CGPA tak cecah 3

Assalammualaikum.

Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat. Eh dah macam tulis surat pula. Okay sebenarnya aku dah lama perati confession ni, cuma tunggu masa dan ceghite je nak taip. Tak tak ini bukan kisah jodoh ke, mak mertua garang ke, rumet psycho ke ape, itu semua bukan. Ini kisah kehidupan ko selepas habis belajar. Apo bonda yg ekau nak buek lepaih ni. Kerja ke atau tanam anggur.

Pernahlah kan aku tanya mak pak aku, majikan ni depa tgk cgpa ke tgk kos yg kita ambik. Lepaih tu depa habaq la, cgpa. Aku dah mula gelabah, yelah ko belajar kos yg agak mencabar juga weh ingat senang ke nak belajar kos aku ni. uiihhh, itupun menangis siang malam juga nak habiskan study. Alhamdulillah, finally aku survive uia. Hehe

Masa zaman kegelapan aku, yg mana aku tertiarap, terduduk, tersadong di tengah jalan sbb cgpa drop kaw kaw, aku dah hilang arah tuju. aku terpikir apa la nak jd dgn nasib aku. perlu tak aku tukar kos atau tukar je uni lain. tp aku tak boleh buat mcm tu sbb ini semua utk parents aku. aku nak sarung jubah uia kotttt so no no jgn tukar uni. jadinya, aku pun bersabar dan terus bersabar dgn ujian ni. aku struggle mana yg mampu. tiap kali exam, aku akan set target at least subjek ni aku mesti skor. siap time tgh jwb exam, aku bygkan at least soalan ni dpt la half mark. pastu tambah dgn CAM. nak tengok lulus ke idok. sebab apa, sebab aku nak mak pak aku bangga dgn aku. itu je

nak dijadikan cerite, cgpa aku tak cecah 3 pointer pun sampai sem akhir aku. itu semua gara2 zaman kegelapan aku. aku jenis yg aktif, suka join byk benda, society la, sukan la, memane ngo pun aku join. dan tak pernah pulak aku salahkan semua sbb result aku teruk. aku yakin semua ni ada hikmah utk aku knp aku perlu involve dlm semua ni. korang semua mesti tahu kan, satu je sebabnya: soft skills. ini skill mmg penting beb, jgnlah ko ambik endah tak endah, alamatnya susah la nak kerja nnt

bcs of aku tahu, cgpa aku tak semegah dgn kwn2 yg lain jdnya aku struggle utk survive lps hbs study lain mcm sikit. yelah ko hengat senang ke nak compete dgn diorg2 ni. komfem2 bos syarikat nk tgk bakal pekerjanya result power. dari kesedaran tu, aku dah start hantar resume dekat jobstreet start dari awal sem akhir lagi. gigih tak gigih jugaklah. interview pertama aku dpt bfr final exam. alhamdulillah aku pergi dan bos tu offer aku kerja. tp sayang availability aku lps raya. jdnya aku terpaksa reject. kalau nk ikutkan, prospek company mmg cenggini ha, dpt kerja kat bangunan tinggi dgn tingkapnya yg berkaca luas, dpt tgk permandangan dr atas. mmg seronoklah kalau nk bercerita bila ada org tanye "kerja mana skrg?" "kerja apa skrg?" "gaji brp dpt?"

aku anggap itu semua pengalaman terindah buat aku sbb dpt first iv bfr final exam beb,bukan bfr grad. dpt pulak offer kerja. rezeki allah itu luas, itu je yg korang kena percaya. sbbkan aku reject offer itu, jdnya aku pun bertafakur la aku ckp "takpe, ada rezeki lagi baik" "mungkin rezeki itu org lain yg punya"

kan aku ade bgtau aku apply job dkt jobstreet, semangatnya lain mcm sikit jdnya, satu hari tu tgh study week, aku dpt 2 job iv sekali. saja aku pergi nk cuba nasib walaupun aku tahu tak brp nak capable sgt utk jobscope tu. saja la nak test diri dan carik pengalaman. at least kalau org tanye "knp tak apply kerja ni?" bolehlah aku jwb, "dah, tp tak minat" bukan berlagak tapi confidence haha. salah satu dr iv tu, aku dpt kerja dan aku reject juga sbb dia nak urgent. aku try la nego nak kerja bulan 8 tp diorg taknak consider. so bye bye la

aku ada ramai kwn hasil join byk program. yes, the power of networking itu penting. pernahlah aku terbaca dkt iiumon9 psl networking ni penting bila ko nak carik kerja. dan aku setuju. ianya bukanlah bermaksud ko dpt kerja sbb ade cable. bukan mcm tu. setidak2nya ko ada kwn yg boleh bantu ko dlm mencari kerja. at least got the interview. then the rest, ko usaha la sendiri. dpt tak dpt job tu lain cerita, jgn pulak kita marah kt kwn kita tu kalau kita x dpt kerja tu. pehe dok?

so, smbg balik. satu hari tu, senior aku mesej suruh aku hantar resume. aku hantar. kawan aku mintak resume, aku hantar. aku tanya senior aku, ade kerja kosong tak. katanya ada, aku hantar. time ni ceritanya dah habis study la. result tak keluar lagi. dan target aku, lps je raya at least aku dh secure satu job. mcm tu sekali, sbb utama aku ialah aku riso kalau aku apply lambat, company tak nak bebudak yg cgpa tak berapa mcm aku ni ha, dgn uni lain baru hbs final examnya lagi. oh saingan sengit beb. so tips nya dekat sini, apply job ASAP. jgn tangguh tangguh, hantar sajo resume.

sehari sblm result final exam keluar, aku dpt iv salah satu dr rentetan di ats ni. alhamdulillah, i did well. waktu tu mula gelabah sbb feeling tu dah bercampur baur dgn iv dan result final. ergh time tu dtglah negatip2 thought, lulus ke idok aku nnt. bantainya aku dpt job tp kena repeat paper. naya la weh, malu. jadi aku nk nasihatkan, korang kena pastikan dulu final exam korang tu adalah yg paling terbaik pernah korang buat, baru la sibuk nak apply job. alhamdulillah aku lulus semua dgn cemerlang.

aku cerita bukan sbb nak bangga ke ape aku dpt byk iv, aku dpt offer job ke. tak bukan itu niat aku. yg aku share adalah, tips mcm mana ko nak attract employer utk ambik resume ko dan call for the iv. satu, aku hantar resume tanpa letak cgpa. wahaha kan cgpa aku tak cecah 3. apedehal, janji resume ko clear, boleh difahami, nampak ko seorg yg aktif dan boleh bekerja dlm bidang yg ditawarkan. itu yg penting. bfr submit, check dgn lecturer english korang k. saja aku nak test boleh tak aku guna pakai pendapat mak pak aku yg depa kata cgpa tu penting. so aku cuba, and it slightly change my thought. employer tgk kita capable ke tidak itu je. dua, pastikan gambar resume proper dan look professional. tak kisahlah dlm gambar floles tp luaran, alahai sayang. tiga, cover letter kena power. mesti guna proper ayat. tak tahu grammar, check dgn kwn yg terrer english. empat, pandai berbahasa inggeris. bukan bermaksud fluent 100%. bukan. at least ko wajib pandai utk menjawab soalan if co. ada call ko. please jgn malukan uia. uia is surrounded by international community rite. practice with them. dont waste ur time study dekat uia, satu faedah pun tak dpt. lima, kena pandai buat kawan. bukan bermaksud guna kawan utk kepentingan sendiri. oh tidak sama sekali. sekurang-kurang, kita berkwn dgn org yg boleh bantu kita time susah, kita tak lupa dia time kita senang. and yang paling penting, jaga hubungan kau dgn Allah. myb this shud be the first thing to be considered. solat sunat jgn tinggal, berwiridlah lps solat, doa byk2, hari2 kena baca quran. hari2 kena baca, tak kisah la satu muka ke 10 ayat ke. janji baca. jaga hubungan dgn manusia, mak ayah, lecturers, kwn2, mak cik cleaner, pakcik cafe, kucing. semua tu sgtlah berhubung kait dgn rezeki kita.

jadinya, kita yg bebudak cgpa tak cecah 3 ni, jgnlah berduka lara. percaya yg masing2 ada rezeki masing2. samada cepat takpun lambat. once ko hilang kepercayaan kt Allah, susahlah nak hidup lps ni. ini semua ada hikmahnya. sbgai cth, ko tahu ko tak brp nak bijak, study dgn kwn2 yg pandai, rajin jumpa lecturer especially time nak final exam. untung2 ko dpt tips mcm mana nak jwb exam sebulat-bulatnya. yg penting jgn cepat berputus asa, belajar dan terus belajar.

oklah rasa macam byk sangat aku bebel. sorrylah kalau cerita ni tak menarik mcm kisah kahwin mudaa, jodohku sebelah rumah ke atau tips nak kekal kurus. aku harap korang dpt manfaat dr cerita ni. oh btw, aku dh dpt kerja start bulan 8 spt yg aku mahu. so siapa kata budak bwh 3 pointer tak boleh berjaya? yg penting kena ada semangat ok. doakan aku bahagia dan berjaya. moga Allah membantu kalian dlm mencari kerja juga.

Salam alahai sayang.

– after J

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

34 Comments

  1. Sy pun cgpa x smpi 3. X kisah pun. Belum sempat convo dah dpt kerja…after 7thn kerja, move to kl. in few weeks dpt new job.siap rejek 1 offer lg sbb dpt 2 offer at 1 time.. Mana boss ada tny brp cgpa ko dpt masa degree. As long as dia tau ko buli buat kerja, dan sesuai utk position tu, ok la..

    • Good results open doors, it’s the minimum criteria for an interview. After that it’s all about you. As you grow older, it’s about your accomplishments and your networking and your trustworthiness. The trustworthiness tu is the most important criteria. It can make of break a business. I have seen too many business deal dah back close dah nak dapat fail because the other party was greedy and not transparent.

  2. Alhamdulillah kau x hentam budak cgpa tinggi seperti budak bangang lain.. Sbb ad kebaikan dan hikmah melalui CARA kita tersendiri sama ada pentingkn itu atau ini..

  3. Mcm ni la hidup bkn menyerah semate cgpa rendah. Btw xbest pun keje bangunan tinggi tingkap cermin besar sbb pg ptg mcm tin sardin naik lift.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *