Aku Dah Sondol Suami Orang

Salam, straight to the point. Aku Melati, single, umur lewat dalam 30an. Berkerjaya bagus alhamdulillah.

Punya kawan2 yang supportive, family yang penyayang, badan sihat. Nikmat apa lagi yang nak didustakan? Aku bersyukur sangat.

Tapi, aku sunyi. Aku nak pasangan. 2 kali putus tunang.

Atas alasan tak sekufu. Dua2 kami berpisah secara baik. Tiada dendam.

Family semua hati terbuka terima takdir yang telah ditentukan. Tapi aku? Aku tak tahu aku dah fully healed dari trauma tu.

Kadang aku fikir, adakah Tuhan nak selamatkan dia dari aku, atau nak selamatkan aku dari dia.

Aku tahu aku banyak dosa, aku punya zaman gelap, pernah jadi punca retaknya rumahtangga orang, tapi aku sedar khilaf aku, aku bertaubat.

Adakah ini balasan dari khilaf2 aku dulu?

Aku tak layak berpasangan disebabkan pernah jadi punca rumahtangga orang hancur?

Aku ada kenal sorang laki dekat dating apps. Punyalah hampir setahun kenal, baru aku tahu dia tu suami orang.

Patutlah, malam je silent, tak reply mesej, tak pernah call, dating malam je, siang tak free, bila ajak date dekat public dia tak nak sebab malu nanti kawan2 dia nampak pastu ejek2 dia. OMG.

Masa tu rasa macam lain dah ni, ada ciri2 suami orang tapi dia mintak aku percayakan dia.

Selalu mention yang laki ni hargai satu benda dekat sorang pompuan iaitu kepercayaan. HAHA. Aku pon iyekan aje.

Tapi dalam hati penuh curiga. Dalam pada kami rapat tu, kami pernah terlanjur tapi sekali je and lepastu kami menyesal and tak buat lagi.

Lama kelamaan, dia mintak lagi untuk dipuaskan nafsu dia.

Aku tolak, aku selalu remind dia yang apa yang kami buat ni salah. Sampailah satu masa tu, aku doa supaya Tuhan tunjukan siapa dia yang sebenarnya. YES!

Ada bukti dia tu suami orang. Aku tak tunggu, terus dm wife dia and bagitahu hal sebenar. Wife dia kecewa sangat walaupun dah berkali dicurangi.

Tapi kalini lain sebab kami dah sampai terlanjur. Aku bagi semua bukti pada wife dia. Menggigil wife dia masa tu.

Wife dia kata bukan aku sorang yang pernah dm dia psl kecurangan laki dia tu. Aku macam wondering, what??!! And wife dia seems relax.

Tapi tak tahulah, luaran nampak ok, dalaman kita tak tahu. Sebab sebelum aku, laki dia active layan perempuan dekat dating apps je, dengan aku yang baru jumpa face to face.

Aku kan macam wondering la, perasaan wife2 yang dapat laki curang berkali2 ni.

Macam mana dorang bertahan ya? Kahwin seumur hidup kot. Serious la nak bertahan seumur hidup hadap laki yang kaki curang ni?

Anak dah 3 btw. So aku assume bertahan demi anak2. Then hidup setakat pegang title isteri and ibu semata2?

Bila dikorek2, laki dia punya sex drive yang tinggi. Sampai makan luar?? And akulah mangsanya. 

Digula2 kan juga hanya sebab nafsu. Tapi, dia bukan suami aku so feeling tu tak delah frustrated sangat.

Aku tenung gambar wife dia, muka lembut, penyabar, maybe inilah ciri2 perempuan yang selalu lelaki take for granted kot.

Sebelum ni pon sama jugak, aku berkawan dengan laki orang and kantoi dengan wife dia. Wife dia maafkan laki tu demi anak2.

Tapi perasaan wife dia macam mana? Macam relaks je terima apa yang jadi. Katanya sampai ada suicidal thought.

Iyeke? Atau saje nak gertak aku je? Lepas daripada aku leak semua benda dekat wife dia tu, aku block semua no laki tu.

Aku bersungguh minta maaf dekat wife dia, bagitahu yang aku tak tahu dia tu suami orang since dia mengaku single dari awal kenal.

Laki tu contact aku supaya jangan leak pasal keterlanjuran kami sebab dia tak nak keruhkan lagi keadaan. Aku kisah apa?

Aku leak je semua. Tapi aku kesian dekat wife dia. Laki tu takde apa pon, kereta wife punya, saving semua wife pegang, rumah bayar share.

Sampai sekarang wondering apa jadi dengan rumahtangga dorang, tapi mesti wife dia maafkan dia lagi sebab sebelum ni pon pernah curang tapi gambar raya happy je tengok.

Apapon, aku terus jadi paranoid nak kahwin. Better single kot dari makan hati dapat laki kaki main dating apps and curang ni.

Aku takdela nak cakap yang aku paling tersakiti atau terpaling baik ke apa. Pengajaran jugak bagi aku jumpa laki2 macam ni. Muka baik, tak merokok, lemah lembut, rupanya kaki perempuan.

Laki tu cakap dia main dating apps sebab nak berkawan je. Bukanlah sampai bercinta sebab dia dah ada isteri. So meaning belum puas enjoy hidup single la ni?

Dah tu kenapa kahwin? Dah 10 tahun kahwin, so aku assume kahwin muda lah ni.

Since aku belum kahwin and tak pernah rasa dicurangi suami, jadinya aku doalah aku tak dapat suami yang sebegitu.

Tapi macam thrilled jugak tengok laki tu menggelabah bila aku dapat tahu yang dia dah kahwin. Takut bini jugak? Takut lah tu bini mintak cerai lepastu anak2 bini jaga, dah laki tu takde apa2.

Hmm macam2 lah. Mesti dah tak best hidup dalam rumah tangga yang macam tu. Laki dia pernah cakap pandai buat pandai simpan.

Memang betul pon dia pandai simpan sebab sepanjang kami kenal, wife dia tak pernah jumpa lagi apa2 yang pelik dalam fon laki dia tu. Hari2 check fon laki tak jumpa2. Sampailah aku leak kan sendiri. Padan muka.

Aku tak nak dorang gaduh lepas dapat tahu yang dia tu suami orang, tapi aku rasa tertipu and marah. And wife dia patut tahu apa yang laki dia buat di belakang wife dia.

Apapon, aku doa yang baik2 la untuk family ni. I rest my case!

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Keputusan yg tepat, congratulations! Berhati2 dimasa akan dtg. Saya doakan sis brjumpa jodoh dgn lelaki yg baik dan dipermudahkan segala urusan. Amiinn…

  2. Sapa bila pun,ko x akn kahwin sebab pergi leak,walaupun diminta jangan leak.
    Disitu ko sengaja hancurkan perkahwinan seseorang atas prinsip jujur buta.

    • Ni mesti kaki curang gak nih. Risau le tuw jumpa perempuan mcm ni.

      Btw sis u ptt pom told their wife. Itu hak wife dia utk tahu kebenaran. Dia nak stay ke x itu keputusan dia. Sbb lelaki2 mcm ni ptt di ajar sikit. Ade jenis nak insaf akan insaf la lepas kantoi tp klu dah setan, byk kali kantoi pom sm je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *