Muka Je Baik Tapi Redflag Sebenarnya

Hi semua nama aku P. Aku nak story tentang someone yang aku baru juga kenal bulan 2 lepas. Kita gelarkan dia sebagai I.

Cerita dia bermula apabila aku scroll tiktok biasalah nak sebulan dua sebelum raya memang kita akan join semua platform live yang jual tudung lah, baju kurung lah, baju melayu dan sebagainya.

Scroll punya scroll tiba tiba mata aku terhenti di satu tiktok live yang jual sampin ni. Dari pandangan pertama macam biasa je, kali kedua kali ketiga pandang terus jatuh hati. Ha dari situ la aku kenal dengan I ni.

Dalam live tengok dia terpalinglah baik, sweet talker, dan pandai menjual lama lama pandang hensem juga mamat ni.

Dari situ aku banyak comment dalam live saja tanya design sampin yang lawa-lawa bukan untuk aku pakai pun saja nak curi perhatian dia untuk kenal aku hehe.

Lama-lama dia dah kenal username tiktok aku. Aku pun mula langkah kanan datang ke kedai sampin dia dengan harapan dapat lah berlaga bahu konon macam dalam drama korea.

Walaupun kedai sampin dia 1 jam dari tempat tinggal aku tapi angau punya pasal sanggup datang juga dua tiga kali.

Tapi sedihnya tak dapat pun jumpa dia sebab dia akan live dalam office. Sepanjang tu juga aku banyak belikan makanan untuk dia dan juga team live dia.

Adelah dalam 5-6 orang so paling-paling pun aku akan habiskan RM50 untuk sekali pembelian makanan sebab tak fair pula kalau beli untuk dia je dan aku pun taknak nampak macam aku syok sangat dekat dia haha. Oh ya!

Since aku dah tahu nama dia dekat TikTok Live aku cuba cari Instagram dia. Haaa yang mana nak cari crush tu ini tips untuk korang.

Aku stalk IG sampin tu dan cari dia punya content dari situ aku gali likers dan tadaaaa! Jumpa juga instagram dia.

First impression IG dia macam seorang yang private dan pandai jaga diri. Entah ini pandangan dari mata kasar sebab base on followers dan juga DP IG sahaja. Aku pun mula send request untuk follow dia.

Tak lama lepastu dia pun followback dan accept aku as followers dia. Scroll je IG dia terus aku terdiam! Sebab nya apa yang aku expect macam terpesong sikit.

Bukan sebab apa, highlight story dia tersangatlah what is call “rempit” haha sorry not sorry tapi aku pun terkejut mungkin aku meletak high expectation sangat base on cara dia menjual dalam live dan the way he talk. Ok move on.

Sepanjang aku belikan makanan tu aku akan dm dia untuk beritahu yang makanan tu dari aku.

And after that pun if aku orderkan grab dia akan dm cakap thank you.

Paling best tu mesti reply voice suara haha yela kan macam EXTRA sikit bila dapat dengar suara instead of just “Thanks” haha.

Ok hari berganti hari tiba tiba dan dekat 2 bulan aku kenal dia.

Baru baru ni waktu nak puasa aku lagi kerap join live tiktok dia tapi pelik sehari dia takde esok pun takde lusa pun takde.

Aku macam sangsi, hari keempat dia tak live aku dm dia tanya dia kemana. Tiada reply aku tunggu punya tunggu selepas seminggu baru dia reply.

Katanya ada problem dan juga dah resign. Aku terus terdiam sebab aku fikir lepasni dah takdelah aku masuk live tersenggih sorang sorang tengok dia menjual 2-3 jam HAHA! Sorry la orang angau memang macam ni.

Lepastu aku tanya dia, kerja kat mana buat apa dan macam mana boleh decide untuk resign. Dia pun jawab satu per satu dan juga dia kata dia dah dapat tempat kerja baru di Shopping mall di bukit bintang.

Aku lega haha sebab at least dapatlah aku kesana kalau bosan kan sambil jalan jalan sambil usha dia kat kedai.

Long story short, hubungan kitaorang dah semakin rapat dari dm tukar ke whatsapp dari reply 2,3 jam ke 2,3 minit. Voice yang panjang berjelar dan juga oncall kadang-kadang.

Time past by aku pun busy dengan kerja hakiki aku banyak kena outstation kadang kadang tak sempat nak berborak panjang dengan dia.

Satu hari dia tak reply langsung chat aku, tunggu punya tunggu dah 3 minggu hanging. Aku pelik apa masalah dia?

Aku ada buat salah ke? Story IG aku dia seen kadang-kadang boleh like tapi whatsapp langsung tak reply. Aku dm dia tanya pun dia tak seen.

Aku expect yang dia dah benci aku HAHA. Lepastu aku masih setia menunggu. Aku broken teruk kot habis semua ayat-ayat healing dalam tiktok aku repost dan post banyaklah juga likers aku dapat disebabkan kesenduan ni haha.

Kawan-kawan rapat aku yang aku selalu luahkan perasaan dah bagi red flag dekat dia, kata diorang I ni saje nak gunakan aku untuk belikan makanan atau pun layan time bosan je.

Satu hari tu, dia reply whatsapp. Aku terkejut haha yela after sebulan dia tak reply dahlah minggu depan tu birthday aku.

Dia cakap dia ada problem yang membuatkan dia takleh fokus kerja dan juga hidup.

Aku pun risau yelah sampai boleh jadi someone yang lain dari yang aku kenal sebelum ni kot. But still after je accident tu makin lama makin lambat dia nak reply chat.

Satu haritu aku ada free time aku pun pergi jumpa dia dekat tempat dia kerja.

Macam biasa datang tanpa bawa apa-apa tu bukan aku lah kan haha mungkin sebab taknak more awkward kot time datang haha atlest tangan bertemu tangan lah kan aku belikan dia makanan. 

Okay, benda pertama yang aku perasan dekat dia wow badan dia makin lawa sebab dia pergi gym dia ada ajak aku and offer untuk jadi personal coach tapi macam biasalah aku takkan pergi gym tu yelah memang takler kita nak berpeluh-peluh depan crush haha.

Okay benda kedua yang beza dekat dia adalah jeng jeng jeng mesti korang akan terkejut sama macam aku terkejut time tu HAHA dia buat tattoo dekat bahagian tangan.

Hmm red flag sangat kan tapi aku tak faham lah apa maksud tatto tu cuma terkejut la mungkin ada kena mengena dengan problem yang dia cakap.

Bila aku cita dekat kawan aku diorang semua cakap mamat ni red flag sebab sampai sanggup buat tattoo bagai macam tak gentle kata diorang.

Since aku jumpa dia tu terus aku macam sangsi dari skala 1 ke skala 9. Aku pun mula check satu per satu following dia dkt IG mula mula nampak macam biasa lama-lama aku perasan ramai pula perempuan seksi yang selalu pergi clubbing area kl dia follow.

Alamak makin red flag aku tapi still bersangka baik lagi dengan dia lepastu aku check orang save nombor dia guna apps getcontact saje lah nak menambahkan overthinking yang dah serabut ni.

Wow.. haha makin nakal orang-orang yang save nombor dia ada tu fu*k pun ada haha yang paling terkejut tu sampai ada yang save nombor dia “I…. Jaga club”.

Ada satu kisah lagi yang aku rasa akan membuatkan korang gelar aku as bodoh sebab masih bertahan dan menunggu cinta dia yang red flag ni. Aku kan follow social media personal dia termasuklah tiktok.

Ada satu hari tu dia post dengan sorang budak kecik. Comel betul muka iras iras dia. Dengan caption “Abah sayang anak abah”.

Persoalan nya, perlu kah aku teruskan persahabatan dengan dia? Atau aku dah boleh tarik handbrake? Korang ada suggestion tak?

Thank you..

– Si “P” yang delulu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Alahaaaiii la dikkk oiii.. org cari jodoh cari la kat tmpat baik2, masjid ke, tmpat ceramah2 agama ke, inshaaAllah ada yg helokk zahir n batin.. mcm desperado sungguh nk hadap jantan bgitu dh knp.. esok2 jgn pula confess psl rumahtngga brmasalah, laki curang ke apa..

    • saya sokongggg….. org kalau nk kahwin cari pasangan yg dekat dgn Allah. bukan setakat dh boleh angkat handbrake, terjun terus dari kereta tu. blah jee rajin kan diri cari jodoh dekat tmpat yg lebih baik.

  2. Tersangatlah redflag yeeee. Satu per satu dia tunjuk pun awak masih setia?
    – Hanging lama lama x reply message
    – Buat tattoo
    – Org save no ada perkataan tak elok “fu*k” & Jaga club?
    – Probably dah ada anak dgn isteri yg sah atau dia duda? (Mungkin pernah terlanjur?)

    Apa-apa pun better move on je dik jgn percaya dgn lelaki yang dah tunjuk red flag dari mula ni :)

  3. soalan hg ni bunyinya lebih kurang mcm ni:

    “hai, wassup guys. harini nak bagitau, di depan sy ni ada seketul tahi, dan sy skrg tgh buntu, nak makan ke tak ek? redflag ke tak ek tahi ni? kalau tak boleh makan pun, boleh tak sy nak usap2 je?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *