admin suke post yg pasal cinta cinta kan?so aku hrap admin approve la confession aku ni ye :3
Cinta selepas nikah ialah benda tak logik!
.
Ada ke patut kau nak bercinta dengan someone yang kau tak kenal langsung, perangai entah pape. Ish, nanti tak kekal sebab gaduh banyak!
.
So kena couple, crush, tak tunduk pandangan, usha sana dan usha sini, baru lah nikah. Baru betul!
.
Ehem,
.
Andai anda bercinta sebelum nikah (couple dll), maka anda sebenarnya sedang bercinta dengan seorang watak yang sempurna hasil lakonan seorang manusia. Watak yang baik, macho, pemurah, lembut, sopan dll itu ialah hasil susah payah lakonan makwe/pakwe anda
.
Tengah anda hangat cinta couple itu ialah hasil lakonan mereka sahaja, bukan diri mereka. Hal ini kerana mereka ingin nampak sempurna dan hebat padahal itu bukan diri mereka
.
Hasilnya, anda mencintai seorang manusia yang berlakon. Hakikatnya, ANDA BERCINTA DENGAN LAKONANNYA.
.
Hasilnya, selepas anda nikah dengan dia, anda tidak akan bahagia. Anda akan mempertikai di manakah kesempurnaan yang dia tonjolkan selama anda berhubung mesra sebelum nikah
.
Anda tidak boleh terima kelemahan,
Anda mahukan kesempurnaan dulu
.
Sebelum nikah perfect 10,
Selepas nikah cacat ten
.
Lalu anda tidak akan mencintai dia sepertimana cinta dia sebelum ini kerana anda jatuh cinta dan jatuh suka pada LAKONANNYA, bukan dirinya
.
Maka kita panggil cinta ini sebagai; cinta plastik.
Oleh itu, jangan plastikkan cinta anda
.
Maka apakah logiknya cinta selepas nikah..!? Anda sememangnya tidak kenal dia dan anda hanya akan kenal dia selepas nikah. Semua perangai, akhlaq dan karenah dia anda kenal semuanya hanya selepas nikah
.
Anda pasti akan lihat banyak kelebihan si dia yang ada nikah. Namun ianya juga satu kepastian bahawa anda akan lihat banyak kelemahan dan kekurangan pada dirinya
.
Jadi, adakah dengan mengetahui banyaknya kelemahan si dia ialah satu malapetaka?
.
Tidak,
.
Kerana selepas nikah, ketidaksempurnaan si dia akan menjadi asbab anda jatuh cinta pada dia
.
Sebab anda sedang berdepan dengan seorang yang sebenar, dirinya yang sebenar bukannya lakonan plastik
.
Lain dengan cinta couple sebelum nikah, berlakon. Acah-acah sempurna tiada kelemahan dan dosa
– aku