10 Tahun Bersama

Salam semua. Kebelakangan ni banyak confession pasal rumah tangga yang bermasalah. Sampai ramai yang trauma nak kahwin.

Ke mana pergi orang2 yang dalam rumah tangga bahagia? Adakah sudah pupus?

Kami yang bahagia ni, semua diam sahaja sebab orang tak suka bila berkongsi pasal suami/isteri baik, orang lagi suka cerita suami/isteri buruk.

Masyarakat kata menunjuk2, siap kena doa benda buruk, “lol baru kahwin 2 tahun, dah terpaling bahagia”, ataupun “lol baru kahwin 10 tahun, tunggu la 20 tahun lagi baru tahu suami tu sebenarnya mcm mana”, sedihkan.

Yang bercakap tu perempuan juga. Tunggu la, nanti bakal muncul di ruang komen.

Tak kisah la orang nak kecam. Saya nak cerita suami saya adalah lelaki terbaik untuk saya. Ye, untuk saya.

Mungkin di mata perempuan lain (mak, MIL, adik saya, kawan saya, orang luar) suami saya ni biasa2 je.

1. Sebelum kahwin, mak saya tetapkan hantaran 10k sahaja. Nilai ni tak pernah berubah sejak kakak saya kahwin 20 tahun lepas.

Alhamdulillah suami saya bagi lebih. Hantaran ni saya guna untuk lengkapkan rumah sewa kami selepas majlis. Family saya tak sentuh sesen pun duit hantaran untuk majlis.

2. Lepas kahwin, suami minta saya duduk rumah, berhenti kerja & jaga rumah. Saya ok sahaja, lagi saya suka sebenarnya.

Saya tak pernah minta duit belanja lebih tapi alhamdulillah suami bagi sama banyak dengan duit gaji saya masa saya berhenti. Semua duit sewa rumah, bil, makan minum & lain2, suami saya tanggung.

3. Suami saya banyak tolong kerja rumah. Walaupun saya 24/7 di rumah tapi suami masih buat kerja rumah.

Kadang2 suami saya bangun 5.30 pagi untuk buat sarapan, iron baju kerja sendiri, sapu sampah, bagi makan kucing & bersihkan dapur. 

Jadi, saya terpaksa bangun 4.30 pagi untuk pastikan saya dulu yang buat kerja2 rumah tu. Yela, rasa bersalah pula.

Lepas suami balik kerja, kami sama2 makan. Lepas makan, kami sama2 kemas dapur. Tu pun jenuh nak cakap, tolong sikit2 dah la sebab saya faham dia penat.

4. Suami pernah diberhentikan kerja. Dalam setahun suami keluarkan 50% tabung kecemasan dia.

Masa ni, suami masih bagi duit belanja saya. Saya tolak. Lepas 2 tahun mencari kerja, duit gaji baru suami masih tak mampu nak support kami. 

Masa ni saya pregnant twin, tak boleh kerja, kena bedridden sebab risiko rahim saya pendek.

Saya bagitahu jangan keluarkan duit simpanan yang selebihnya, jual barang kemas saya pula. Suami hanya pergi gadai, lepas dapat kerja cantik balik suami janji akan tebus balik.

5.. Suami tunaikan janji dia. Selepas beberapa tahun struggle, suami tebus balik barang kemas saya.

Rupanya dia pergi “gadai” dengan MIL. Hahaha, yang ni saya tak marah pun cuma gelak sikit. Saya dapat balik barang kemas saya, siap bagi barang kemas baru.

Saya pernah terbuka application notes di phone suami, ada beberapa nota benda yang dia pernah janji dengan saya. Terharu saya bila baca. Hahaha. 

Dekat situ ada nota perfume saya nak, vacuum yang saya pernah share vtt, koleksi habib yang saya like di instagram dan tempat makan2 viral di vtt.

6. Suami selalu ajak solat bersama. Mengaji bersama. Malam pun suami rajin kejutkan saya untuk solat tahajud bersama.

7. Dia kenalkan saya dengan semua rakan kerja & sahabat2 dia. Semua kawan2 suami saya kenal. Semua isteri kepada rakan2 suami pun saya kenal.

Boss dan isteri boss kepada suami pun saya kenal. Dan termasuk cleaner di tempat kerja suami. Suami pun kenal 100% kawan2 saya termasuk suami mereka.

8. Cita2 yang sama. Kami bercita2 nak bina rumah di tanah kampung sebelum umur 50 tahun. Walaupun kami berdua asal KL, menetap di tengah bandar KL, tapi kami tak nak menetap di KL selama2nya.

9. Suami hormat duit saya. Walaupun saya surirumah, saya ada simpanan saya sendiri. Simpanan sewaktu saya kerja, simpanan dari duit belanja suami bagi dan simpanan barang kemas saya.

Tiap kali saya belanja suami, dalam diam suami transfer balik ke dalam bank saya atau senyap2 masukkan cash dalam wallet saya. Geram juga. Geram manja je.

10. Peka dengan saya. Saya jarang mengeluh tentang pakaian sebab saya memang 24/7 di rumah. Kadang2 lupa bila kali terakhir shopping baju sendiri.

Biasanya saya yang beli baju suami sebab baju dia cepat lusuh sebab hari2 pakai. Suami akan ajak saya beli baju bersama.

Barang2 makeup & skincare saya pun suami akan belek2 tengok ada yang dah habis atau kurang terus dia ajak saya keluar untuk beli.

11. Suami tak pernah kongkong hidup saya. Walaupun suami minta saya jadi housewife tapi cara dia bagitahu saya sangat lembut & tak ada paksaan. Kadang2 suami tanya, saya tak bosan ke duduk rumah? Saya jawab tak bosan.

Dalam 5-6 bulan sekali, saya keluar lepak dgn bff perempuan saya. Saya memang jenis suka duduk rumah. Main kucing. Deco rumah. Bersihkan rumah. Tengok TV.

12. Sebelum kahwin, suami pernah tanya berapa banyak gaji & berapa banyak duit saya belanja ke atas diri saya. Suami bagitahu selagi dia tak mampu nak bagi setaraf dengan tu, dia tak akan ajak saya kahwin.

Ramai yang rasa saya tak nak bersusah2 bersama suami di awal perkahwinan, tapi sebenarnya suami saya yang tak nak susahkan bakal isterinya.

Walaupun suami dah sediakan “payung” sebelum berkahwin, tapi kami masih juga diuji dengan masalah duit (diberhentikan kerja), alhamdulliah saya masih bersama suami sampai kerjaya dia dah cantik balik.

Sebenarnya banyak lagi benda2 kecil nak tulis tapi panjang sangat la pula, hehe. Benda2 kecil ni sangat memberi impak dalam hubungan suami isteri.

Alhamdulillah saya bersyukur diberikan peluang jadi isteri kepada suami saya sekarang.

Saya tahu suami saya mampu, kalau, kalau sahaja, kalau suami saya minta poligami saya boleh bagi peluang 50/50.

Saya tak akan tolak mentah2 sebab suami saya perfect dalam menjaga saya & anak2 selama 10 tahun perkahwinan kami ni. Saya tahu dia mampu beristeri dua.

Haha. Sedih pula bila fikir. Tiba2 masuk bab poligami kan? Hahaha. Saya tak perfect sebab tu saya cakap 50/50 je.

Saya doakan semua pasangan di luar sana diberikan petunjuk dan hidayah Allah.

Kalau nak share apa perangai suami yang buat para isteri cair walaupun dah lama kahwin pun boleh. Hehe.

Itu sahaja. Salam..

– Azi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *