Cerita Dari Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca yang budiman. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja. Dah kalau anda boleh baca confession ni InshaAllah sihat la tu.

Aku tulis ni sebelum Ramadhan hari tu. Tapi tak di approve. Kita cuba lagi ya. Sebab aku seronok untuk berkongsi rasa.

Sebenarnya lepas je submit confession ‘Belajar Dari Kisah Orang’ (https://iiumc.com/belajar-daripada-kisah-orang/) aku haritu, tertunggu-tunggu jugak dibuatnya. Bila la nak publish ni. Ke admin tak approve cerita aku yang ‘kosong’ tu?

Sampai la satu masa aku ternampak – eh! cerita aku. Hahaha… punya la excited.

Tapi lepas aku baca komen, aku pun baca balik berkali-kali cerita aku. Mungkin gaya penulisan aku membuatkan isi utama aku tenggelam. Pengalaman peribadi aku pulak yang pembaca highlight.

Yang paling kelakar si Mukhsin tu. Apa-apa je la Mukhsin oiiii… kau punya komen kannnn… ikut suka hatimu la. Ada jugak yang ‘Sad reaction’ – jangan sedih ya. Allah uji tanda sayang. Kasih sayang Allah tu maha luas.

Apa-apa pun aku seronok baca komen semua. Terima kasih untuk ucapan dan doa yang manis-manis, semoga doa dan ucapan tu kembali pada kalian.

Siap doakan aku dapat jodoh yang membahagiakan. Dapat ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ – InshaAllah andai ada jodoh aku yang lebih baik yang Allah hantar pasti aku sambut dengan senyuman (rugi la kan kalau tolak).

Ha lagi satu pasal yang suruh baca confession “Melukut di tepi gantang” – ye aku dah baca dan aku menangis. Cerita beliau sampai kat hati aku.

Penulisan aku kali ni lebih pada sembang-sembang kosong je sebenarnya. Nak reply dekat komen, aku tak nak reveal diri aku. Dah ada masa lapang ni kan, aku pon gigih la buat another confession. Acah-acah ramai peminat. Hahahaha.

Untuk semua yang membaca dan komen di confession aku yang lepas, Alhamdulillah aku bahagia sekarang – I enjoy my single life even more.

Macam-macam dah rezeki Allah bagi dekat aku sepanjang empat tahun ni, eh sepanjang hayat sebenarnya. Takde sebab aku nak sekat diri aku dari bahagia. Kan?

Untuk kisah perceraian aku pulak, macam aku kata sebelum ni lah memang aku takkan sentuh. Aku nak simpan kemas-kemas dalam sejarah hidup aku.

Ada yang meneka kisah aku mungkin – ex ialah suami orang, tak pun berkahwin dengan aku untuk melepas kesepian. Suami orang tu definitely bukan.

Melepas kesepian tu aku tak pasti. Sebab aku tak pernah tau apa ada dalam hati orang. Yang aku pasti apa yang dia zahirkan bukan begitu. Dah, tak perlu berteka-teki okay

Alhamdulillah, tidak sedikit pun ada kebencian mahu pun kemarahan dalam hati untuk bekas suami. Tiada manusia yang sempurna. Aku yakin dia juga tak jangka itu pengakhiran kami.

Daripada aku belek satu-satu kelemahan dan kesalahan dia, baiklah aku belek kelemahan dan kekurangan aku yang tak sempurna ni.

Pasti ada dosa aku sebagai isteri. Walau hanya beberapa bulan hidup berumahtangga, sempat la aku merasa semuanya, manis pahit masin masam tawar. Tapi aku nak simpan yang manis je.

Bila ada yang tak kene, merajuk. Orang baru belajar bercinta la katakan. Kau ingat merajuk dengan suami tu elok?

Tapi aku faham, kita manusia biasa. Hidup ni proses pembelajaran tanpa henti. Belajar jadikan setiap hari ada perubahan yang lebih baik untuk diri. Biarlah sebesar zarah sekali pun. Janji ada.

Untuk semua yang sedang diuji, percayalah setiap yang berlaku dengan izin Allah dan pastinya itu lah yang terbaik. Terpulang bagaimana kita sambut setiap ujian dari pencipta kita.

Sebab tu aku kata, kadang-kadang kita perlu belajar dari kisah hidup orang lain agar tidak hanyut dengan emosi dan perasaan. Apatah lagi dengan nafsu yang tidak terdidik.

Okay meh kita series sikit, esok dah Ramadhan – bulan penuh barakah. Sedikit perkongsian dari aku yang bukan siapa-siapa ni.

Aku tau kita ni ummat akhir zaman, jauh sangat dah dengan zaman para nabi dan sahabat. Tapi yang pasti kita semua menuju ke destinasi yang sama. Kematian itu pasti.

Destinasi akhir kita antara syurga atau neraka. Dua ni sahaja. Aku yakin, takde siapa yang teringin nak masuk neraka. Ke ada?

Jalan menuju syurga Allah tu luas. Kalau kita ni nak bergantung pada amal kita semata, kau rasa boleh ke sampai syurga Allah? Think wisely

Apa yang aku kongsi ni hanya la asas pembelajaran kehidupan sepanjang lebih 30 tahun hidup di bumi Allah ni. Yang pertama sekali, solat jangan tiggal. Walau apa pun maksiat dan dosa kau tengah buat, tolong lah solat.

Bila dah cukup solat kau tu, belajar perbaiki kualiti solat. Pandai-pandai lah cari macamana cara. Aku tau korang pandai bab-bab ni.

Sambil-sambil perbaiki solat, selak-selak la love letter dari Allah (Al-Quran). Macam-macam ada dalam tu. InshaAllah kau akan rasa disayangi dan terjaga. Dah nama pun love letter kan. Automatik bila rasa tu sampai, kau dah tak risau dan gelisah dengan apa yang kau tengah alami.

Carilah dalam tu ayat-ayat atau surah yang kau suka dan bila baca rasa terpujuk hati tu. Lepas tu ulang lah beribu-ribu lemon.

Nak lebih lagi, pegilah cari video-video yang bermanfaat. Aku tau bab ni pun masing-masing hebat dah. Kita ni beruntung hidup zaman serba canggih. Antara nak dengan tak nak je.

Dan tolong bagi masa kat diri sendiri. Buat satu-satu, slowly but surely. Jangan kau nak buat semua amal ibadah dalam satu masa dan kau harap perubahan pada diri kau dalam satu malam. Lepas tu dah penat tapi takde perubahan, kau give up. Tinggal semua.

Ni aku cakap untuk amalan-amalan tambahan ye. Yang wajib, yang ada dalam rukun Islam, dalam rukun Iman, sila hadam dan buat sampai sebati dengan diri. Yang ni tiada kompromi.

Sekian, terima kasih membaca. Andai ada kebaikan dari penulisan aku ni, ambillah. Mana yang buruk tinggalkan. Macam aku cakap, aku ni tak sempurna.

#stayathome #staysafe

Ikhlas,

– Aku Tanpa Nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *