Cinta atau cita-cita?

Salam semua. Harap admin approve confession sy. Sbb sy betul2 nak tahu pendapat semua.

Sy perempuan berumur 24 tahun dan bekerjaya. Anak sulung. Keluarga sy hidup sederhana dan masih perlukan sy sbg pemberi nafkah keluarga selain ibu yg berniaga makanan dan ayah sebagai pekerja am pejabat.

Saya telah menolak tiga lamaran lelaki yg betul2 ikhlas mengenali sy. Berbagai2 barang diberikan kpd sy sehinggalah perbelanjaan. Memang kalau ikutkan hati, sy mahu menerima lamaran itu tp mengenangkan kerjaya sy belum stabil dan adik beradik yg masih belajar sy lupakan keinginan sy utk berumah tangga.

Ibu pula sering menasihati sy utk tidak berkahwin awal dan menikmati zaman bujang serta membantu membangunkan keluarga. Ayah pula mahukan menantu yg kerja stabil dan baik budi pekerti.

Baru-baru ini, sy tolak lamaran kekasih sy menyebabkan dia mula tawar hati melihat sy yg seperi tidak serius dlm perhubungan. Dia memutuskan hubungan kami. Bg sy dia sempurna. Baik, hormat org tua, jaga solat dan bekerjaya.

Sedih hancur hati sy tp mengenangkan keluarga sy kuatkan semangat mencari rezeki dan berserah pd Allah.

Sy dalam dilema. Sy takut menjadi anak dara tua sperti yg dikatakan oleh orang. Bantu sy buat keputusan yg terbaik.

Terima kasih.

– As

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Slow talk sis…kahwin tk semestinya kita dh tk blh nk bntu ibu bapa dn adik2…tambahan lagi kalau si kekasih tu jenis baik hati dn memahami..mesti dia fhm tanggungjawab sis sebagai ank sulung..pujuk lah ibu ayh sis…calon pun dh elok segala segi kan…insyaAllah dimudahkan

  2. same story.. kawin kan benda baik nk pikir ap lagi kwin je la.. risau pasal apa?? tumpang ad org syg blh trima baik buruk kita.. jgn pikir byk sgt..

  3. Kawin je sis . xpyah risau sgt itu ini . ko sndri tau laki tuu baik and sempurna pd ko . of course laa dia boleh fham situation ko . apa yg pnting . dh kawen nanti jgn lupe family ko . parents ko act takut ko abaikn adik2 sbb ko sulong . brkahwinlah . Allah akn tmbahkn rezeki . ko pn da jumpa org yg baik . tunggu apa lg . bukn ko loser if kawin awal . ko loser if da kawin hidup bahagia trus lupe nk bntu family .

  4. If he loves you, he will wait. Jodoh tu tak akan lari. It will come at the perfect time. Xde istilah anak dara tua etc. jgn ikutkan sangat mentaliti melayu. Get married when you’re ready.

  5. Maybe makayah awk riso awk dah xjd keutamaan buat mereka.. Sbbnya awk akan bergntung pada suami nnti.. Nk buat apa, kene mintak izin,, lgipula awk yg sulung… Sy doakan awk jumpa somi yg benar benar memahami akan tggjawb awk kepada fmly sndri… Pilihlah yg bersesuaian. Lihat fmly belah laki cmne…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *