikmahnya, seminggu slps sy berpantang, rumah sewa kami banjir, dh la brg bnyk yg rugi. Bonus suami sy hbs pada pindah rumah baru dan repair kereta, sedangkan sblm tu dia ckp bonus semua untuk preparation sy dan baby..
    Few months lps tu financial kami masih x stabil, smpai la hujung march baru2 ni, kwn suami pindah rumah baru, dia tolak katil dia pd kami (sblm ni kami tdo atas toto dgn tilam nipis sbb semuanya hancur wktu banjir, banjir lps sy keguguran adalah yg ke 2)..lps tu suami sy ditukar bhgn yg mana ot dia agak lebat, ditawarkan pertolongan kenaikan pangkat slps sept ni, malah mslh sakit belakang sy dah lama x menyerang dan dikurniakan 1 lg berita gembira..
    Bak kata org, lps hujan, psti ada pelangi, dan inilah pelangi kami..
    Sy percaya, apa yg berlaku, ada hikmahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *