Cinta Tidak Kesampaian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkenalkan diri aku sebagai Ana, first time rasa nak meluahkan rasa suka dan gembira aku.

Sebelum tu aku ceritakan perkenalan aku dengan ex aku bernama Ali (bukan nama sebenar) pada 5 tahun lepas. Kitaorang jumpa di sebuah company.

Biasalah bermula menjadi kawan pastu terus jadi rapat.

Ali ni baik, banyak tolong aku, orang tua ramai suka dia sebab dia ni peramah, suka hulurkan segala bantuan kewangan kalau ada yang susah.

Pandangan mata aku kepada dia.. Ya aku memang suka dia dan aku yakin he’s the one for me.

So, sebab kita orang ni berkawan dalam usia yang muda, kitaorang ada bincang pasal hala tuju hidup kita orang.

Dia cakap jangan pressure nak kahwin, dia suruh aku habiskan belajar sebab waktu tu aku buat PJJ tau dekat UITM.

Dia pun cakap dia bukan dari keluarga yang senang, so dia pun nak kena stabilkan kewangan dulu.

So, bermula ujian untuk hubungan kita orang. Bapa dia sakit, so dia satu2 nya anak lelaki dalam keluarga so dia berhenti kerja balik kampung jaga ayah dia.

Aku pula berjauhan dengan dia. Anything susah nak share pada dia sekarang.

Tiada ribut tiada hujan lama2 hubungan kita orang macam sedikit renggang mungkin faktor berjauhan.

Jadi dia ada cakap, Ana kena cari lelaki yang boleh jaga Ana. Sebab abang tak tahu bila ayah abang akan sihat.

Cara dia cakap tu sedih sangat and dia memang suruh aku cari lelaki yang baik dari dia. Dia tak nak bagi harapan, dia risau aku terlalu berharap mungkin.

Tipu kalau tak nangis, aku diam, aku tak marah aku tak gaduh, still sahaja contact cuma tak sekerap dulu.

So short story aku dijodohkan dalam keluarga aku, so Ali masa tu orang paling gembira sebab aku dah jumpa jodoh yang sangat baik.

(Alhamdulilah) dan aku dapat khabar baru-baru ini dia akan kahwin selepas raya tahun ni (itupun ada orang bagitau sebab aku dah tak contact dia daaa). Lawa weyh bakal isteri dia sepadan dengan dia.

Btw dia pun dah dapat kerja tetap berkat dia jaga ayah dia setelah beberapa tahun tu.

Aku tau dia suka baca IIUM Confession ni sebab tu aku yakin dia akan tau story ni untuk dia.

So untuk awak yang pernah bertakhta di hati saya. Terima kasih untuk segalanya dan semoga bahagia bersama si dia.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *