Bukannya Pilihan Saya Nak Jadi Anak Durhaka

Hello semua. Singkatan panggil saja Ivy. 5 tahun lalu saya adalah pelajar Form 6 yang masih belajar setahun setengah. Saya masih berharap supaya saya dapat habiskan masa sekolah saya cepat. Sebab terasa rindu dengan ibu bapa saya.

Saya berpisah dengan family dari tingkatan 2 hingga lah tingkatan 6. Sekarang tahun 2024 saya sudah berumur 22 tahun. Selama masa persekolahan saya, tak pernah sekalipun mak bapa saya berkunjung.

Saya tak bermasalah dengan apa yang jadi, sebab saya tahu yang family saya miskin tambang mahal. Saya tak pernah sekalipun complain tentang kenapa mereka tak pernah datang 1 kali pun semasa penerimaan anugerah sijil penghargaan tingkatan 5.

Sebab saya sudah terbiasa hidup di bawah jagaan orang lain. Bukan 1 kali tetapi semasa saya di tahun 6 saya hidup bagaikan takda ibu bapa.

Saya jealous sebab kakak abang saya setiap kali graduate mak bapa saya tak pernah ketinggalan. Untunglah sebab kakak abang saya selalu dapat A, apa lah saya yang dapat gred B jer kan.

Kakak pertama anugerah 5 A, abang kedua anugerah 6 A, abang ketiga 4 A, kakak ke empat 4 A, lastly saya 3 B. Hahahhahahah.. apa lah kan. Setakat B siapalah yang nak tengok.

Saya ambil keputusan last minute masa dekat form 6 saya berhenti last semester 3 bulan sebelum ujian. Itulah keputusan terakhir saya daripada mereka tak nak tengok saya graduate.

Siapapun anak nak jugak harapkan mak bapa mereka sekali pun jadilah untuk tengok mereka graduate bukannya langsung takda. Apa2 pun lepas ambil keputusan tu.

Tiba² ada 1 orang yang bukan sedarah bukan seagama datang beri saya satu peluang untuk dapatkan sijil. Masa tu saya umur 20 tahun pada tahun 2022. Saya ambil sijil FOOD AND BEVERAGE HOTEL SERVICE selama 8 bulan.

Saya tak habis fikir sebab terlalu excited. Semua okay sampailah masanya saya dapat tahu yang bapa saya ada cancer perut tahap 3. Saya tak tahu nak buat apa sebab bapa saya larang saya balik.

Bapa saya rush kan ipar kahwin dengan kakak ke 5 saya. Saya tak pernah sekali jumpa ipar, saya baru dapat tahu lepas kakak saya kahwin dengan dia. Lelaki kaya 3 buah kereta rumah pun cantik pakai aircond lagi dekat ruang tamu, gate pun automatic punya. So saya tak berapa kesah.

Lepas bapa saya meninggal. Masa tu saya dah graduate, saya tak tahu pula bapa saya guna nama saya sebagai waris. Sebab setahu saya, saya hampir tak pernah bercakap dengan bapa saya dari kecil hingga besar itula kami setiap kali jumpa ada awkward sikit.

Cerita sebenar telah pun bermula……………

Saya tak berpuas hati part ni.. Selama saya dekat sekolah dari tahun satu sampai tahun 6 naik ke tingkatan 1 sampailah tingkatan 6 takda pernah satu pun dari mereka datang peluk cakap rindu dengan saya.

Tapi lepas tahu saya ada Waris duit yang tak berapa tu berabis berjuta call masuk. HEIIIIIIII… saya tak tahu apa tau.. habis graduate orang nak reuni dengan family makan BESAR. BERAPA TAHUN LAGI MEREKA NAK…..

Bila time jumpa saya takda satu orang pun tunggu saya balik. Mak saya seronok jumpa laki baru lepas bapa saya meninggal. Kakak ke lima saya dapat lelaki kaya duit bergunung pun masih nak minta dengan saya.

APA GUNA MEREKA KENA BANGGA DAPAT A DALAM UJIAN DAPAT MALAPETAKA SEMUA SIMBAH KAT SAYA…

Saya ada plain lepas graduate saya nak jumpa mak saya sebab antara family saya paling sayang dengan mak saya. Sebab saya paling manja dengan dia..

TAPI APA GUNA NAK JUMPA MAK YANG MACAM TAKNAK JUMPA SAYA. 4 TAHUN SAYA TAK JUMPA MAK.

4 TAHUN SAYA SELALU CALL MAK SAYA DULU SEBELUM CARI BAPA SAYA. 4 TAHUN SAYA HABIS KAN MASA SAYA FIKIR APA YANG SAYA NAK BUAT LEPAS JUMPA MAK.

SIA².. SUNGGUH SIA²…

4 tahun plain tapi saya kena abaikan dengan mak sendiri. Orang yang paling saya sayang.

Mak tahu saya dah bagi tau saya balik kampung dengan harapan mak nak laju² balik jumpa saya. Sebab masa tu mak saya ada dekat kampung datuk saya. Tak jauh kalau ikut flight. Ambil masa 40 minit saja.

Mula² mak kata dia balik habis bulan January. Saya okay…. Tak lama mak kata dia balik habis bulan January. Saya okay….

Lepas mak balik saya happy sangat²… Tapi kecewa 100% lepas tau mak harap nak kahwin baru.. mak dari malam sampai ke pagi tak pernah ada rasa dia nak duduk sehari melepas rindu dengan saya.

Sakit hati. Betul sakit. Rasa macam kena luka kena tambah dengan limau lepas tu kena tembak dengan pistol.

Masa ni saya masih kata saya okay..

Saya anak dia yang tak penah jumpa selama 4 tahun. Apa benda pertama yang dibuat? Buat kan lagi anak yang dia tak pernah jumpa tunggu lagi 2 bulan.. bukan sehari dua dah.. DUA BULAN..

Lepas tu kakak ke lima saya call suruh saya interview dekat satu hotel 5 bintang kononnya..

Mula² saya ikut apa mereka suruh. Saya dengan mak saya balik la ke Miri. Sebab kakak no 5 saya nak rush sangat konon nak guna duit tu. Dengan ramahnya lakonan dia depan saya macam drama korea.

Mentang² bapa letak saya sebagai waris semua berebut nak berbaik. Walaupun bukan setakat 4 tahun tak jumpa, saya rasa hidup macam orang mati. Takda jiwa saya yang tersisa. Saya okay..

Bagi saya duit tu bukan apapun, saya boleh ja bagi mereka sebab saya masih boleh kumpul duit lagi.

Duit tu dah masuk acc saya.. hari yang sama kakak no 5 call suruh bagi² tu sebab dia nak guna. Bukan apa saya taknak bagi dia sebab dia terlampau tamak.

Masa saya kerja hotel selama setahun dia dah tipu saya setiap bulan alasan nak kirim barang dekat kampung. Tapi langsung tak nampak satu benda yang dia kirim dekat kampung.

Saya penat, kerja pakai tenaga, saya tak kesah dia minta 10,000 sekalipun. Satu kali saya tertipu kau terus kena ban seumur hidup. Biar pun kamu mati² rasa nak guna duit. Biar pun seringit jangan harap saya bagi..

Entah cerita apa yang dia buat dekat mak saya sampai mak saya pun mati² pujuk saya kata kakak no 5 saya kasian. Sebab laki dia tak pernah bagi duit dengan dia… Saya terfikir tau.. saya yang mati² cari duit.. SUAMI DIA BUKAN ORANG KERJA BIASA!!.

Kenapa nak MINTA dengan saya yang kerja BIASA.. Dia dah kahwin maksudnya tanggungjawab ada dengan suami bukan dengan saya. Dia yang buat pilihan nak kahwin dengan laki tu.

Jadi intinya, kenapa saya perlu kasian dengan orang tamak tu yang dah tipu saya selama setuhun. Semata mata kata laki dia tak pernah bagi duit…

BODOH… TERASA BODOH…

Takda satupun yang kasian dengan saya. Lagi nak saya kasian dengan mereka. Tak habis nak hasut mak…. Lagi nak hasut abang no 2.. saya paling salute dengan abang no 2 saya sebab judgment sebelum ambil tindakan.

Saya tak tau nak kata apa sebab orang yang saya salute saya takkan lawan. Kakak pertama saya pun saya lawan sebab dia langsung tak fikir consequence ambil tindakan tanpa berfikir. Biasalah kakak no 1 anugerah 5 A, abang no 2 anugerah 6 A.

Saya masih tak habis fikit sebab kakak no 5 saya ni orang paling saya benci dan orang yang paling kena ban top no 1 dalam list saya. Mastermind dalam family… Apa dia cakap tak kesah sulung ka mak bapa saya pun tak pernah tolak…

Dari awal saya sekolah sampai lah tingakatan 5 saya masih bertahan.. saya terpaksa ambil tindakan bodoh supaya saya boleh jauh dari family saya.

Berhenti last semester form 6 and ambil sijil perhotelan walaupun lulus kerja kedai kopi orang cina… Penat tapi bahagia.. Daripada penat tapi menderita..

Saya tak tau apa mastermind yang menjijik kan ni kata dengan abang saya no 2. Sampai orang yang saya salute ni fitnah kata saya ni anak durhaka.

Yang keluar dari mulut. Walaupun mereka kata mereka tak ingat. Setiap ayat mereka masih terkunci dalam ingatan saya.

Abang no 2,
Kamu anak durhaka.

Kakak no 5,
Orang yang tak penting.

Adik no 6 (my uncle adopt son and my real blood brother),
Pengkhianat keluarga.

Wowwwwwww… Woowww… Amazing word for the family that for the first time they sees me in 4 years. Just because I don’t give my sister no 5 the money..

They say’s that word right from their mouth to me!!!! JUST BECAUSE I DON’T GIVE THAT’S SHIT OF MONEY TO MY SISTER NO 5.

Last saya keluar dari group family. Saya keluar dari group adik beradik. Saya hilang tanpa jejak.. then walaupun banyak yang macam sial nak cari saya.

Thank you.. Itu saja dari saya.

– Ivy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *