cheating

Cheating
Tak tuju sapa2. Ini pengalaman aku sendiri.

So aku nak explain bentuk2 meniru yg aku jumpa di UIA. Yes. Sadly, universiti ISLAM antarabangsa.

1. Tiru quiz – tiru nota sembunyi atau tanya/bisik2 kat geng
2. Tiru exam – tiru nota sembunyi atau tanya/bisik2 kat geng
3. Tiru eseimen – plagiarized dari eseimen senior atau eseimen di internet. Dorg minta eseimen kau as rujukan, mostly bukan nak rujuk sgt. Mungkin akan ambik idea kau dan improvise/ciplak.

Once kau tiru, kau akan meniru lagi. Sebab kau nak pass. Benda senang daripada stay up dan hafal. Meniru dah jadi budaya sini. Orang dah tak rasa malu mengaku dan tak rasa malu pun bila markah dan CAM tinggi kerana meniru.

Sekarang, meniru is far more easy than before. Sebab kuantiti yg meniru ni dah ramai dan dah ramai yang mahir meniru, tak kantoi. 1 kelas meniru, 1 geng meniru, senang nak main pas jawapan. Kadang2 yang tak mahu meniru pun, terdengar jawapan yang diorg duk pas sampai jadi konfius dgn jawapan yang dah ditulis. (Apa hukum orang terdengar jawapan masa exam eh? Dia pun meniru jgak eh? So dosa la ek?)

HERE’s my analogy.
Tiru – pass exam – employer impressed with your Cgpa – call for IV – dpt kerja – get salary = Sumber rezeki syubhah?

Kenapa? Meniru ni macam mencuri. Yang aku faham, yang aku belajar. Perbuatan meniru tu sendiri pada asalnya salah dan tak diredhai. Sorry kalau salah. Plis faham meniru ni benda yang berat. Aku pissed off gila doe CAM org meniru ni tinggi.

Aku pun pendosa, tapi bab meniru ni insyaAllah aku jaga, tapi aku pun x boleh cakap aku maksum. Kadang2 tak sengaja sebab geng duk tanya2 masa exam. Nak jaga hati, aku bagi sipi2 je. Aku pun mana tahu salah ke betul jawapan aku tu. So what I did in the next quiz was avoid sitting near them. Kalau ade unsur nak tiru masa buat eseimen tu pandai2 aku elak sendiri. Kita usaha untuk diri kita sendiri baru halal dan berkat, kan.

Sorry kalau offensive atau mcm belagak baik. Yep meniru ni best, sbb benda ni lebih senang dan boleh rapatkan silaturahim kita dan geng2. Tapi kalau iman kita tebal, kau akan tinggalkan perkara yang tidak diredhai tu.

Sedih kalau fikir balik sebab aku golongan yang minority. If you can relate..

– donna

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *