Company Toxic

Hai aku Dahlia, berumur 38 dan sedang menganggur. Seperti tajuk di atas, aku nak bercerita pengalaman bekerja di sebuah company yang bagi aku sangatlah toxic.

Umur aku 37 tahun lepas dengan pengalaman 13 tahun dalam accounting line, aku still susah nak dapat kerja dengan gaji dan jawatan yang seiring dengan pengalaman yang aku ada. Rata-rata nakkan mandarin speaker. Interview banyak dapat tapi bila pergi kepada gaji, terus kena reject.

Sehinggalah 1 hari tu, aku dapat 2 virtual interviews dalam sehari. 1 company melayu construction dan 1 lagi safeguard india. Keesokkanya aku terima panggilan yang aku berjaya kedua2 interview tersebut, setelah berfikir dan nego lagi tentang gaji, aku terima company melayu.

Hari pertama aku dekat company ni, aku macam dah pelik, sebuah bilik kecil ada 4 orang staff dengan keadaan bilik sempit dan bersepah.

Kalau ikut company lama aku, bilik sebesar tu max hanya boleh muat 2 orang sahaja. Kesemua mereka melayu dan sangat lah ramah, aku pun seronok, selama ni aku hanya bekerja dengan cina dan tiada staff melayu pun dalam department aku.

Aku direct dengan managing director (MD), aku diberitahu sebelum ni ada 2 staff account, which dua2 dah berhenti tahun 2022.

This company belong to dato lah, dato ni ada 14 company bawah dia dan 2 company bawah isteri dia, kesemua 16 company ni, 2 orang staff account tu lah yang handle, dan aku masuk situ May 2023. So korang bayangkan, overloadnya kerja dan berapa bulan backlog.

Haha. Isteri dia lebih pada trading, so banyak stock, sale pun banyak sebab jual skincare, sambal lah, tudung lah.. Macam-macamlah dia nak jual dan selalu hire influencer. So banyaklah transaction untuk this company.

Yang suami dia pulak, ada 1 project yang tengah run, government tender memang tengah rancak dan 1 lagi dia tanam durian 200 ekar tak silap.

So dekat sini, kalau yang kerja account pasti tau volume transactions macamana kan? Itu baru side kos tak masuk lagi expenses dorang. Staff dekat office dari masa ke semasa makin bertambah, dari 4 orang dah jadi 6 orang dah dalam tu.

Berlaga2 lah kerusi kalau nak bangun tu, file pulak ada dekat dua lokasi ofis yang berbeza. Staff dekat site memang ramai, kesemua personal loan boss macam kereta, rumah, house maintenance sume company yang banyar. Dah la banyak, asset dia tu.

Ni first-time experience dapat buat account gini. Haha. Kalau masa interview tu, MD bagitahu yang aku kena handle 16 company, memang aku takkan accept offer dorang.

Hari pertama, MD suruh aku settlekan audit untuk 2022. Bayangkan 16 company kesemuanya year end Dec. Aku patuh je la, so end of May 23, aku pun print and bagi soft copy all the management report untuk kesemua company, aku siap buat FRP lagi.

Sebab sini account lama takda buat pun secara manual, kesemuanya just print dari sistem ja. Since aku dah siapkan management report, aku mula fokus pada backlog dan juga current transaction.

Aku mula key all transactions to system, sebelum aku masuk, memang takde sorang pun tau guna sistem tu and lucky aku memang tau guna dari company lama.

Aku mula buat bank recond company by company. Dah la, bank statements pun tak complete, kena request dengan bank lagi, pv manual pun ada yang ada rekod, ada yang takde. Invoice pun tak complete.

Style staff sini, kalau nak cash main minta2 je, macam minta dengan mak pulak. Aku pulak tak biasa gaya gitu, aku mesti kena ada supporting document. So aku ni dianti lah oleh staff datin. Huhu. 

By middle of Oct 23, barulah MD review management report untuk audit. Dalam masa sehari ja dia review.

Aku macam kelakar, dia hanya tengok sale and kos ja, sebelum tu aku ada cakap nak adjust sebab ada yang tak betul, dia boleh cakap awak jangan pandai2 nak ubah. So aku pun patuh ja la, sebab under probation kan.

So dia suruh aku deal dengan semua auditor, berperingkat lah.. Sebab fund tiap company ada related, gali lubang tutup lubang kiranya. Mana company yang ada sale akan salur pada company yang takde sale and kena create invoice.

Bila dah awal Nov 23, aku pun tanya lah dekat HR pasal confirmation aku, masa interview aritu, memang aku dah minta kalau confirm aku naik 500, dalam offer letter pun memang dah stated yang aku akan dapat kenaikan sebanyak 500 tu.

7 auditor dah deal dan aku pun dah send all documents to them, kiranya dah hampir semua company aku bagi, and ada 1 auditor yang memang audit dekat office.

Staff audit tu boleh cakap dengan aku, dia dah kenal sangat pattern MD aku and cara dia dan dia kesian bila dapat tau yang aku kena buat sorang.

Dia kata orang gila je boleh buat sorang. Oh sebelum tu awal Oct ke, akhir Sept sorang staff masuk, dia punya position account analysis. Aku pun tak clear dia punya task, aku ada cakap dengan MD nak dia tolong aku.

MD boleh cakap ‘ko jangan pandai2 eh’ masa ni, boss ada sewa office 1 lagi dekat blok sebelah, so aku dengan budak tu kena duduk dekat office baru tu.

Dapat la aku ajar dia, secara tak langsung dia tolong aku. Dia memang langsung takda basic account, langsung tak tau guna system tapi dia ada semangat dan rajin.

Aku bersyukur ada dia, even kerja banyak dan agak kucar kacir tapi aku seronok je. Ngam aku 6 bulan, MD jumpa aku bagitau yang aku tak dapat tetap and tak disambung, dia suruh aku buat rayuan dengan boss. Aku tanya alasan, dia boleh cakap aku tak update manual cash flow.

Manual cash flow tu aku update tapi tak ngam lah dengan balance dekat bank. Aku pulak baru setel recond dekat sistem ja, aku kejarkan sistem dulu barulah dekat excel. Manual cash flow tu, tak pernah recond, sebelum aku masuk HR yang handle, dia just key in ja.

Kalau ada cancel payment ka, bank charges ka, dia tak update so macam mana nak tally? Bila aku explain and tunjuk dekat sistem sume, baru dia faham. So bulan terakhir MD minta balance all company, memang aku bagi actual balance dari online banking.

Tapi MD tak puas hati sebab banyak gap dengan yang manual, sebelum ni aku memang bagi yang manual, dia tak banyak bunyi. Sampai la last sekali tu, dia persoalkan kenapa beza sangat dengan balance bank. So aku explain la sebab tak recond.

Dia tak faham ke, saja tak faham ke. Aku tak pasti..

Sampai lah, bila dia bagi aku surat, aku explain sambil tunjuk sistem, excell dan bank statements. Baru dia faham. Oh sebelum tu, dia siap suruh budak analysis tu turun bawah, suruh update cash flow and buat recond manual, 2 minggu budak tu turun bawah.

Selalu mesej aku, nak buat camna, aku dekat atas dah lah busy nak audit, busy current transaction, prepare payment and backlog jugak.

Yang bestnya MD kata nak ajar dia, tapi MD buat tak tau ja dengan dia, budak tu sorang2 bagi aku buang masa, baik lah dia tolong aku kat atas. Aku dah lah mengandung 4 bulan masa tu, MD boleh cakap, kenapa awak mengandung sekarang?

So tu salah 1 sebab aku kena buang. Suami aku tak bagi buat rayuan, aku sendiri pun tak nak stay situ takut aku stress dah la aku mengandung, company bagi aku 2 minggu notis, memang aku tak buat apa, sakit hati punya pasal. Aku cuma jawab apa auditor tanya ja.

Lepas aku resign, budak analysis tu mesej aku tanya aku pasal kerja, banyak dia tak tau.

Maaf lah, aku hanya tolong sementara aku masih staff dekat situ, aku tolak secara baik, bukan aku tak kesian dia, tapi buat aku sakit hati. Dah lah aku masuk situ pun memang takde langsung yang tolong, aku keje sorang2, buat apa2 sorang.

Alhamdulillah dengan pengalaman yang aku ada aku memang boleh survive. Sebab sebelum ni pun memang aku handle fullset.

Company ni kalau korang nak tau, ramai gila staff berhenti, staff sebelum aku dorang dah kerja hampir 20 tahun, lepas tu aku masuk and baru budak2 baru,

Staff dekat site asyik bertukar ganti, driver pun sama bertukar ganti, aku trace dari gaji tahun lepas sahaja dari May 22 hingga May 23 lebih 10 orang staff yang kerja hanya tahan 2-3 bulan je.

Dato and Datin sangat tak friendly dan bermulut lepas, marah memang menengking saje. MD pulak bukan masuk hari2, seminggu hanya 2x sahaja. Ni member bagitau, dah nak 2 bulan dia tak masuk kerja.

Pengganti aku sampai sekarang takde lagi. Antara tips aku nak share, kalau masa interview dorang nak pakai orang cepat, kurang bertanya pasal skop kerja, pasal account janganlah terima. Sesuatu sangat company tu.

Aku ada tanya lawyer, dia cakap banyak company akan hired staff pengalaman, sampai masa dorang akan buang.

Macam aku, backlog boleh kata 80% dah siap, dari May hingga aku berhenti memang dah update dalam sistem, auditor semua aku dah deal. So better dia hired staff gaji rendah.

Lagipun gaji aku memang tinggi dari kedua2 staff lama tu.

Aku sekarang memang tak ambil tau pasal company tu, lagipun banyak cerita yang tak bagus didengar, so aku redha cuma sedih tak pernah seumur aku kerja, aku kena buang. Hahaha.

Dah la aku pregnant, aku pandang muka anak aku, aku menangis, aku rasa losernya. Haha.

Susah sangat ke untuk aku bekerja dalam environment yang best, yang ada kawan melayu. Aku keje sini okay tapi tu la kena buang pulak. Hahaha.

Anak aku still hantar pengasuh, ni tengah tunggu due ja, semoga ada rezeki aku yang lebih baik. Aku macam dah seronok sebenarnya dok umah.

Doakan aku dapat kerja yang lebih baik dan company tu pun, semoga dapat staff yang jauh lebih baik dari aku.kita takda rezeki nak bekerjasama. Kbai.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *