clorox ku syg..balasan utk.mu

Assalamualaikum..ok..ayat tajuk tu mmg mcm sweet pelik je

Utk clorox..saya tak nak marah, tak nak judge tapi saya nak bg sedikit ransangan..

Clorox, mati memang mudah kalau kamu fikir bkn seperti seorang muslim..mungkin..sakit sakaratul maut tu xseberat penderitaan rohani yang kamu tanggung..tapi clorox..jika hanya mati itu penamat dan tiada lg kehidupan lain untuk kita..mungkin saya akan ckp..sila lah sayang..bunuhlah diri mu agar kau tak diselubungi dosa.

Tapi..mati tu permulaan yg baru dan membunuh diri itu menempatkan kamu ke neraka. Jadi apa guna kamu bersedih dgn dosa?

Clorox, berbahagialah, sbb bila hati kamu ada rasa bersalah, takut akan Allah..itu tandanya kamu masih ada iman. Dan nyata, Allah sayangkan kamu.

Clorox..taubat yang berulang kali itu lebih baik dr kamu mati tanpa taubat. Setiap kali kamu bertaubat..hati kamu akan kembali bersih..walaupun kamu masih terjebak dgn dosa.

Allah tu maha pengampun..Allah tak pernah jemu dgn kita..Allah bkn mcm manusia..Allah itu berbeza..kamu pergi pda Allah setapak..Allah belari untuk kamu..maka apa salahnya kamu bertaubat brulang kali?

Clorox, memang susah untuk istiqomah..awk tyalah sesiapa pun..adakah yang mmg istiqomah dalam kehidupannya? Iman ni naik turun..kerana itulah taubat kena istiqomah..

Tapi..mcmna nak istiqomah?

1. Solat..

Dah solat tapi masih belum istiqomah..tak pe solat je syang…dalam solat minta Allah bantu kamu…jgn tinggal solat taubat..

2. Nekad..

Kalau kamu mahu sesuatu kamu kena berusaha..usaha dgn nekad..nekad utk mndapatkan apa yang kamu mahu. Kalau kamu mahu taubat..bgthu diri kamu..kamu nak bertaubat.jgn dengar kata hati..dgar pangilan iman.

3. Ubah suasana kamu..

Jauhkan suasana yg mndorong kamu kepada semua itu. Jika org..tutup hp kamu,tukar nom kamu..jauhkan diri dr dia..jika bnda..buang…jika kamu bperang dgn.nafsu kamu…igt neraka…byangkan kamu di neraka..igt Allah..istigfar..ambil wudhu solat..mengaji…keluar dr bilik..

Cari kawan lain..jgn cerita ttg aib kamu pda org..jgn biar judgement org membuat kamu tertekan..simpan..jgn bgtahu sesiapa..even bakal isteri atau suami..igt..Allah tutup aib kamu..knapa kamu nak dedah kan?

4. Jdkan diri kamu lebih baik dr sblum ni..jika sblum ni kamu tidak menjaga aurat..tutup sempurna..

Untuk apa? Utk igtkan kamu yg kamu telah bertaubat..bykkan ke masjid..duduk..cr ketenangan…

5. Kenali Allah…

Jika kamu kenal Allah maka kamu akan cintakan Allah..bila kamu cinta Allah..kamu akan sentiasa tringatkan Allah..

Bgtahu diri kamu..kamu mahu jauh dr neraka..

Clorox, igtlah…tak ada manusia tiada dosa selain Rasulullah saw, tiada manusia yang tiada aib..semua pun ada cerita masing- masing antara nak mengaku atau tidak.

Kamu perlu fikir yg kamu ini makhluk Allah dan akan mati..mati itu pasti…

Biarlah mati kamu dalam usaha utk bertaubat..dr berdosa…

Sesungguhnya niat kita jika kerana Allah..Allah akan permudahkan..percaya pada Allah…

Hanya Allah blh tlg kamu…dan diri kamu sahaja mampu tlg kamu…tnya hati kamu sejauh mana kamu mahu kembali pada Allah..

Manusia senang menghukum..manusia senang berbicara..tapi hakim yang hakiki..itu yang kamu perlu tawan…jangan kisah atau malu pada Allah..sedangkan setiap apa dlam hati kamu Allah tahu..tiada yang lebih rapat dgn kita selain Allah…

Bangun duduk, mengadu pada Allah.

– wife jugak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *