Cinta orang gemuk

Assalamualaikum, admin, terima kasih approve. Saya cuma nak bantu gadis-gadis comel tingkatkan self esteem dalam diri. Takut ada yang give up sebelum cuba, atau tak jumpa jalan. Ada satu hal yang orang gemuk kena ingat. Walaupun gemuk, tetap muat masuk dalam hati abam abam keping dan sado. Hihi. Allah kata kunfayakun jadi dik. Jangan risau. Gemok with brain!
Aku pun agak comel lah, kena perli dengan abang tu makanan ruji. Sedara mara jauh datang raya-raya ni kang adalah yang menegur, itu biasa. Kawan yang lama tak jumpa pun kalau tak hidang soalan berat badan tak sah. Ye lah, sebab badan ini yang kita dok kau usung kesana kemari kan. Hehe.

Walaupun aku macam ni, masih ada lelaki yang sudi untuk jadikan aku pasangan hidup. Alhamdulillah. Lelaki yang terima aku good looking orang nya, kurus dan bakal sado mungkin. Hehe. Sepanjang perkenalan aku mula dapat tangkap sebab musabab yang buat dia boleh jatuh hati dengan aku. Cerita ini bukan bertujuan menunjuk-nunjuk (switch off – bak kata budak wechat) tapi sekadar gambaran apa yang anda harus lakukan untuk meningkatkan confident level bagi orang gemuk-gemuk.
Kadang-kadang mungkin depa tak ada hati pun dekat kita, tapi ada sebab-sebab musabab yang jadikan kita ni 'rare' dalam kalangan orang kurus. Kita win!

Aku bukan dalam kalangan keluarga yang senang, tapi dia berasal daripada keluarga yang agak senang. Masa belajar dulu aku cuma ada motor, dan dia ada sebuah kereta. Impian dia adalah untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dan disebabkan aku mempunyai sejarah keluarga yang agak berat dan sadis selepas kehilangan ayah tercinta menjadikan dia termotivasi dengan diri aku sendiri. Kunci nya di sini, jangan cuba membuatkan orang kagum dengan kita, jadilah diri sendiri, kau akan rasa puas dan bebas.
Aku suka berfesyen, walaupun saiz badan kita xl atau lebih, masih ada fesyen-fesyen yang sesuai untuk digayakan. Awak belajar grooming diri sikit-sikit, ini mampu meningkatkan self confident! Percayalah. Kalau malu untuk shopping baju kat luar, cari online je senang. Explore sesuatu yang mampu menjadikan awak seorang gemuk yang menang, selesa, yakin! Aku pun kadang-kadang self confident jatuh jugak, tapi apa yang perlu kita buat ialah… JANGAN MENDENGAR! Jangan mendengar perkara negatif, teruskan usaha dan berjalan ke depan. Gali kehebatan tersembunyi diri sendiri.

Disebabkan saya seorang yang ada kriteria seorang isteri, boleh memasak, perkara asas rumah tangga saya lepas, loyar buruk, sentiasa nampak yakin (walaupun pernah menangis sebab gemok!). Dahlah dulu aku kurus. Hahaha. Memang faktor tekanan hidup, emosi tak stabil dan pemakanan tak seimbang yang jadikan aku macam ni masa keluarga dihimpit masalah berat dulu. Tak mampu nak beli makanan sihat, cuma mampu beli megi. Serius talk. Salah aku jugak. Okay, di sebabkan itu jugak faktor yang aku win untuk dia. Sehinggalah kami berkongsi membuka sebuah mini syarikat yang berdaftar.

Untuk lelaki yang terima gadis comel-comel ni, aku ada satu nasihat yang berguna untuk hang. Ya betul, kau nak dia cantik depan kau. Kalau kau nak dia kurus, bagi semangat, timbang tara setiap kata-kata kau. Kau tolong explore produk-produk atau skim-skim diet yang boleh digunapakai. Dan bakal suami aku sekarang sedang berjinak-jinak ke gym untuk jadi katang sikit dan nak jadi trainer untuk aku. Part ni, memang aku nampak kesungguhan dia nak aku cantik, fit dengan cara yang sangat positif. Dia nak aku cantik, dan tak pernah tinggal kan aku dalam keadaan aku yang masih comot sikit ni. Dia nak aku sedikit cerah, dia kumpul duit untuk belikan produk, bagi petua-petua dan langsong tak memaksa aku. Aku berhak memilih. Dia cuma tunjukkan jalan.

Actually, mak dia suruh aku kurus. Hal tu memang menusuk ke jantung beb. Tapi disebabkan bakal suami aku nampak aku ciri-ciri yang akan bersama dia susah dan senang, dia tak cuba untuk tinggalkan aku. Sesungguhnya kami bersusah payah bersama. Tak semua orang akan merasa bertuah macam ni. Sekarang ni aku akan sambung diet atkins dan simple exercise selepas raya.
Apa yang penting kat sini, yang kurus kau jangan nak pandang hina sangat dekat orang yang chubby-chubby ni. Dan yang penting aku selalu tekankan, bila kau ada something, which means kau kaya dan berjaya, keluar satu kaki dari pakcik audi, pakcik bmw ke semua orang dah hormat kau tinggi tanpa mempertikaikan lemak-lemak atas badan kau. Percayalah kawan-kawan.

Ingat sayang-sayang, we're not alone. Ada masa untuk berubah. Jadi diri sendiri sehingga kau rasa bebas dan puas. Padankan pakaian yang buat self confident kau tinggi. Ini zaman google, kau malu kau boleh duduk silang kaki kat bucu katil, explore. Bukan makan tido je. Be Productive!! Jangan dengar perkara negative. Dont put in half the effort, unless you are okay with half the result! One more, akhlak tolong jaga, agama utama.
Kita cantik! Kita win! Gemok with brain! Orang respect! Bukan hormat yang kita kejarkan. Kita kejarkan masa depan yang bakal membentuk diri kita. Sebarkan perkara-perkara positive guys.
Next time aku bukak entry pasal life pulak. Itu pun kalau kau rajin nak baca. Haha.

*penulis jalanan*

– Penulis Jalanan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hai confessor nnt dah start diet atkin mohon minum air secukupnya. 1liter air utk setiap 25kg berat badan. Contoh kalo berat awak 50kg air jangan kurang 2liter satu hari.. Jum kita kurus dan cantik sama2

  2. Goodluck with your diet sis…semoga sis lebih berkeyakinan lagi lps ni..hiksss…n semoga sis dn cik abng trus memotivasikan antara stu sama lain….hwaiting!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *