Cinta Dalam Hati

Salam Malaysia Madani.

Terima kasih admin jika siarkan kisah saya..

Kisah saya ni untuk memberi semangat untuk rakan2 yang masih belum bertemu jodoh. Percayalah jodoh itu memang ditangan Tuhan. Jangan bersedih jika masih belum sampai.

Saya Cici, umur sekarang dah nak masuk 4 series. Sudah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak.

Cinta pertama saya hanyalah dalam hati. Pada usia 13 tahun, semasa orientasi sekolah asrama tingkatan 1, terjatuh cinta pandang pertama pada Coco.

Kalau nak ikutkan, Coco ni bukannye hensem sangat. Gaya macam budak bermasalah, rambut panjang, pakai baju sekolah lengan berlipat, kaki tidur, malas nak join aktiviti sekolah.. haha..

Entahla kenapa jatuh cinta kat orang macam ni. Di mata saya, segalanya saya suka pasal dia.

And surprisingly, die sangat pandai, top scorer di sekolah walaupun imej macam tu.

Entah bila die belajar ntahlah, kami sekelas, rasenye sepanjang masa die tido dalam kelas. Kaki fly asrama, isap rokok.. adoi.. tapi rase suka tu ya Allah.. tak tahu nak explain macam mana.

Saya suka dalam hati sahaja…

Walaupun sekelas, die tak pernah nak bermesra dengan kawan2 sekelas. Dia ada geng lepak die sendiri budak kelas lain.

Rasenye die masuk kelas tu pun sebab result je, tapi jiwa tak ngam dengan budak2 nerd semua termasuk saya.

Maksudnye, die tak peduli pun kehadiran saya sepanjang sekelas bersama. Tegur pun tak pernah.

Saya pun tak pernah mengorak langkah, pergi tegur ke, tak pernah. Maybe kecik lagi masa tu malu-malu lagi and boleh anticipate yang die akan tak peduli pun.. haha.

Daripada buang masa and dapat malu, baik senyap je. Maka, cinta tu hanya di dalam hati. Tak pernah terluah. Sakit juga kadang2. Sape pernah lalui mesti faham. Cinta sebelah tangan, dalam hati pulak tu.

Dah habis SPM, masing2 bawa diri, sambung belajar, bina karier. Cinta dalam hati pada Coco tak pernah hilang. Walaupun saya ada a few boyfriends bersilih ganti ketika menginjak dewasa.

Jauh disudut hati masih cintakan Coco. Mungkin sebab tak pernah terluah, maka sakit sendiri menahan rindu yang tak berbalas. Padan muka kat diri sendiri.. haha.

Sampailah saat saya dah mula nak bekerja, balik semula ke hometown. Masa ni tengah single sebab dah break up. Dah penat dan tak ada masa nak bercinta sebab dah mula bekerja, usia pun dah makin meningkat.

Waktu ini saya berdoa pada tuhan, sapa je yang pinang saya, saya akan terima. Kalau tak ada orang pinang, saya jadi andartu jelah.

Satu hari selepas 10 tahun tinggalkan sekolah, Coco hantar messenger thru Fb. Tanye Khabar. Aik, pelik ni. Memangla kawan sekelas tapi die pun tak pernah tegur saya sebelum ni.

Saya pun reply jelah sikit2, dah dewasa kan, pandai2 lah reply ape yang patut.

Lepas beberapa siri berbalas di Fb messenger yang sendu, tup tup die kata nanti die balik hometown nak hantar rombongan meminang.

Aik, biar betul die ni. Ntah2 muka saya pun die tak tahu macam mana. Saya memang tak letak ape2 photo di Fb ketika itu. Dah 10 tahun, die tak risau ke muka dah berubah jadi huduh ke. Kang tak berkenan pulak.

Hari pertama die sampai hometown, dia ajak jumpa. Kami pun berjumpa setelah 10 tahun sejak sekolah yang tak pernah bertegur sapa sebelum ni.

Hari tu juga dia bawa jumpa parents die. Terkejut juga sebab macam jumpa stranger. Muka die pun dah berubah, dah dewasa. Terkedu.

Family die setuju nak hantar rombongan meminang. Aik, bercinta pun belum terus nak pinang.

Entah apa saya kene pukau kot, boleh pulak setuju.. haha.. Yela, dia lah cinta pertama, lain sikit rase tu, macam bulan jatuh ke riba.. haha..

Maka, kami pun berkahwin sebab kan saya dah berniat untuk terima sapa je yang pinang. Gitulah kisahnye, tup tup dah anak 4 orang sekarang.

Tapi, sampai sekarang die tak jawab soalan saya kenapa tiba2 nak pinang saya, orang yang die tak pernah tegur pun masa sekolah, tak jumpa 10 tahun pulak tu.

Tiap kali tanye die semyum je, tak ada jawapan. Misteri sungguh. Tapi saya akhirnya beritahu die, saya suka kat dia sejak umur 13 tahun. Gelak die. Main2 pulak. Dah kawin baru nak bagitahu.

Betul lah jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Rakan2 jangan putus asa jika masih menunggu. Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk anda.

Saya doakan anda dikurniakan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Sekian..

– Cici (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *