Cemburu Ibu Mentuaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Namaku Oya berusia 36 tahun, seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan.

Aku baru berkahwin 2 tahun lepas dan Alhamdulillah perkahwinan ku bahagia. Gaduh kecil tu biasa almaklumlah perkahwinan yang masih setahun jagung.

Aku seorang anak tunggal yang telah kematian ayah sejak aku dalam kandungan 8 bulan.

Sejak kematian ayah, ibuku tidak pernah berkahwin lain dan membesarkan aku seorang diri dibantu oleh nenek dan pakcik makcik aku.

Jadi seumur hidup aku memang tiada figura seorang ayah dan Alhamdulillah dikurniakan bapa mentua yang baik.

Yang menjadi masalah adalah ibu mentuaku. Sebelum kahwin suamiku bersetuju untuk bawa mak aku duduk sekali kerana risaukan mak aku duduk seorang diri.

Dan suamiku sehingga kini tiada masalah malah kami bahagia membina keluarga kecil kami bersama. Malangnya entah angin monsun apa mak mentua aku cemburu.

Bukan cemburukan hubungan mak aku dan suami tetapi cemburukan hubungan mak aku dan bapa mentuaku. Ya cemburukan birasnya.

Sewaktu awal perkahwinan kadang kala aku bawa mak untuk datang melawat. Yela kan biras.

Bukan selalu pun kadang bila mak aku nak bagi buah tangan atau masa hari perayaan, datanglah kami ke rumah mereka.

Dan aku perasan ada satu hari mak aku melawat, mak mentua aku macam endah tak endah. Aku bersangka baik dahulu tetapi rupanya memang ada masalah.

Suami aku kata mak mentua aku cemburukan mak aku. Dan menuduh mak aku nak bomohkan bapa mentua aku dengan bagi makan buah tembikai.

Silap aku juga la pi lap plastik tembikai tu dengan minyak wangi.

Niat nak hilangkan tanda harga ja manalah tahu tengah sedap aku tonyoh ada lubang punya kecil. Habis meresap la minyak wangi tu.

Bila mak mentua aku makan dia kata ada rasa wangi. Dan imaginasi mak mentua aku punya tinggi sampai dia kata asbab makan tembikai bapa mentua aku berubah.

Ya Allah. Penat bapa mentua dan suamiku jelaskan tapi mak mentuaku tak nak terima. Padahal takde apa yang berubah pun.

Nak dijadikan cerita, sewaktu mentuaku datang ke rumah sewa kami untuk melawat cucu, telefon bimbit bapa mentua ku tertinggal di rumah.

Dah mak mentua ku tuduh bapa mentuaku sengaja tinggalkan sebab nanti bolehlah dapat jumpa mak aku lagi.

Padahal suamiku yang hantar balik telefon tu takdenya bapa mentuaku datang ambil.

Hal whatsapp lagi satu. Status wasap mak aku ‘tak boleh cakap, hanya whatsapp’.

Dan sekali lagi dengan imaginasi mak mentua aku yang sangat tinggi, dia kata mak aku saja buat status macam tu sebab nak hint pada bapa mentua aku bila line clear untuk telefon atau whatsapp. Facepalm! 

Mak mentuaku bagi arahan untuk block nombor mak aku. (untuk makluman mentuaku pakai telefon dan nombor yang sama).

Mula-mula aku rasa cerita ni semua cerita bodoh. Walaupun aku buat dunno je memula (dalam hati ada sikit sakit), aku masih boleh chill.

Tapi bila ada satu hari mak aku tak dapat call mentuaku untuk bertanya khabar dan memohon doa dari mereka sebab kami nak berjalan jauh, aku triggered. Lagi rasa geram dan sakit hati bila tengok dp whatsapp kosong.

Apa salah mak aku? Kalau mak aku nak dah lama dia kahwin dulu lagi. Semua imaginasi telah dipatahkan hujah nya tapi mak mentua aku masih menegakkan benang yang basah.

Perit jadi ibu tunggal ni. Kubur dah panggil mari pun masih dipandang serong dan paling pedih oleh satu-satunya biras yang dia ada..

So apa aku buat? Aku block nombor mentuaku. Aku left family group. Aku cakap dengan suami tak nak balik rumah mentua. Sebab aku tahu mulut aku bila marah memang lancang.

Sampai bila? Sampai mak mentua aku minta maaf dan berhenti fikir yang bukan-bukan.

Prinsip aku jelas. Jangan kacau mak aku. Mak aku dah letih dan sekarang dia nak tenang-tenang beribadah.

Suami aku? Alhamdulillah beliau support aku dan aku juga ingatkan tugas menegur bukan tugas dia.

Bapa mentuaku? Berbuih dah mulut menegur tapi macam mencurah air ke daun keladi. Takde apa yang berubah malahan lagi teruk. 

Doakan mak aku tak tahu perkara ini dan doa semoga mak mentuaku berhenti fikir yang bukan-bukan.

– Oya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *