Petunjuk atau Sekadar Ujian?

Assalammualaikum. Aku tak tahu nak mulakan cerita ni macam mana.

Aku tak pandai sangat buat karangan ni. Tapi aku sekadar nak meluahkan dan minta pendapat korang. Harap confession saya diterima jika sudi dibaca.

Aku Ayu (Bukan nama sebenar). Aku berumur 20-an. Aku ada kenal dengan seorang lelaki ni dari laman facebook. Masa tu, aku jadi dropship skincare. Aku gelarkan dia M.

(M) ni merupakan customer aku dan rupanya dia senior aku masa sekolah menengah dulu. M tua 3 tahun dari aku.

So, kami contact each other, jadi kawan for about 1 year jugak then baru kami decide untuk in relationship. Aku selesa dengan dia. Dari segi perangai, pemikiran dia yang aku rasa sekufu.

Awalnya, aku tak ada perasaan dengan dia. Aku tengok rupa dulu tapi bila lama lama kenal, rupa tu aku ketepikan.

Aku tertarik dengan sikap dia yang matang, family man, hormat orang tua, caring, paling penting pemikiran kami sama. Dari segi agama dia pun ok, dan aku yakin dia dapat bimbing aku Insyaa Allah.

M bekerja di sektor kerajaan (masih contract) Aku pula baru habis graduate. 2 bulan lepas tu, dia dapat lantikan tetap (masih dalam sektor kerajaan) di Sarawak.

Jadi, kami pun menjalani long distance relationship. Sepanjang ldr, kami ok sahaja tak ada masalah. Aku pun dapat kerja di syarikat swasta.

Setiap bulan, dia akan balik dan jumpa aku. M jumpa parents aku juga sebelum jalan.

Selama setahun lah, kami memang tak ada masalah sangat lah ldr ni. Sebab aku faham dia busy kerja. M pun faham aku. Biasalah ada gaduh2 sikit kalau lambat reply chat, ada salah faham sikit.

Tapi mesti kami akan jadi back to normal, macam tak ada apa apa. Malas nak ber gaduh lama lama. Sebab M ni jenis avoidant.

Mula ldr, kami gaduh jugak sebab dia jarang update aku tapi lama lama dia sedar silap dia, dia berubah.

Selama perkenalan 1 tahun 6 bulan ni, parents aku kenal dia. Parents dia pun kenal aku dan tahu aku berkawan dengan M. Tapi aku tak tahu..

Kenapa tiba tiba family M nak kenankan dia dengan anak kenalan dorang, yang bekerja dalam sektor kerajaan juga. Wallahi, hati aku sakit.

Aku sedar diri aku bukan bekerja dalam sektor kerajaan. Entahlah.

Tambah sakit bila M ni dah bagitau pasal aku dengan whole family dia pun, family dia berkeras nak tunangkan dia dengan perempuan lain yang kerja kerajaan.

Sebab nya aku masih muda, dan tidak kerja kerajaan. Maybe family tak kenan dengan aku.

Aku tak tahu lah, M betul betul dah fight untuk aku atau dia hanya pasrah. Aku tak nak paksa. Buat apa aku jadi perempuan yang terhegeh kan.

Tapi hati aku sakit. Kenapa? Yang tak kerja government ni dikata tak ada masa depan kah? Umur muda 3 tahun ja pun. Jadi masalah ka?

Aku rasa sakit hati. Bila M kata dia dah fight, tapi entahlah M kata dia tak tahu benda ni akan jadi.

Dan rupanya, selama M kerja di Sarawak tu, family dia dah plan nak tunangkan/ merisik dengan perempuan lain tanpa mendapatkan kebenaran M.

Mereka jumpa keluarga perempuan tu tanpa pengetahuan M. Bila M dah balik sini, family dia baru bagitau benda ni.

Aku pun tak tahu lah. Jujur, aku Sayang M. M pun Sayang aku. Tapi bila benda macam ni, M susah nak tetapkan pendirian.

Sebab ni melibatkan dua family tapi takkan perempuan lain tu suka hati boleh terima ja tanpa tanya M ni dah berpunya atau tak. Hati saya sakit.

Ini petunjuk yang dia bukan jodoh aku atau sekadar ujian? Aku putuskan hubungan dengan M tapi M masih contact aku. Aku masih belum menerima benda ni jadi.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *