Cari Jodoh kerana Terpaksa Aku Relakan

Salam admin. Saya harap tersangat-sangat admin approve post saya ni. Sumpah saya tak main-main.

Salam, saya bakal pengantin pada tahun hadapan.. Kad kawin, tempah catering, goodies, baju pengantin semua dah lengkap, tunggu waktu untuk diijabkabulkan pd awal tahun hadapan sahaja.

Namun ditakdirkan pihak lelaki tarik diri last minute. Saya ditinggalkan berseorangan..Sakit,kecewa,malu semua ada.. Saya berniat dan berhajat nak juga nikah pada tahun hadapan. Emosi saya tak stabil lagi..saya tak tahu nak buat macam mana. InsyaAllah, mungkin dengan cara post di IIUM Confession ni saya dapat jumpa jodoh yang terbaik untuk sy.

Sebenarnya panjang ceritanya. Tapi sy hanya akan bercerita pd yang serius nak cari pasangan dan sudi untuk bertaaruf dgn saya.

Saya masih belajar, degree UIA kulliyyah IRKHS. Nak tahu lebih detail boleh komen di bawah, insyaAllah sy akan pm.

MOHON HANYA YANG SERIUS SAHAJA KOMEN DI BAWAH.

Ciri-ciri yang dicari :

1) Baik agama.
2) Pandai berubat (Rawatan Islam) (Jika boleh)-kerana bersebab.
3) Takpe tak hensem, asalkan ada rupa.
4) Umur antara 24-32 tahun.

– Bride-to-be-with-no-groom

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *