Comfort zone

Terima kasih sebab approve

Assalamualaikum

Kita manusia boleh rancang macam2 tapi percaturan Allah lah yg terbaik untuk kita.. Bila aku terima tawaran praktikal dekat sebuah syarikat logistik di Bangi hati aku rasa berat. Yela sebelum ni tak pernah berpisah jauh dgn keluarga. Belajar dari tadika sampai kolej semua kat negeri asal. Tak pernah duduk asrama atau rumah sewa. Bila kita keluar dari comfort zone mestilah banyak benda kita ‘terpaksa’ belajar kan. Lagi2 praktikal di sebuah negeri asing.

-Belajar bersuara

Sebelum ni aku ni jenis pemendam. Kalau ada benda aku tak suka memang aku akan diamkan je. Tapi bila duduk rumah sewa, macam2 perangai nak kena hadap. Dari masalah masak tak reti basuh, tandas kotor, rumah bersepah, lampu kipas tv tak reti nak tutup, etc2 buat aku mula belajar untuk berani bersuara tentang kepincangan dalam rumah sewa ni.

-Yakin dengan diri sendiri

Aku memang pemalu. Susah nak tegur sapa dengan orang. Dekat sini aku paksa diri aku untuk mesra dengan sape2. Jumpa dalam lift tegur, jumpa kat pakcik2 makcik2 kat gudang tegur lain department. Malu masih ada tapi berkurang dengan drastik sekali.

Kadang orang yang kita tegur tu boleh tolong kita dengan cara yang kita tak sangka. Ada sekali aku nak balik Johor lepas bos tiba2 bagi cuti. Tak plan pun nak balik. Tiket bas pun tak beli lagi. Tapi aku nekad nak balik. Jadi lepas habis keje pukul 10 malam aku terus pecut ke rumah sewa. Kemas barang sikit terus pergi ktm ukm. Malangnya kaunter tiket komuter dah tutup. Ada sorang pakcik kat situ. Dia jaga stesen tu. Aku tergerak hati tanya dia pasal komuter last sebab kaunter dah tutup. Sambil2 tu aku cakap la nak balik kampung. Huhu. Pakcik tu suruh aku naik dulu komuter last. Tiket boleh bayar bila turun dekat stesen komuter bts (nak beli tiket + naik bas dekat tbs). Pendek cerita aku bila sampai aku bayar je harga tiket( Aku takut gak kalau kena denda sebab takde tiket. RM30 tu). Malam tu kalau aku berat mulut+malu2 nak tanya confirm tak balik. Huhu

Ada sekali aku pergi pejabat pos waktu tengah hari. Masa ni memang peak hour kat pejabat pos. Aku amik la nombor giliran macam biasa. Sambil tu mata aku nampak pulak ada nombor giliran dekat celah2 printer. Aku ambik la tengok2 lagi awal. Aku simpan dua2 no giliran tu. Huhu. Sambil2 tunggu datang la sorang makcik duduk sebelah aku. Aku pun jeling2 la no. giliran dia. Fuu.. kalau tunggu tu memang lama. Aku pun offer la no. giliran lebih yg aku amik tadi. Start dari situ kitorang pun bual2. Sampai la dia bagi no telefon dia. Aku tanya nama. Datin rupanya? Aku lak masa berbual tu panggil dia makcik2 sebab tak tau.

-Bangun pagi tanpa dikejut orang

Dulu masa duduk rumah, alarm telefon tu macam takde kesan kat aku. Orang kejutkan baru bangun. Huhu. Bila duduk sendiri ni bangun pun kena sendiri. Memang ada housemate tapi masalahnya diorang pun tidur tak sedar diri. Nak tak nak aku kena adapt situasi baru ni. Walaupun ada 2-3 kali aku terlajak tidur sepanjang 2 bulan lebih kat sini.

-Skill memasak

Skil masak aku memang meningkat la. Masa tinggal dengan keluarga, aku memang dah ada basic memasak. Aku tau je cara nak masak sup, ayam goreng, tomyam,telur dadar resipi rahsia, nasi, etc tapi masak mee kari telur(maggi) la paling power. Tapi problem nye satu je. Aku tak pernah siang ayam/ikan. Dekat rumah biasanya mak aku da siap basuh stok ayam/ikan. Pernah sekali tu aku masak ayam goreng. Ayamnya bau hamis sebab salah cara basuh( kuantiti limau tak cukup). So lepas tu aku call mak aku mintak ditunjukkan jalan yang benar. Huhu. Sekarang ayam goreng aku dah okey dah. Buat lelaki kat luar tu, rajin2 la belajar masak dari awal ni. Dulu aku fikir skill memasak takdelah power mana, tapi lepas duduk rumah sewa ni, baru aku sedar skill memasak aku boleh dikategorikan hebat jugak la bagi kalangan kaum adam. Hihi

Kesimpulannya bagi korang kat luar sana, keluarlah dari comfort zone korang. Nescaya banyak benda korang akan belajar.

Sekian,
Maaf kalau membosankan

– Nobody

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit