Childhood Trauma

Salam readers.. Nama aku Puteri.. Ofc bukan nama sebenar.. Berusia 30an.. Sudah berkahwin dan mempunyai zuriat.. Alhamdulillah perkahwinan ada pasang surutnya.. Setakat ni masih kekal.. 

Baru-baru ni ada isu dekat satu stesen radio di mana mereka membuat topik ‘childhood trauma’.. Aku terpanggil untuk berkongsi kisah childhood trauma aku.. 

Kisah ni dah bertahun-tahun sebenarnya.. Dan sampai ke saat ni, aku masih tidak tahu siapa pelakunya..

Cerita dia begini.. Kejadiannya sewaktu aku tadika dalam usia aku 5 atau 6 tahun macam tu.. Masih segar dalam ingatan sampai sekarang..

Ade satu pagi tu waktu aku dan adik beradik sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, ibu aku mengamuk tiba-tiba.. Rupa-rupanya dompet dia hilang..

Dia soal kami adik beradik siapa di antara kami yang mengambil dompet dia.. Namun tiada seorang pun yang mengaku termasuk aku..

Yalah, kami sendiri tak tahu itu perbuatan siapa dan aku juga yakin yang aku bukan lah pelakunya juga..

Untuk apa aku ambil dompet ibuku sedangkan waktu itu aku masih bersekolah tadika dan masih tidak tahu cara membeli apa-apa menggunakan wang. 

Jadinya lepas tiada siapa yang mengaku, abah aku cakap okay tak apa semua pergi sekolah, nanti abah akan siasat apa yang terjadi.. Adik beradik aku semua ke sekolah dan aku ke tadika macam tak ada apa-apa berlaku..

Waktu tadika aku dah tamat dan aku mula kemas beg untuk pulang.. Sebaik saja aku bukak zip beg bahagian belakang, aku benar-benar terkejut yang dompet ibu aku ada dalam beg aku..

Aku buka dompet ibu untuk aku tengok isi dalam, tapi kosong! Duit semua dah tak ada.. Lepas tu aku simpan semula dompet ibuku..

Itu kesilapan aku sebenarnya.. Sepatutnya aku buang je dompet ibu aku tu kat mana-mana tong sampah.. Tapi sebab kan aku masih tadika, naif, polos, aku pergi simpan balik dompet ibu aku dalam beg.. Sekarang bila ingat balik, aduhai b*d*hnyeee rase

Bila pulang dari tadika, aku masuk rumah.. Ibu aku ambik beg tadika aku dan buka.. Dia buat spotcheck dekat beg aku.. Dan terjumpalah dompet ibu aku.. Masa tu tuhan je yang tahu..

Ibu aku menyoal ku berpuluh-puluh kali.. Mana duit dalam dompet dia.. Banyak kali jugak aku jawab, aku tak tahu.. Sebab bukan aku yang ambik.. Tapi ibu aku tak percaya.. Dia cakap kalau bukan aku yang ambik, macam mana dompet dia boleh ada dalam beg aku..

Sudah jatuh ditimpa tangga.. Sudahlah aku dituduh mencuri, lepas tu dituduh menipu pula..

Ibuku hanya marah, tapi sebab dia mak mak asia, suara dia marah aku kedengaran sampai ke rumah jiran-jiran.. Sampaikan ada sorang dua jiran ni datang rumah dan tanya kenapa kenapa..

Lepas tu ibu aku pergi cerita kat kawan dia yang aku mencuri & menipu.. Hmmm tuhan je yang tahu betapa aku sedih bila ibu kandung sendiri yang menuduh aku sebegitu..

Siapa adik beradik aku yang aniaya aku sampai macam ni.. Ambik duit ibu lepas tu letak dompet ibu dalam beg tadika aku untuk biarkan aku jadi kambing hitam.. Aku masih tadika kot waktu tu.. Aku taktau cara nak cari bukti siapa dalang semua ni

Bila waktu malam, abah aku balik kerja, ibu aku cerita yang aku yang curi dompet dia, habis semua duit hilang..

Readers, masuk akal ke.. Budak tadika mencuri duit yang aku tak tau berapa ratus nilai dia.. Zaman 90an waktu tu, henfon pun tak ada.. Online banking pon tak ada.. Kalau aku ambik, kat mana aku nak simpan pun aku tak tahu..

Tapi tanpa dengar penjelasan daripada aku, aku terus dipukul dengan tali pinggang, dengan hanger.. Sampai berbirat muka, tangan, badan, kaki, berbirat yang warna ungu tu..

Adik beradik aku, hanya pandang, diam bila aku kena macam tu, yang aku pasti salah seorang daripada mereka pelakunya.. Nak pergi tadika pon malu dengan tangan dan muka berbirat.. Sekarang ni waktu aku tengah menaip ni, aku menangis bila terkenangkan memori pahit tu….. 

Nak mandi pun pedih bila air terkena pada kesan luka aku kena belasah tu.. Aku menangis sorang-sorang dalam bilik air.. Waktu malam aku rasa bisa, aku menangis sebab tahan pedih.. Takde siapa kesiankan aku..

Bukanlah aku ni disisihkan, ibu & abah aku bukan jenis pilih kasih.. Cara mereka, siapa buat salah, pasti akan kena.. Tapi dalam kes ni, aku tak buat pon.. Tapi takda siapa percayakan aku.. 

Childhood trauma tu memang wujud dalam hidup aku.. Kesan dia, aku kurang rapat dengan family.. Aku kurang bercakap dengan family.. Tapi kalau ade gathering, makan-makan, raya ke, puasa ke, berkumpul, memang kami akan berkumpul dan bersembang macam biasa..

Cumanya, kalau nak kata bonding kuat, memang tak.. Biasa-biasa je.. Dan sampai sekarang, aku paling kurang rapat dengan abah.. Entahlah..

Abah memang tegas & garang sejak kecik.. Tapi untuk memukul anak jika anak tak bersalah & tak bagi peluang langsung untuk dengar penjelasan anak, aku sangat-sangat benci dengan semua ni

Sekarang ni aku dah berkahwin, ada anak.. Aku & suami juga tegas dalam mendidik anak.. Tapi aku takkan didik anak aku sampai luka-luka berbirat..

Suami aku juga kalau pukul anak dia, dia ambk baju, pukul kat tapak kaki je.. Atau paling garang pon, jika suami marah, saya pujuk..

Kalau saya marah, suami pujuk.. Bukan dua dua bantai anak menyebabkan anak hilang bonding dengan ibu bapa.. 

Dan sampai sekarang, saya masih tak tahu siapa pelakunya yang meletakkan dompet ibu dalam beg saya yang menyebabkan saya jadi trauma, introvert dan susah nak percaya orang lagi.. 

Yang masih trauma,

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sdihnya baca… Jangan cakap diri awk bodoh.. jangan salahkan diri awk sebab xbuang dompet tu..awk cuma budak kecik xtau apa masa tu. cukup la awk tahu awk x bersalah… Sy sedih baca ni sebab terimbau kenangan adik sy yg kena macam ni..kena pukul sampai patah2 hanger…sy sedih ingat kejadian tu.. dia x mencuri, cuma dia pegi kutip barang org yg jatuh tengah jalan..bawa balik tunjuk kat semua d rumah.. semoga satu hari nanti awk boleh lupakan semua ni 😢

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *