Untuk part I, (https://iiumc.com/cara-urus-rumahtangga/).
Bila aku post pasal cara aku uruskan rumah tangga aku (ya aku perlu tukar tajuk kot), ramai triggered kata aku ni yang jadi ketua keluarga la, takut suami lari la, takut ada madu la. Aku tak risau pasal madu pon, mak mertua sendiri dah 2 kali carikan dia bini baru, suami taknak pon. Motif mak dia? Tidak la aku tahu. Benci aku kot? Biarlah, takda masa aku nak pikir.
Macam aku kata, rumah tangga aku tak perfect mana. Aku kahwin dengan anak bongsu. Siapa tahu, tahu lah ego anak bongsu ni macam mana. Macam aku tak ada mak bapak pon pernah dibuatnya. Tapi tu lah, untuk bercerai, bukan penyelesaian bagus. Sebab suami aku bukan buat dosa besar pon, takat taknak tolong bini je.
So aku ambik pendekatan untuk cuba ubah suami aku. Bebel tu tidak la secara kasar, perli atau baling senduk. Aku banyak guna ayat “Awak, tolong buat ni”, “terima kasih tolong” , “alhamdulillah awak tolong, boleh la tidur awal” macam tu. Kene buat hari-hari. Lama-lama dia tahu sendiri yang benda2 ni kena buat sebelum masuk tidur. Sebab kalau perli ke apa, buat gaduh tambah dosa je. Lelaki ego ni bukan boleh. Semua nak menang. Aku depressed kang salah aku jugak. Mana pernah salah dia.
Aku bukan orang have2. Masa aku decide untuk berhenti kerja, gaji suami aku hanya RM2.6k sahaja. Tapi macam aku kata, aku sangat2 penat. Bos dan staff tempat kerja aku astaghfirullah. Maka aku penat dari segala segi. Bila dah slow talk dengan suami, dia berubah sikit2.
Alhamdulillah, dia dapat tukar kerja yang bergaji RM3k, seminggu selepas itu, aku dapat kerja baru yang bergaji lebih RM1k lebih dari gaji aku yang sebelumnya. Nampak tak Allah dah kata kalau kita saling mengasihi, Allah akan limpahkan lagi rezeki? Tapi aku pon buat perjanjian dengan dia, aku dah mula kerja ni, dia mesti tolong aku. Kalau tak, aku give up.
Dari bangun pagi, aku yang akan uruskan anak-anak. Mungkin rezeki aku dapat masuk kerja jam 9 pagi maka sempatlah siapkan mereka berdua. Aku yang hantar anak-anak ke sekolah sebab aku pilih sekolah anak2 yang dekat dengan tempat kerja aku. Senang kalau ada kecemasan. Jarak dari rumah ke tempat kerja 1 jam ya termasuk hantar mereka ke sekolah masing2.
Balik pulak mesti 7 malam ke atas baru sampai rumah. Sebab tu aku kata suami aku kena siap dulu lepas sampai, untuk mudahkan aku mandi makan dan sebagainya selepas aku sampai. Anak kedua tinggal makan je sebab mandi semua taska dah tolong. Anak pertama je kena mandi. Tapi masih makan bersuap sebab kalau dia makan sendiri, alamatnya tak makan la. Main je. Dengan homework lagi. Apolah tadika sekarang 5 tahun dah ada homework. Tak paham aku.
Suami akan outstation sekurang-kurangnya sekali seminggu. Biasanya tengah minggu. Maka semua urusan aku yang buat kecuali lipat baju sebab bagi aku, yang itu boleh tunggu. Benda lain tak boleh. Pandai lah aku bahagi mana yang boleh buat dulu mana boleh buat kemudian. Dengan anak kecik lagi kejap2 nak aku. Yang penting azan isyak, anak aku dah dalam bilik. Rutin ini yang aku takkan tukar. Anak pertama pon boleh tengokkan adiknya. Boleh la aku lari2 buat kerja. Rumah pon kecil. Mereka tetap akan nampak aku.
Aku kerja hari sabtu. Maka bagi aku, suami yang dah senang buat kerja ni, senang la handle apa2 bila aku tak ada kat rumah. Tak berat mana pon sebab Jumaat malam sebelum tu dah siapkan banyak benda. Dia hanya jaga anak2 sahaja. Tapi aku takkan persoalkan cara dia jaga anak2. Biar dia buat cara dia. Asalkan anak2 aku tak terabai, dah.
Bab masak pulak, aku stop masak weekdays ni bila dah ada anak kedua. Memang susah masak. Macam aku kata, suami aku taknak aku jadi tak ada masa untuk anak2. Siapa lalu beb hari2 makan luar. Tengah kerja kene pikir nak beli apa balik karang. Makan pulak kongsi, tak boleh nak pikir tekak kau je. Mungkin bila anak2 da besar sikit, aku boleh mula masak balik. Ya aku tahu maka luar tu tak sihat, tapi tu lah.
Apa yang penting, macam aku cakap, komunikasi. Macam mana sekalipon, luahkan. Orang kata kau ketua keluarga? Lantak sana. Sebab lelaki ni pemikiran dia straight takde belok2. Telepathy dan jelingan pon takkan jalan. Bercakaplah. Terangkan kenapa kau perlukan dia seperti yang kau mahu. Sebab musabab dia. Kalau tak jalan jugak, boleh dah kot baling periuk. Eh?
– Binikuatbebel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit