Ramadan Yang Berbeza

Assalamualaikum semua. Disebabkan luahan aku sebelum ni mungkin terlalu pendek dan tak disiarkan.. So marilah menulis meluahkan perasaan sepanjang yang boleh.

Ya… Ramadan kali ini sedikit BERBEZA. Bukan sedikit la… Banyak kot.

Faktor utama nya adalah kerana suami dah ada rumah kedua yang dibina dua minggu sebelum masuk bulan Ramadan. So suami kerap berada di sana. Berbuka dan sahur..

Maka tinggal lah aku terkontang kanting seorang diri. Buka puasa merata rata. Seorang diri di rumah, rumah mak, di kedai, di masjid.

Sedih. Ya, memang sedih sebab selama ni berbelas tahun berbuka berdua dengan suami.

Ya, suami tak adil. Tapi aku tak salahkan dia. Bab hati dan perasaan ni susah nak diduga. So aku cuma perlu chill, redha dan teruskan hidup. Malas nak gaduh gaduh. Malas nak bising bising.

For me, suami dah tahu apa yang aku nak dari dia. So it’s up to him nak ikut ke tak. Maha suci Allah yang membolak balikkan hati manusia.

Kalau ditanya persedian raya… Ya seperti tahun sebelumnya aku bersedia. Ada baju raya, tudung raya, kasut raya, kuih raya, duit raya. Tapi raya nanti pun walau tak banyak.. confirm akan berbeza.

Disebabkan aku dah lali dengan perasaan dan keadaan, aku cuma perlu meneruskan hidup aku juga. Bak kata omputeh, life must go on. The wheels will turn around.

Mungkin sekarang madu aku gembira, sebab rasa dia lebih disayangi oleh suami, tapi kan Allah tu Yang Maha Berkuasa membolak balikkkan hati manusia… So watch out ya.

Mengalah bukan berenti aku kalah. But for me, mengalah tu tanda kedewasaan seorang isteri. Tak payah la nak gaduh gaduh untuk seorang lelaki pinjaman tuhan.

Bak kata orang, bergaduh dengan orang bodoh ni, dengan kita kita sekali jadi bodoh. So aku taknak jadi bodoh ya.

Untuk itu, aku pilih untuk diam dan mengalah. Sampai masa, adalah tu hari aku pulak.

Okay, itu sahaja nak kongsi. Btw di hari 16 Ramadan, baru 4 hari turn aku berbuka dengan suami. Selebihnya orang sana kongker. Bagi can la.. Dalam fasa honeymoon kan..

Semoga lepas ni kau berdua takkan gembira sampai bila bila. Hahaha.

Bye for now dan thank you buat semua yang sudi membaca karangan selepas berbuka aku ini.

– Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kita dalam situasi yg sama. Baru dimadukan 2 bulan…masih terkapai-kapai menerima realiti. Semoga awak tabah.

  2. Kesian tt, apalah lakii sekarang ni bukan seronok perjuangkan hak poligami tp x faham sepenuhnya. Tak adil dan sengaja sakitkan hari isteri yg bersama susah senang berbelas tahun. Dedua suami dan madu langsung takde rasa simpati dan empati. Semoga sis bahagia 1 hari nnt, tinggalkan je lelaki tak guna yg takde isi perut tu. dan semoga Allah bg balasan buruk terhadap suami dan madu yg bahagia atas kesengsaraan org lain.

  3. Sabar selagi mampu…hujung2 bila hati dah hambar pikir2 lah utk bahagiakan diri. Wanita bekerjaya tk seharusnya hidup dgn luka hati kurawat sdiri. Pilihan di tgn sdiri

  4. Salam, akak semoga Allah memberikan kesabaran dan kejayaan untuk mengharungi ujian ni.

    Betul akak, hati ni Allah yang pegang tapi hak bermalam tak mengikut hati dan kehendak si suami. Hak bermalam adalah milik isteri. Saya bukan nak menyuruh akak berlaga pasal malam just nak akak menyedari apa hak-hak yang Allah dan juga Mahkamah sudah beri kepada seorang isteri. Mungkin sekarang akak tak memerlukannya tapi bila perlu nanti akak dah bersiap siaga dan tidak akan ditindas.

    Apa yang jadi adalah kehendak Allah, tapi semua tu atas pilihan manusia. Setiap pilihan yang kita ambil hanya akan berlaku dengan kehendak Allah. Dan tak semestinya kehendak Allah itu menunjukkan sesuatu yang terjadi itu baik.

    Apa2 pun kita masih kena menjawab dekat Dia kat akhirat nanti atas pilihan kita, adakah masa Allah bertanya kenapa awak tidak berlaku adil beranikah masa tu awak menjawab engkau ya Allah yang buat benda ni terjadi.

    Have fear in Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *