Classmate Berpuak-puak

Hai, terima kasih admin dan terima pembaca kerana memilih untuk membaca cerita aku.

Tujuan aku bercerita bukanlah untuk memburukkan nama institusi tetapi cuma menceritakan pengalaman aku agar dapat dijadikan pengajaran.

Aku pelajar diploma UTM. Sejurus tamat belajar, aku terus memohon ke degree pada tahun yang sama.

Alhamdulilah, aku mendapat panggilan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau dalam bahasa inggerisnya, International Islamic University Malaysia (IIUM).

Ibubapa dan kakak abang sangatlah bangga apabila aku dapat memasuki UIA kerana kami juga pernah tinggal di Gombak dahulu. Sewaktu kami kecil, itulah universiti yang mereka selalu angan-angankan dapat masuk.

Ketika hari pertama, hati aku memang berdebar dan kerisauan aku juga menggunung tinggi. Aku betul-betul risau kerana aku tidak kenal sesiapa pun. Biasalah tu kan.

Hendak dipendekkan cerita, rupanya pelajar jenis aku ini adalah pelajar direct intake iaitu pelajar daripada insitusi luar yang menyambung Ijazah di UIA.

Terdapat juga pelajar yang daripada foundation UIA sendiri, iaitu CFS (Centre for Foundation Studies).

Mereka akan belajar CFS sebelum terus ke program Ijazah UIA. Ini penting untuk difahamkan kerana aku ingin kalian membayangkan didalam kelas nanti, terdapat dua jenis puak.

Di UIA, pelajar akan mendaftar kelas mengikut preferences masing-masing. Kalau anda malas bangun pagi, daftar lah kelas sebelah petang sahaja.

Kalau macam aku yang tak ingin petang ku di ganggu, aku akan penuhkan kelas di waktu pagi supaya selepas zohor, aku boleh pulang ke bilik dan tidur.

Ini juga bermaksud, setiap subjek, kawan sekelas pun akan berbeza-beza. Melainkan kalau anda berpakat untuk daftar bersama-sama kawan, anda akan keseorangan.

Berbalik kepada kelas tadi, terdapat dua jenis puak iaitu direct intake dan puak CFS. Puak CFS lebih ramai bilangannya.

Ada kelas, puak ini bergaul elok manakala ada kelas mereka hanya senyum-senyum sesama sendiri tetapi itu sahajalah.

Aku di puak yang mana? None. Ini kerana aku adalah pelajar yang berjaya transfer credit ku. Maksudnya apa?

Terdapat mata pelajaran yang aku sudah belajar sewaktu di UTM ketika diploma. UIA membenarkan aku untuk “memotong” subjek itu daripada aku belajar sekali lagi dan

Alhamdulilah, kerana aku juga pelajar cemerlang. Aku dapat memotong lebih kurang 10/11 subjek. Aku pun lupa. Yang penting, ini bermakna aku dapat memendekkan tempoh pengajian ku daripada 4 tahun kepada 3 tahun.

Maka, aku akan ditempatkan ke kelas 2nd year student.

Puak CFS sudahlah memang aku tak akan dapat bergaul, puak direct intake pun aku tidak dapat peluang itu kerana mereka telah terlebih dahulu kenal antara satu sama lain selama setahun. Maka, mana-mana pun aku tidak fit in.

Pelbagai kejadian yang membuatkan aku betul-betul terasing. Antaranya.. Ketika itu aku memasuki makmal dan aku terus duduk di bahagian hadapan kelas. Setiap barisan meja mempunyai 4 meja.

Ketika sorang2 pelajar perempuan masuk, semuanya duduk di barisan belakang aku.

Ketika itu aku sangat pelik kenapa mereka tidak mahu duduk di sebelah aku. Tetapi aku buat biasa saja. Aku beramah mesra dengan mereka, berkenalan dan bertanya-tanya soalan.

Ketika pertengahan pembelajaran, aku perasan suhu terasa terlalu sejuk hingga badan aku menggeletar. Aku pandang atas, ahh ada aircond.

Mungkin sebab inilah tiada siapa duduk di barisan hadapan. Kelas seterusnya, aku duduk di barisan kedua daripada depan dengan harapan ada yang duduk di sebelah aku.

Satu-persatu pelajar masuk, namun tak seorang pun yang duduk disebelah ku. Mereka memilih duduk di belakang barisan aku.

Boleh bayangkan tak sekarang barisan depan kosong, barisan kedua hanya aku seorang, barisan ketiga hingga lima dipenuhi orang. Punyalah mereka tidak mahu duduk di sebelah aku. Walhal, ada 3 kerusi kosong.

Mereka ada yang datang berdua dan bertiga. Muat sahaja kalau dikatakan tidak ingin berpisah. Habis kelas, aku terus pergi ke tandas dan menangis.

Kelas yang lain juga, aku ditegur kerana barisan yang aku duduk milik puak mereka. Mereka sudah lama duduk disitu dan meminta aku mencari tempat duduk yang lain.

Bila aku pindah ke tempat lain, tempat duduk itu juga sudah berpunya. Ini zaman sekolah ke ada tempat duduk tetap. Duduk sajalah dimana, kalau tak nak berpisah dengan puak-puak awak tu, tarik kerusi duduk sebelah.

Layanan mereka terutamanya puak CFS kepada aku sangatlah mendinginkan. Puas banyak kali aku cuba lebih peramah dan melibatkan diri dalam perbualan. Namun, dingin sahaja.

Tiada siapa mahu berkumpulan dengan aku. Aku hanyalah baki-baki pelajar yang tidak di inginkan.

Apabila aku tidak faham sesuatu topik (sebab aku masuk kelas lambat sebulan dek rayuan UPU), aku cuba bertanya pada mereka. Tapi, mereka tak layan pun aku.

Ketika kerja berkumpulan secara praktikal, aku dibelakang semua orang. Nak menyelit, tetapi tak boleh.

Itu belum lagi ada yang whatsapp aku untuk bertanya hal pelajaran dan setelah mendapat jawapan, bluetick aku saja. Ucapan terima kasih pun tiada.

Walhal, bukan sikit-sikit aku bantu, ada yang aku siap beri contoh assignment aku dan ada yang aku bimbing satu persatu. Itulah, habis madu sepah dibuang.

Ketika waktu makan tengahari, usah diceritakan lah sengsaranya. Aku akan akan membeli makanan dan mencari tempat yang tersembunyi, dan makan seorang diri. Sebab aku tidak mampu menghadap mata-mata yang memandang aku yang keseorangan ini.

Tidak dinafikan ada juga baik, tetapi jika mengikut nisbah. Dalam sepuluh orang, hanya dua orang saja yang melayan aku dengan baik. Maka, sakit tu tetap sakit.

Ada suatu ketika, aku cuba memberanikan diri untuk sama2 lunch dengan mereka. Kena reject beb. Sakit nya rasa.

Jadi, usahlah kata aku tidak berusaha. Banyak dah usaha aku cuba buat tetapi endingnya, aku yang makan hati. Pendek cerita, aku lah loser yang daripada jauh, korang pun boleh spot aku.

Perkara ini sangatlah membebankan aku sehingga aku gagal satu subjek. Aku membawa diri ke pusat kaunseling di UIA dan disitu, aku meluahkan segala rasa.

Kaunselor aku sangatlah memahami dan tip top ya. Beliau terkejut kerana unsur puak2 ini masih berlaku antara CFS dan Direct intake.

Kaunselor menyarankan aku, untuk instead of cari kawan di kelas, carilah kawan di tempat lain seperti kelab dan persatuan. Selain aku, pelajar asing juga turut terkena tempias puak-puak ini.

Maka, aku selalu berurusan dengan mereka sebagai satu kumpulan. Secara tidak lansung, dapat memupuk keyakinan dan kecekapan aku berbahasa inggeris.

Hujung pengajian ku, PKP melanda dan semuanya online. Akulah insan paling gembira kerana ketika ini, istilah puak-puak hilang. Semua orang pakai sapu je group dengan sesiapa. Dan aku dilayan baik tanpa ada diskriminasi.

Namun begitu, tidak lah kehidupan ku di UIA hanya kelam dan sepi. Alhamdulilah, aku mempunyai kawan-kawan sebilik yang sangat memahami. Kawan-kawan usrah yang baik.

Kawan-kawan yang di luar kuliyyah, semuanya baik. Pusat kaunseling di UIA juga sangatlah TIP TOP ya. Profesional dan sangat membantu.

Kalau diberikan peluang untuk aku jalani kembali kehidupan aku di UIA, mati hidup balik pun aku takkan sanggup. Perit sangat.

Akhir kata, aku tidak pasti 2023 ni, adakah masih sama situasinya antara CFS dan direct intake. Pesan aku, berbuat baiklah dengan semua orang. Tidak kira anda sudah kenal lama atau tidak, layan mereka baik.

Usahlah berdingin seolah berdendam. Kita tidak tahu jika seseorang itu sudah mempunyai seribu masalah dan perlakuan anda hanya akan menambah beban dia saja.

Tolonglah ada rasa common sense dan empati dalam diri. Kalau nampak pelajar baru masuk, terpinga-pinga dan bersendirian, bergaul lah dengan dia. Berbuat baik dengan orang percuma saja, tak perlu bayar apa-apa pun.

Maaf jika ada yang terasa.

– Lonely ranger (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *